Dah try Centerest?
Kalau belum, Kaklong ada explain mengenainya kat SINI.
Melalui Centerest korang dapat menguruskan jualan dengan lebih mudah.
Selain dapat buat Laporan Jualan dengan lebih pantas, korang juga dapat membina Customer Database (Pangkalan Data Pelanggan) tanpa perlu rekodkan berkali-kali.
Okay, hari ni Kaklong nak share 5 Cara Buat Pelanggan Datang Membeli Lagi.
Panggil mereka |
Pelanggan sedia ada ialah orang yang pernah membeli dari kita sebelum ni.
Menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah daripada menjual kepada stranger.
Ini kerana pelanggan sedia ada dah tahu kewujudan kedai kita, tahu apa yang kita jual, tahu harga yang kita jual, tahu sebagus mana servis yang kita tawarkan dan paling best merasai sendiri kualiti produk yang kita jual.
Oleh itu, apakah kebarangkalian mereka kembali membeli lagi?
Sangat tinggi!
Namun begitu ia memerlukan effort.
Berikut adalah 5 Cara nak buat pelanggan datang membeli lagi.
1) Bungkusan Berserta Logo
Bungkuskan belian pelanggan dalam plastik/kotak yang dicop dengan logo atau nama kedai/brand.
Secara logiknya, mereka akan terlihat logo tu berkali-kali apabila mereka gunakan untuk menyimpan barang lain.
Kesannya, bila nak membeli, dorang akan teringat kedai kita.
Itu yang syarikat gergasi seperti KFC, Tesco, Giant buat.
Dorang letak logo besar-besar dan tinggi-tinggi kat setiap cawangan.
Setiap kali pergi dan balik kerja pasti tak boleh elak dari ternampak logo tu.
Bila kata nak beli barang dapur, teringat Tesco, Giant.
Bila nak makan ayam goreng, teringat KFC.
Tak boleh tak teringat sebab hari-hari dorang duk ingatkan kita.
Memandangkan kita belum jadi syarikat gergasi, maka kita buat dalam skala kecil dulu.
2) Ajak datang membeli.
Tak seronok dapat sms yang tulis, "Hai, dah lama tak nampak. Meh la datang membeli di kedai saya lagi". Kalau tiap-tiap minggu dapat sms macam ni, confirm kena block terus.
Habis tu macam mana nak ajak?
Bagi sms ni, "Hai, kami mengadakan jualan Hari Merdeka bermula 20 hingga 31 Ogos 2017. Diskaun dari 20 hingga 50%"
Atau, "Offer : Mulai hari ini, setiap pembelian RM100 ke atas akan dapat percuma mangkuk tingkat jenama XYZ. Hanya untuk 100 pelanggan pertama."
Tawarkan sesuatu dalam jemputan.
Kalau la dorang tak datang pun, at least kita berjaya mengingatkan mereka akan kewujudan kita.
Jangan kerap sangat tau.
Dapat dua tiga kali setahun dah cukup.
3) Cross-Sell
Cross-sell ialah jualkan barang yang compatible dengan barangan yang pernah customer tu beli.
Contohnya sebelum ni dia beli maskara, kali ni kita offer lipstick pula. Next time kita offer blusher.
Contoh lain pula, haritu dia beli joran, harini kita offer lure pula. Next time offer la tali tangsi ke apa ke.. Kaklong pun tak tau juga. Kaklong tak memancing. Huhu..
Logiknya, pelanggan mungkin tak membeli barang yang sama setiap bulan (sebab dah ada atau belum habis lagi)
Dengan offer barang lain yang compatible, kemungkinan besar dia akan beli.
4) Birthday Coupon/Voucher
Ni paling best.
Dapatkan tarikh lahir customer dan bila sampai tarikh atau bulan kelahiran mereka, terus hantar sms atau email ataupun pos birthday card. Wish dorang Happy Birthday dan bagi kupon potongan 50% atau baucer RM30.
Kalau dorang tak datang pun, at least kita dah ingatkan tentang kedai kita.
5) Membership Card
Yang ni semua syarikat gergasi buat.
Korang boleh buat kumpul mata ganjaran dan tebus dengan baucer tunai.
Atau bagi diskaun 10% kepada ahli.
Atau offer setiap bulan ada 10 item (contohnya) yang dijual dengan harga diskaun kepada ahli sahaja.
Ada tu yang buat setiap kali gunting rambut akan dapat 1 cop.
Kumpul 10 cop dapat gunting rambut percuma.
Membership card ni juga dikenali sebagai Loyalty Card bertujuan supaya customer tu setia dengan kita.
Itulah 5 Cara yang korang boleh gunakan untuk buat pelanggan datang membeli lagi.
Ada banyak lagi cara lain korang boleh explore.
Namun untuk merealisasikannya Customer Database perlu disimpan.
Sistem membership card tu adalah salah satu sistem database pelaggan.
Selain tu korang boleh simpan melalui Centerest.
Disamping dapat rekodkan jualan secara sistematik ia juga dapat menyimpan data pelanggan.
Semoga bermanfaat.
P/S: Nak tulis pasal apa lagi ek...
Nice sharing...
BalasPadamThanks
PadamArtikel yang menarik bagi mereka yang nak majukan lagi bisnes mereka. Boleh tak tulis artikel cara nak buat pembaca datang ke blog berkali2? >.<
BalasPadamMekasih.. Orait, nanti Kaklong tulis ya >_@
PadamSaya baca ni serupa macam baca entry k long yg lepas walaupun saya tak niaga. Saja ambik tau
BalasPadamSila2. Mekasih sudi datang :)
Padamnampak macam menarik jer
BalasPadamCubalah.. Mudah je, cuma perlu sistematik :)
Padamwow info bagus utk saya nie
BalasPadamhihi tq
Selamat mencuba :D
PadamTerima kasih utk tips dari Kak long, walaupun saya takde kedai, tapi ada la bisnes kecik2, hahaha.
BalasPadamSama2..
PadamSemoga bermanfaat ^^
Para peniaga kena take note ni. Semoga bermanfaat buat semua.
BalasPadamSemoga bermanfaat ^^
Padam