Survey Baju Baby

Salam..

Haritu Cik Abang tak kerja, maka Kaklong ajak jalan-jalan survey kelengkapan bayi.
Nak survey kedai-kedai dan barang-barang apa yang ada jual je, bukan nak beli pun.
Sebab Kaklong baru je 5 bulan, lambat lagi due date.
Nanti masuk 7 bulan baru nak start beli.
Ingat gitu la..

Pastu kan, terbeli juga.. 
Hahaha..
baju baby yang terbeli
Mula-mula kami singgah kat kedai Anakku.
Memang best sangat tempat tu.
Baju-baju dia pun comel sangat.
Harga pun comel.
Yang Kaklong berkenan sangat tu harganya RM60 sepasang.
Wooo..
Kain dia best, corak comel sangat.
Tapi duk fikir mampu ke beli. Banyak lagi barang nak beli ni.

Pastu kami pergi kat Tateh pula.
Pun best, tapi yang kurang best adalah salesgirl dia.
Adoii, muka ketat giler.
Dia tanya "cari apa kak?"
Kaklong jawab tengok-tengok je.
Pastu tak senyum pun, muka ketat habis. Dua-dua pulak tu.
Mungkin penat puasa atau gaji belum masuk ke hapa..
Tapi mood Kaklong sedikit sebanyak terjejas juga.

Kat mana Kaklong pi semua dia ikut, rapat pulak tu.
Rasa cam kurang selesa sikit tapi mungkin bos suruh ikot kot.
Kaklong takde la tak suka, cuma kurang selesa bila dia duk sebelah masa kita duk belek-belek.

Rasa cam bersalah pulak belek banyak-banyak sebab memang taknak beli, nak survey harga dan barang-barang yang berkenan kat hati.
Nanti balik rumah, buat list baru pergi beli bulan 7 nanti.

Salah satu yang best kat sini, dorang jual barang-barang berpantang juga.
Sebelum ni Kaklong survey online je, ni dah ada kat sini bole la beli direct je nanti.

Pastu Kaklong jatuh cinta kat satu blanket tu.
Harga dalam RM30+
Masa bayar pun kan, muka dia ketat jugak.
Senyum tak, pandang pun tak, ucap "terima kasih" pun tak.
Macam menyampah je tengok kita datang beli.
Alaaa, naper ni..?

Dah ler buat iklan kat FB sampai I tergoda.
Bila datang buat muka tak suka pulak.
Tak tau la nak datang ke tak lepas ni.
Cam tak syok je..

Pastu kami masuk Parkson pula.
Ramai gila orang datang shopping raya.
Naseb baek kat area baby tak ramai.

Cuma mungkin terlalu banyak barang dan jenama membuatkan Kaklong pening tak tau nak tengok yang mana satu.
Harga pun ada yang mahal dan ada yang okay..
Rasanya lepas ni Kaklong beli kat kedai barangan bayi je la.
Senang sikit, kedai tak besar mana dan barang-barang pun dorang dah letak kat area masing-masing senang cari.
Kat mall ni, pening gak merata-rata berjalan.

Pastu Kaklong terpikat kat baju baby yang kiyut tu.
Cik ABang cakap beli sepasang dah la, lain kali beli lagi.
Okay.
PAstu amik set mandian Anakku.

Masa nak bayar tu ya Allah panjang gila beratur. Kaklong sempat lagi pusing-pusing tempat lain sementara abang beratur nak bayar.
Disebabkan terlalu ramai orang Kaklong pun takde mood gak nak pusing lama-lama.

Lepas tu Cik Abang bawa gi Baby Land kat Butterworth.
Katanya ramai kawan-kawan dia beli kat situ.
Kedai ni rasa selesa sikit.
Pekerja dia tak ikot kita, rasa bebas tengok macam-macam, belek lama-lama.
Barang-barang dia pun terletak kat tempat yang mudah tengok, senang cari.
Harga pun mampu milik.

Disebabkan mampu milik abang pun pilih la beberapa baju.
Tau tak berapa dia amik? 4 pasang. Hahaha..

Tadi suruh kita amik 2 je, bila time dia pilih tau pun amik 4.
Memang syok pilih baju-baju baby ni sebab semua kiut-kiut.
Tak sedar nak amik banyak.

Haritu scan doctor cakap probably baby boy, Kaklong ni tak berapa pandai sangat pilih untuk  boy.
Sebab apa-apa hal mesti terpikat kat kaler pink, kuning, corak love, corak kiyut-kiyut.
Corak kereta, kapal dan warna biru gelap, coklat gelap semua tu tak terpikat pun, tu tak reti pilih.
Naseb baek Cik Abang pandai pilihkan..

Selain tu Kaklong amik sepaket sapu tangan kain muslin.
Biasa Kaklong tengok ibu lap-lap jeluak baby guna lampin je, kat sini nampak ada lampin versi kecik, Kaklong amik la sepaket. Murah je, tak sampai RM10.

Masa nak bayar tu, dia offer jadi ahli dengan minimum pembelian RM100.
Tambah R25 je lagi nak cukup RM100.
Abang pun suruh cari barang lagi.

Kaklong tak tau nak cari apa, memandangkan tak buat apa-apa list pun lagi.
Ingat nak survey-survey je hari ni, ntah camana bole beli pulak dah. Hahaha..
Akhirnya Kaklong amik baby wipes, minyak yuyi dan towel.
Cukup pun RM100.

Ikot hati banyak je nak sambar, tapi takut tak pakai pulak.
Nanti la buat list baru beli lagi.

Pastu kami pun balik..

Masa lipat-lipat baju baby ni rasa tak sabar pula nak baby.
Dapat rasa la beza kualiti barang yang mahal dengan barang murah.
Memang barang mahal ni sedap je pegang kat tangan, barang murah kasar sikit.
Apapun, kene tengok kemampuan juga la kan..
Kalo ikot hati memang la nak semua yang mahal dan berkualiti, tapi baby pun cepat besar, nanti kene beli baju lain pula.
Mama kene kawal nafsu gak ni.

Huhuhuhuu..

Nanti balik Kuantan ingat nak shopping lagi sikit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^