2 Cara Update Blog Melalui Smartphone (melalui app)

Salam..

Seperti yang dijanjikan, meh kita try satu lagi cara update blog melalui smartphone.

Cara 2 : Tulis Blog Melalui App

App ni ada banyak juga dan Kaklong dah cuba banyak jenis..
Ada yang menyakitkan hati..
Ada yang annoy..
Ada yang free..
Ada yang kene bayar..

Dalam banyak-banyak kali percubaan tu, ada satu app untuk update blog ni yang Kaklong puas hati dan terus guna sampai sekarang..

Blogaway

App BlogAway

Secara jujurnya masa mula-mula install dulu, Kaklong sakit hati sangat..
Sebab tak tau camana nak guna..
Pastu punya la gigih update blog kat app ni, blogpost tu bole pulak hilang..
Puas cari tak jumpa >_<

Kaklong bagi rate yang teruk juga la masa tu..

Lepas godek2 baru faham camana guna dan rupa-rupanya senang bila dah faham..
Sekarang dia dah upgrade, maybe lebih mudah kot berbanding Kaklong awal2 guna dulu..

Kaklong bagi guide sikit ya, in case korang lost juga cam Kaklong..

muka depan dia

Lepas dah register semua tu, korang cuma perlu klik "New Post"

Tulis tajuk post

Lepas tulis tajuk blog, klik "Add a Section" untuk memulakan karangan

Tambah content atau karangan korang
Tulis karangan kat ruangan "Post Content"

Kalo nak taruk gambar, klik simbol kertas yang ada "+" kat tengah tu

Kalo takde simbol tu, klik gambar kamera tu

Kot-kot nak letak gambar ke, video ke.
Bukan saja bole taruk gambar, video pun bole..

Boleh taruk banyak gambar kat setiap section..

Lepas dah siap tulis, klik je anak panah sebelah atas kiri tu. Dia akan automatik save.

Bole edit jika perlu

edit blog anytime
Kalo dah puas hati, tekan simbol "kapal terbang kertas" yang kat sebelah "orang baca buku" tu untuk publish.

Kalo nak publish esok atau waktu2 lain, klik yang 3 titik tu.

schedule entry

Itulah sedikit guide untuk guna app ni..
Mungkin mula-mula rasa kekok sebab tak biasa..
Lama2 pro la tu.. Haahaha..

App ni free tapi ada juga versi berbayar..
Yang free ni pun dah okay sangat..

Haaa...
Pasni bole la blogging anytime tanpa bawa laptop ke hulu ke hilir.

Semoga bermanfaat.

Wassalam...

8 ulasan:

  1. Salam KakLong..

    Waahh canggih laa senang nak update blog lepas ni.. LZ pun nak download lah apps ni..
    Thanks for sharing KakLong ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  2. Cikna suka guna apps 'blogger' & 'blogger' ni...๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Typo la plak...
      'Blogger'& 'Blogaway'

      Padam
    2. Typo la plak...
      'Blogger'& 'Blogaway'

      Padam
    3. Kan.. Time malas nak buka lappy pun bole update blog ^^

      Padam
  3. Blogway ni tuk Android user je.. App store takde sobss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai sayangnya..
      App blogger pun bole, cuma tak bole placing gambar sesuka hati..

      Padam

Komen la sikit ^^