Tertengok...

Hi..

Isnin minggu lepas Kaklong tertengok drama bersiri seminggu sekali kat HBO.
Kaklong tak suka tengok drama bersiri sebab tak sabar nak tunggu next episode..

Dulu dah terjebak dengan telenovela Yo Soy Betty La Fea, La Usurpadora, La Intrusa dan seangkatan dengannya.. Saket jiwa nak tunggu abes. Pastu takleh pi mana-mana sebab nak tunggu citer tu...

Sekarang lesson learned, tak tengok dah drama bersiri (walaupun hati geram je nak tengok citer Suri Hati Mr Pilot - Fattah Amin punya pasal)

Okay back to the story..

Isnin lepas Kaklong dah tersilap tau..
Time nak makan tu, buka tv cam biasa.
Buka HBO dan nampak ada citer WestWorld baru nak start.
Belom pernah lagi tengok movie ni..


Masa menonton tu rasa pelik sangat citer ni.. Kepelikan itu yang buat Kaklong teruskan menonton..
Dalam 2 jam solved la misteri tu kan..

Yang rasa nak teruskan menonton ialah kemunculan Anthony Hopkins, Thandie Newton, Ed Harris, dan James Marsden.
Dorang ni kan otai, mesti movie ni best...

Kisah dia macam ni, ada sorang ni pegi kat satu bangunan pastu siap pakai macam koboi sebab nak masuk ke satu dunia koboi.

Pastu dalam scene lain ada ibu ayam ni mengorat-ngorat pastu dia macam selalu  teringat mimpi ngeri yang dialami. Rupa-rupanya manusia kat tempat lain tengah monitor dia dari tablet dan dorang cakap nak alter dia balik sebab macam rosak je. Pastu dalam scene lain dorang bercakap dgn ibu ayam tu yg tengah naked dan tak bergerak seolah2 dia tu patung atau robot.

Dalam scene lain pula ada sorang pakcik ni keje dia tembak orang je dan ugut sorang ni supaya bagitau dia kat mana pintu maze tu. Org ni kata tak tau sampai la semua sepupu dan isteri dia dibunuh. Last2 anak perempuan yg tengah ketakutan tadi bangun dan bercakap macam robot bagitau kat mana maze.

Pelik kan..

Pastu ibu ayam tadi (versi naked) dibedah perut dalam lab tetibe dia bangun dan doktor bedah tu terkejut seolah2 tak percaya yang dia bole terbangun. Perempuan tu lari2 dalam lab dalam keadaan perut masih terbelah.. sehingga la dia sampai ke lab diamana dia nampak ramai orang yg dah mati berada dalam keadaan patung..

Kaklong pun tak paham apa benda cerita ni

Sejam kemudian, citer tu abes..

Aik?
Apa ni? Abes..?

Rupanya2 Westworld tu ialah drama bersiri. Ni pun dah episod 2...
What?!

Haaaaaaaa...
Camana ni? Kene tengok jugak la minggu minggu depan..
Kalo tak tengok rasa cam tak puas hati je.. T____T

Kaklong pun terjelepuk kekecewaan kat sofa akibat tertipu... (alahai drama sangat.. PAdahal tak baca betul2 kat info)

Dalam kekecewaan tu muncul pula movie bertajuk Divorce.
Pelakonnya Sarah Jessica Parker dan Thomas Haden Church..
Erm, tengok je la.. Alang2 dah terjelepuk malas nak bangun ni...


Kisah tentang wanita tua tapi gojes yang dah jemu dan overwhelm hidup dengan suami dia. Satu hari tu dia pi party bff dan bff tu asyik citer keburukan suami dan betapa meluat tengok suami sendiri. Akhirnya bff tu mabuk, melepaskan tembakan (tapi tak kene orang) dan suami tu pengsan sebab sakit jantung.

Peristiwa tu buat wanita tua gojes ni tersedar yang dia tak perlu pun habiskan sisa hidup dia dgn suami yg tidak dia cintai lagi. Rasa sayang/cinta tu dah fade dah. Dia minta cerai..
Si suami tu terkejut la apesal tetibe macam ni..

Pikir2 punya pikir, lepas tengok anak2 dan berbual dgn bff serta  kekasih gelap (A'ah dia ada kekasih gelap utk dia seronok2 je, bukan ada intention nak kawen tau. Orang putih kan, ntah hape2 perangai..), dia macam tak jadi nak bercerai sebab sayang gak la dgn famili dia..

Balik rumah tu, rupanya suami dia dapat tau dia ada kekasih dan suaminya marah sangat dan setuju bercerai dan akan buat dia suffer.

PAstu habis...
Whatt??
Takkan la..

Rupa-rupanya drama bersiri juga. Yang Kaklong tengok tu episod pertama..
Apa ni?
Double pengkhianatan dalam satu hari.. T__T

Next pula drama bersiri lagi (kali ni Kaklong check).
Tajuknya Insecure


Kisah sorang wanita muda yang kekok je memanjang. Dia buat kerja amal, ada boifren tapi nak break sebab boring pakwenya takde peningkatan hidup, minat kat sorang laki kacak yang dia kenal sejak kolej (kot) dan ada sorang bff yang diklasifikasikan sebagai wanita bekerjaya yang berjaya tapi malang dalam percintaan.

Ni pun episod pertama, takde citer sangat, pengenalan je..
Ceritanya lebih relax dan kelakar tak abes2.. Kaklong gelak sorang-sorang dengar skrip dia..
Terubat sikit hati akibat tertipu tadi (haha)
RAsa nak tengok lagi la minggu depan..

Yang Divorce tadi tu tak minat dah nak tengok..
Tapi kalo dah tengok WestWorld mesti la kene tengok Divorce sementara tunggu Insecure kan?
PAndai betul dorang susun cerita..

Tiga cerita ni premier tau. Waktu siaran dia sama ngn kat US.
Setiap Isnin jam 10 pagi.
Tapi ada ulangan malam tu pukul 9 kot (alamak tak ingat)

Nak tengok sama-sama tak esok?


4 ulasan:

  1. Hahaha. Semua drama bersiri ye kak long. Jenuhlah nak follow camni. Siqah tak follow cerita english. Tak sempat kak long malam2 nak bukak tv. Hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yg rasa ralat tu.. Tengok pula episod awal2, curious je nak tau..
      Pasni kene lebih hati2, jgn tertengok.. =D

      Padam
  2. Hahaha nasib kaklong.. Tak pe lah, alang2 dah tengok. ;p

    Reen tak dapat join sama.. Tak de Astro.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde Astro lagi best.. Takde la asyik terlekat ngn tv cam Kaklong.. T__T

      Padam

Komen la sikit ^^