Salam...
Dalam seminggu ni Kaklong mengalami fasa depressed.
Segalanya berpunca dari Kaklong cuba try test ujian kesihatan mental..
Sekali Kaklong punya result : depression dan anxiety yang sangat teruk.
What?
Tetiba Kaklong rasa panik... dan tak tau nak buat apa..
Walau bagaimanapun, itu bukan diagnosis, cuma test sahaja..
Dan sape yang dapat result "teruk" dan "sangat teruk" dinasihatkan berjumpa doktor; sebelum keadaan bertambah parah..
Kalo korang nak try, klik link bawah ni:
UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL
Kemudian Kaklong pun masuk support group yang disediakan..
Lepas masuk group tu Kaklong jadi makin depressed.
Mungkin kerana baca post dan komen yang ada kat situ..
Baru Kaklong tau Kaklong takde la depressed mana sangat pun..
Namun Kaklong teringat balik zaman sekolah, zaman jadi student U dan zaman bujang..
Time tu Kaklong jauh lebih depressed lagi..
Kaklong sendiri akui mengalami anxiety sejak kanak-kanak hingga remaja; dan lepas abes belajar Kaklong alami pulak kemurungan selama beberapa tahun..
Namun begitu the best part is Kaklong tak pernah buat benda-benda yang pelik-pelik selain fikir nak bunuh diri..
Kalo bukan sebab bunuh diri tu berdosa besar, dan Kaklong tak tau cara bunuh diri yang tak menyakitkan; kemungkinan Kaklong dah bunuh diri pun 10 tahun lepas..
Naseb baek...
Baru-baru ni Kaklong ada terbaca satu pendapat yang menyatakan "Muslim sejati tak mungkin mengalami kemurungan". Point dia ialah kerana kita faham agama dan Allah; jadi mana mungkin kita akan murung.
Kemudian pendapat itu disangkal satu pendapat yang menyatakan "semua orang boleh mengalami kemurungan, Muslim atau Non-Muslim". Point dia ialah merujuk kepada kisah Rasulullah yang mengalami kesedihan selepas kematian isteri dan bapa saudara baginda. Dan juga kisah-kisah nabi lain.
Sebenarnya kedua-dua pendapat tu pun betul..
Memang betul Muslim "sejati" tak mungkin akan alami kmurungan..
Kerana "Muslim sejati" ialah mereka yang telah menyempurnakan keenam-enam rukun iman..
Terutama yang keenam "percaya kepada qada dan qadar"
Mereka yang mengalami kemurungan, biasanya tak begitu memahami maksud "qada dan qadar".
Bukan memahami dari istilah bahasa; tapi maksud sebenarnya..
Kalo tak faham, macam mana nak percaya..
Namun begitu, tak mungkin la kita lahir-lahir terus je faham apa maksudnya..
Untuk memahami maksud "percaya kepada qada dan qadar" tu, perlu la kita sebagai insan melalui fasa yang meyakitkan ni...
Fasa hidup yang serba tak kena..
Fasa buat keputusan yang besar dalam hidup..
Fasa kita rasa kita la orang paling loser dalam dunia..
Fasa kene buli, physically and verbally..
Fasa takde sapa pun suka kita, termasuk la emak sendiri..
Fasa kenapa aku tak senang macam orang lain..
Dan macam-macam lagi fasa..
Kaklong pun alami juga benda2 macam tu...
Sehingga la fasa tu berakhir lepas Kaklong masuk usia 30-an..
Kini Kaklong faham bahawa fasa yang menyakitkan ini wujud untuk Allah presenting kewujudan Dia kepada kita..
Of course kita tak nampak Dia..
Namun kita dapat rasa kewujudan Dia disisi selepas mengalami fasa yang menyakitkan ini..
Kerana apa..
Kerana tanpa fasa yang menyakitkan ini; kita tak akan seek for help..
Tanpa seek for help; kita takkan stumble upon "amalan menenangkan hati", "doa penenang hati", "kuliyah menenangkan hati", "rakan-rakan yang menenangkan hati".
Tanpa jumpa semua "cara untuk menenangkan hati" kita takkan jumpa "kewujudan-Nya".
Ketika awal 20-an, Kaklong ada baca satu quote ke apa ntah yang berbunyi;
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir.
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah."
Bila baca ni Kaklong pun roll-eyes and "yeah, whatever".
Tapi selepas habis fasa yag menyakitkan tu; baru Kaklong tahu quote tu berkata benar.
Pelangi demi pelangi muncul dan ia sangat indah...
Pelangi tu tak mungkin kelihatan indah kalo hari-hari dia muncul depan mata dan tak pernah hilang..
Sebagaimana tak mungkin kita rasa plain water tu sedap kalo bukan sebab kita dahaga.
Tak mungkin nasi putih telur dadar tu sedap kalo bukan sebab kita lapar.
Tak mungkin salji tu best kalo bukan sebab kita hidup di Khatulistiwa
Tak mungkin panas tu best kalo bukan sebab kita orang Eskimo..
Kaklong tak sure korang faham ke tak apa yang cuba Kaklong sampaikan..
Harap-harap dapat faham sedikit sebanyak..
Oleh itu kepada korang yang sedang mengalami fasa yang menyakitkan ini, percayalah ini adalah satu proses untuk kita menyempurnakan rukun iman yang keenam..
Lagi cepat kita memahami dan menerima qada dan qadar; lebih cepat fasa yang menyakitkan ini akan berakhir..
Berakhir bukan bermaksud tak akan ada masalah dan terus jadi orang paling beriman dalam dunia..
Masalah tu masih akan muncul selagi nyawa dikandung badan..
Masalah di tempat kerja, masalah dengan pasangan, masalah takde pasangan, masalah dengan jiran-jiran, masalah anak, masalah kewangan, masalah yang takde kene mengena dengan kita tapi kita terlibat sama.
Masalah akan sentiasa datang..
Memang dunia ni examination hall.
Yang berbeza ialah cara kita melihat masalah dan menghadapi masalah tu..
In shaa Allah..
Erm...
Sebenarnya Kaklong nak cakap pasal lain..
Pastu tercakap pasal lain pulak..
Haha..
Esok sambung..
Assalamualaikum Kak Long..
BalasPadamBila citer ttg mslh depression banyak pendapat kita terima.. tetapi cara menangani depression ni berbeza2 hanya Tuan punya badan sahaja yg tahu..
Apa pun semoga Kak Long tabah menghadapi segala dugaan hidup..
Walaikummussalam LZ..
PadamYa, benar tu.. Masalah berbeza2 dan cara kita tangani pun berbeza.
TErima kasih LZ ^^
Ana baru2 ni terlalu fasa ni. Perasaan dia hanya Tuhan yg tahu. Menyakitkan. Sampai rasa xde keinginan nak pandang ke depan. Alhamdulillah 2 minggu lepas tu ok dah. Ayah Ana bagi buku rawatan as-syifa dan minta amalkan bacaan 10 setiap hari. Amalan tu amalan rutin kita pun sebenarnya. Bila depressed ni, syaitan lah yg paling kuat mengganggu sebenarnya. InsyaAllah kena kuat utk tangani nya.
BalasPadamBenar tu Ana..
PadamMasalah kadang2 tu sikit je, tapi kalau diikutkan sangat bisikan syaitan tu akan buat bertambah parah..
Kaklong nak cari juga la rawatan As-Syifa tu.. :)