Kaklong mengidamkan satu bilik yang kaklong jadikan studio kraf sahaja. Takde benda lain selain kraf.
Bilik tu pula ada tingkap untuk membenarkan cahaya matahari masuk dan ada aircond supaya suasana nyaman.
Walaupun tak dapat 100% macam tu, tapi hampir juga la.
Sebelum kaklong tunjuk bilik kaklong tu, ini ada satu bilik yang boleh dikatakan kaklong idamkan juga la.
Wow. Meriah kan..
Inilah bilik yang kaklong idamkan sejak bujang lagi. Tapi kaklong tak sempat atau tak mampu buat banyak macam ni dan pamer. Lagipun kaklong kurang selesa gantung dan pamer benda² berkepala.
Bila tengok gambar ni datang balik rasa nak bilik macam ni.
Tapi mungkin tak dah.
Kaklong dah masuk ke fasa lain, fasa isteri + ibu (aka fasa makcik-makcik)tak mungkin kaklong akan gostan semula menjadi remaja riang ria.
Okay, inilah bilik idaman yang berjaya kaklong realisasikan.
Ya, kaklong cuma tunjuk satu sudut je. Meh ler kaklong citer sikit.
Disebabkan memang takkan dapat bilik untuk kraf sahaja, maka kaklong sediakan ruang kraf kat dalam bilik tidur kami.
Rak 4 biji ni betul-betul kat depan katil kaklong. Jadi bila baring-baring rehatkan badan, permandangan warna-warni inilah yang menangkap mata, membuatkan kaklong rasa happy je.
Namun begitu....
Setelah dalam dua tahun juga la, kami amik keputusan untuk ubah balik. Semua benang kaklong taruk dalam bakul, rak 4 biji ni dijadikan rak mainan Dak Farid, letak kat ruang tengah rumah sebagai ruang bermain.
Kaklong pun dah slowkan sangat dah berkraf dan mengait (buat sementara waktu masa Dak Fatin masih baby ni). Maybe dalam dua tahun lagi akan kembali aktif mengait.
In shaa Allah.
Nanti bila dah aktif balik kaklong ingat nak ada bilik macam gini :
Cute kann...
Simple dan kemas je bilik kraf dia.
Rasa syok je nak mengait.
Kita try la ya dalam 2 3 tahun lagi.
Inilah cabaran ketiga 15 hari menulis blog.
Jumpa esok.
Adios...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^