Kacip Fatimah Phytoplus UTM : Ikhtiar Kaklong untuk Mengandung, in shaa Allah..

Hai..

Dalam entry tentang pengalaman check kesuburan haritu, Kaklong ada mention consume kacip fatimah kan..

Ada beberapa rakan yang email dan whatsapp Kaklong bertanyakan tentang ubat tu..
Untuk pengetahuan korang Kaklong amik Kacip Fatimah Phytoplus keluaran UTM.

Ni Kaklong paste kan dia punya info:

EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM di jamin bersih dan halal kerana kajian saintifik dilakukan oleh penyelidik UTM yang mempunyai makmal sendiri dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. 

Ia adalah ekstrak (pati) 100% dan bukan seperti kebanyakan keluaran lain yang menggunakan serbuk batang kayu.

Sesuai untuk wanita yang : 
1. CEPAT LETIH
2. HAID TIDAK TERATUR
3. KEPUTIHAN yang BANYAK
4. SENGGUGUT yang TERUK

Kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah:
1. Mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau kitaran haid yang tidak teratur. 
2. Mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau daripada faraj.
3. Merawat kecederaan dan mengecutkan Rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran.
4. Menambah kecergasan dan tenaga selepas bersalin
5. Menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
6. Melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
7. Merangsang pengeluaran hormone untuk melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut
8. Mengurangkan sakit senggugut
9. Mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
10. Mengurangkan risiko ‘turun rahim’ atau prolapse
11. Mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan dan mood yang tidak menentu 
12. Melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada minggu kehamilan ke-38)

13. Mencegah pembiakkan sel prakanser
14. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
15. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
16. Melewatkan proses penuaan.
17. Mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.

Cara Pengambilan : 
Kacip Fatimah Phyto Plus (60 caps) untuk penggunaan 2 bulan 

Ambil setiap hari KECUALI ketika haid dan hamil.

 Harga : RM 90.00 - 60 KAPSUL  

Kaklong jenis tak makan ubat-ubatan, namun produk ni rasa yakin sebab undr UTM

Apapun, keberkesanan untuk mengandung tu tak sure, tapi sejak makan, period Kaklong slow2 kembali teratur..

Bulan pertama tu ok, period keluar cam biasa..
Bulan kedua dan ketiga tu, banyak dan sakit senggugut...

Walaupun begitu, rezeki anak belom lagi..
Mungkin kene juga turunkan berat badan, baru ok..

Kaklong pun dah stop diet atkins, cuma diet low carbs biasa je iaitu tak amik minuman manis, kudapan. NAsi sekali sekala, mi dan tepung pun sekali sekala.. Kalo makan nasi, nasi tu sikit je, sayur yang banyak..

Tapi berat tak turun.. Huwaaaaaaa

Okay, baru2 ni Kaklong beli lagi kacip fatimah tu dan buat satu video syok sendiri....
Sudi-sudikan la menonton.. :D


Korang yang nak try, Kaklong suggest order kat myhalalmall
Sebab respon dia pantas dan cepat giler pos..
Puas hati..

Ada tak petua ikhtiar mengandung yang korang tau?
Sudi-sudi la share utk Kaklong amalkan.. ^_^

1 ulasan:

  1. Ros sedang berusaha Kak Long. Ros doakan moga kak Long dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan untuk mengandung. Ros pernah tahu pasal kacip fatimah ni dari fb dr Zubaidi. Tapi tak pernah cuba lagi.

    BalasPadam

Komen la sikit ^^