10,000 Langkah Harini

Dah dua hari tak berjalan, harini nak berjalan banyak sikit.
Hasilnya saya berjaya berjalan 10,000 langkah.
Yay.

Biasa-biasa dapat 5000 langkah je kalau berjalan petang-petang; dan 4000 langkah je kalau tak berjalan petang-petang.
Seeloknya kita patut berjalan 6000 langkah sehari kan...


Kat jam ni, default target dia 8000 langkah.

Ni la kali pertama saya capai 8000 langkah.
Itupun sebab tengahari tadi pi pasaraya beli barang dapur, pastu masuk diy beli mop.
Dan masuk tu pusing-pusing jap cuci mata.

Petang tadi mendung pula, saya berjalan kat rumah je la.
Harini target saya lain, nak berjalan selama sejam.
Biasanya target berjalan 2km, harini nak target sejam.

Berjalan sambil tengok Netflix dan layan anak borak-borak.
Laju juga berjalan harini. Sejam dah capai 3.5km.
Happy giler, biasa dapat 2-2.5km gitu.


Cerita Netflix tu membantu saya untuk tak rasa boring berjalan dalam rumah.

Saya dapati hari ni saya berjalan tak semengah dan tak sepenat bulan lepas masa saya mula-mula start berjalan.
Masa awal-awal berjalan haritu saya gila penat sampaikan dah sejam dah stop berjalan, tapi penatnya masih terasa. 
Tak rasa nak give up pun time tu sebab penat dia tu sedap je.

Namun begitu, berat badan saya masih lagi tak berubah.
Masih lagi 80kg.

Ya, saya tahu nak turunkan berat badan kene jaga diet.
Workout pula untuk bina otot, kekuatan serta kecergasan. Tak menyumbang sangat dalam proses kurangkan berat badan.

Kali ni saya tak kisah sangat dah pasal berat badan.
Saya nak workout kardio untuk kecergasan dan sistem dalaman badan.
Sebab badan saya sakit-sakit sejak tahun lepas, dan makin lama makin banyak sakitnya.
Saya ingat sakit-sakit macam ni akan berlaku pada usia 45 tahun ke atas, tapi saya baru 39 tahun dah sakit-sakit dan nak selalu sapu minyak angin. Hahaha. dah kenapa muda sangat dah macam tu? Badan nak pakai lama ni.

Mulai esok saya target nak capai 8000 langkah dan bakar 600 kalori setiap hari.
Kalau ikotkan target default jam ni cuma 300 kalori.
Saya dah ubah target jadi 600 kalori.

Bila dah effortless berjalan setiap hari, saya akan work on my mobility pula.
Sebab pergerakan saya ni dah kurang kemas, dah tak fleksibel. Sendi-sendi macam ketat.

Lepas dua perkara tu dah effortless, saya akan work on strength pula.

Saya tahu kita bole buat ketiga-tiga workout ni sekaligus, tapi saya juga tahu yang saya ni memang tak suka aktiviti yang melibatkan pergerakan [kecuali karate dan joget hindustan]. Jangankan bersukan, berjalan-jalan pun saya tak suka. Kalau bole saya nak jalan-jalan sambil duduk dalam kereta je. Itu la saya, malas bergerak.

Jadi untuk menjayakan program The Best Version of Myself ni, saya kena buat secara berperingkat dan perlahan-lahan supaya body saya dapat terima perubahan gaya hidup yang sihat ini tanpa dia sedari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^