Review : Dukun

Citer Dukun best.

Kisah dia lebih kepada misteri + seram. Bukan citer hantu. Takde penampakan pelik². Keseramannya masih terkawal. Mood dia dari awal sampai akhir kekal seram..

Lakonan Umie Aida tip top! Dari awal sampai akhir cerita, seram semacam je tengok dia. Faizal Hussein pun okay cuma intonasi dia sedikit kekok, mungkin kerana skripnya formal (peguam kan). Elyana walaupun scene dia sikit je, tapi sangat berkesan. Pelakon lain pun okay sangat, terutama NamRon sebagai polis yang annoying sikit perangai dia.

Gambar filem ni cantek (cinematography kot term dia), warna pun cantik (colour grading kot term dia). Pilihan muzik latar sangat memberi impak menyulamkan mood misteri dan seram dalam filem ni.

Skrip dan jalan cerita takde apa nak komplen. Sangat bagus. Seronok tengok citer tempatan yg takde elemen cinta / jatuh cinta. Takde heroin yg kononnya paling cantek la dalam kampung tu, pastu takde orang yang dengki, pastu takde orang menjerit marah² guna skrip yang sama je tak habis². Skrip filem ni ditulis dengan rapi. I really like it. Cam tak caya pula ni filem 10 tahun lepas.

Kaklong rasa nak pi tengok lagi la 😁

4 ulasan:

  1. Yess! Lakonan semua pelakon terutama Umie Aida memang terbaik πŸ‘πŸ»

    Kak Long, jemput join giveaway di blog Siqah jika ada kelapangan ye πŸ˜ŠπŸ™ˆ

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam
  2. taktengok lagi, takut seram hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seram dia terkawal. Takde terbawa-bawa ke luar panggung ^^

      Padam

Komen la sikit ^^