Sinopsis : Metropolis (1927)

Salam.

Kaklong baru je lepas tengok filem lama bertajuk Metropolis yang diarahkan oleh Fritz Lang.
(spoiler tulisan pink)
Inilah cerita itu
Filem ni ditayangkan pada tahun 1927 tau..
Lama tuuuu.. Dalam 90 tahun lepas..
Tapi prediction dia hampir dan sangat menepati apa yang berlaku pada hari ini..

Ini adalah silent movie, skrip pun terlalu sikit untuk 2 jam 30 minit..
Yaaaaaa
2 jam 30 minit panjangnya cerita ni..
Namun perisiannya padat dan buat kita kita berfikir tentang dunia yang kita diami pada masa kini..

Punca Kaklong menonton filem ni ialah hasil godaan Ayuni Rafilah dalam blog entry beliau.
Penceritaaan Ayuni tentang filem ni buat Kaklong meronta-ronta nak tengok dan akhirnya harini ada kesempatan..
Ye la..
2 jam 30 minit kot... Tak best la kalo tengok sekerat-sekerat..

Meh Kaklong citer sinopsis dia..
Dalam ni penuh spoiler, better jangan baca.

Metropolis ni mengisahkan tentang dunia akan datang yang dah separated dengan dua golongan iaitu golongan atasan yang watlek watpis je hari-hari menikmati kemewahan; dan golongan bawahan yang buat keje rencam macam robot aka zombie setiap hari.

Satu hari sorang perempuan golongan bawahan bernama Maria bawak kanak-kanak naik ke kawasan golongan atasan untuk tengok sendiri kehidupan mewah yang nikmati hasil perah keringat golongan bawahan,

Freder, anak kepada ketua golongan atasan terkesima dengan kejelitaan Maria lalu turun mencari perempuan tu.. Tak pasal-pasal dia menyaksikan letupan kat kilang (kot) dan trauma lalu pergi bagitau bapak dia (Joh) pasal hal ni.. Salah sorang pekerja kilang tu jumpa cebisan pelan dalam saku pekerja lain, lalu bapak dia pun pecat assistant dia (Josaphat) sebab lembab buat keje. 

Joh pun bawak pelan tu berjumpa dengan kawan lama dia, Rotwang, yang juga seorang saintis yang tak berapa nak betul untuk tanya pendapat. Rupa2nya Rotwang tu ada crush ataupun pakwe lama kepada isteri Joh (Hel), Disebabkan Hel dah mati, Rotwang jadi tak berapa betul dan cipta satu robot yang dia andaikan sebagai Hel. Selepas diteliti, itu ialah pelan ke satu kawasan sulit. Dorang pun pergi tengok tempat tu..

Freder pula berpakat dengan Josaphat. Dia pi ke kilang dan tukar peranan dengan salah sorang pekerja rencam tu dan suruh pekerja tu pi ke alamat Josaphat dan tunggu dia kat sana. Tapi pekerja rencam tu pulak terpesona tengok kemewahan dan kecantikan wanita golongan atasan (yang takde kat golongan bawahan), lalu tak pasal2 dia pergi ke kelab Kabaret pulak dah. Akhirnya ditangkap oleh penyiasat upahan Joh yang diarahkan untuk spy Freder.

Tengah-tengah  buat keje tadi, Freder dipanggil untuk satu perjumpaan sulit dan beliau terkejut sebab speakernya ialah Maria. Maria bercakap tentang mediator yang akan muncul menghubungkan kepala (akal atau golongan atasan) dan tangan (kemahiran/ golongan bawahan). Lepas abes ucapan tu, Freder menonjolkan diri dan Maria yakin itulah mediator yang mereka tunggu2 selama ni.

Tanpa diketahui, rupa-rupanya Joh n Rotwang tengah tengok perjumpaan tu dari jauh (berdasarkan pelan tadi). Joh tak puas hati dan suruh Rotwang buat robot tu menyerupai Maria, sebab nak jatuhkan reputasi perempuan tu supaya takde siapa percaya perempuan tu lagi. Rotwang pun pergi tangkap Maria dan buat rupa robot tu sama dengan rupa Maria.

Robot tu dihantar ke kelab Kabaret dan menari-nari lalu lelaki2 kat sana macam hilang akal tengok Maria yang jelita gila baq hang! Lepas tu robot tu pergi pula ke perjumpaan sulit golongan bawahan ni cakap "peduli la pasal mediator tu. Dia takkan muncul.. Kita bakor! kita bakor!" 

Pekerja rencam tu bukan main bersemangat dengar Maria bercakap lalu dorang pun kiranya nak rosakkan kilang tu bagi golongan atasan merasai kesengsaraan mereka. Freder yang berada di tempat kejadian rasa pelik dan berteriak bahawa "Itu bukan Maria" tapi takde orang peduli pun. Mereka semua pergi rosakkan kilang tu.

Joh yang tau hal ni watlek watpis je. Dia ingatkan itu sekadar kerosakan sikit seperti yang dirancang bersama Rotwang, Rupa-rupanya Rotwang ada agenda lain. Dia bukan sokong sangat Joh tu. Dia nak balas dendam gak pasal awek dia. Dia suruh robot tu ajak orang betul2 musnahkan kilang tu hingga binasa..

Maria yang betul tu berjaya lepaskan diri dan terkejut tengok kilang tengah rosak binasa dan clueless tentang apa yang sedang berlaku. Dia pun teringat kat orang2 rencam ni dan pergi cari dorang. Rupa-rupanya bila kilang tu dirobohkan (kilang tu besar gila la, macam sebuah bandar; bukan macam kilang roti tu tau), ia akan merosakkan sistem perairan dan banjir kat kawasan perumahan pekerja rencam ni. Maria, Freder dan Josaphat (dorang pun ada kat situ) sedaya upaya selamatkan budak-budak tu dan rasa pelik kenapa ada budak2 je, mak ayah dorang kat mana..

Mak ayah dorang tengah berpesta kat kilang sebab rasa diri mereka telah berjaya!
Akhirnya kene marah ngn bos kilang. Bos cakap "anak korang mana? Tau tak korang rosakkan kilang ni, rumah kita tu boleh banjir." Pastu baru la masing-masing terkejut dan panik..
Pastu cakap, "Ni semua Maria punya pasal. Kita bakor kita bakor." 

Maria yang tengah letih sebab selamatkan budak2 yang ramai tu terkejut bila semua orang kejar n nak bakar dia.. Dia pun lari sekuat hati..

Apa kesudahannya, korang kene tengok la sendiri..
Banyak juga babak lain yang tak Kaklong ceritakan..
2 jam setengah kot. tak larat aku nak tulis semua..


Ni versi asal tapi muzik bukan asal. Muzik dah diubah kepada lebih modern


Ni versi yang lebih pendek, tapi guna muzik asal

Ikot la nak tengok yang mana2.

Kalo malas tengok boleh baca penceritaannya kat blog Ayuni Rafilah:

Bahagian 1 : http://bloggercomeldansantai.blogspot.my/2017/03/filem-metropolis-tetap-mendebarkan-biar.html

Bahagian 2: http://bloggercomeldansantai.blogspot.my/2017/03/filem-adaptasi-novelis-wanita-genius.html


Ni pula video review dari peminat..

Kaklong tak tau nak buat review.
Kaklong ni kritik je pandai.. Nak puji tu tak berapa pandai sangat.

Kaklong suka sangat dengan ekspresi dorang yang besar dan mata terbeliak tak abes2..
Mungkin disebabkan tak ada dialog, maka geasture yang besar tu perlu untuk meluahkan emosi kepada penonton..

Dan banyak isi tersirat yang dimasukkan dalam cerita ni..
Dia tunjukkan macma mana manusia dah terpedaya dengan wang, kemewahan, kecantikan yang disimbolikkan di sebalik 7 deadly sins dan akhirnya dia tunjuk robot berupa Maria tu sebagai punca kepada semua 7 deady sins.

Ia bukan sahaja cerita yang tertulis, tapi juga buat kita berfikir; kenapa manusia boleh jadi macam ni..?
Dan ia digarap pada tahun 1920-an.

Satu lagi, ini filem 1927 kan.. Tapi kenapa ia sangat ke hadapan..
FIlem ni dah jadi inspirasi kepada hampir semua science fiction.

Ok la..
Lepas tengok ni bagitau apa pendapat korang yer... *wink*

Wassalam..

4 ulasan:

  1. eh eh kaklong macam seram je cerita nie huhu. elsa tengok sikit dekat youtube tadi hahaha saja saja nak tengok. lama betul cerita nie!

    singgah klik ads :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/berhutang-bahagian-akhir.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Kaklong pun rasa seram tengok..
      Mungkin kita tak biasa kot . Haha

      Padam

Komen la sikit ^^