Ini ialah Dak Pared.
Time ni umur dia 3 bulan. Debab kan.
5 tahun kawen baru la dia bercambah dan nak dekat 6 tahun baru la dia lahir. Happy sangat.
Kehappyan kaklong ni maybe berlebih² berbanding ibu² lain yang lebih mudah dapat anak.
Sampaikan kaklong buat blog khas untuk dia. Blog Dak Farid.
Blog ni dibina supaya kaklong tak spam blog, fb dan ig sendiri dengan update pasal dak pared je.
Sebab sebelom ni ada dengar suara² cakap "balik² gambar anak dia, balik² pasal anak dia. Macam orang lain takde anak".
"nak letak gambar pun, takkan hari² letak gambar kot. Sebulan sekali cukup la."
Tapi bila kaklong ada anak baru faham rasa keterujaan seorang ibu tentang permata hati yang sorang ni.
Memang hari² pun kaklong nak tulis sesuatu tentang dak pared tapi takot orang mengata pula.
Maka terhasil la blog yang tak seberapa untuk meluahkan keterujaan hati.
Ni pula app yang kaklong guna untuk monitor usia Dak Pared.
Diari dia pun kaklong tulis dalam ni ikot hari kejadian.
Pastu share ke app Blog It
App ni bagus juga untuk monitor usia baby dan tulis diari. Korang yang bakal dapat baby tu try la guna kot² berguna.
Pada awalnya kaklong nak tulis dalam app ni je, tapi kalo app ni hilang, phone rosak dsb, maka hilang la semua diari Dak Pared.
First blog kaklong pada 2002 kaklong guna Yahoo 360. Pastu hilang.
Kemudian tulis blog kat Friendster pulak pastu hilang.
Ada kebarangkalian tak blogspot bakal hilang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^