Tutorial : Cara Pasang Wallpaper (makeover meja lama)

Salam..

Kaklong suka pakai meja kecik ni..
Meja ABC untuk kanak-kanak bermain..

Ini la muka dia..

Sampai sekarang pun meja ni la Kaklong gunakan untuk main laptop depan TV; makan pisang goreng, pasembuq, laksa penang depan TV, seterika kain kraf, dan kalo tetamu mai, meja ni juga la yang jadi cofee table..

Macam menyedihkan je kan..

Eh, bukan la meja yang sama..
Ada beberapa biji dalam rumah ni yang digunakan untuk memenuhi aktiviti di atas..
Kikikiki..

Kenapa suka sangat ngn meja ni?

Sebab dia punya ketinggian tu sangat serasi dengan Kaklong time beraktiviti dalam keadaan bersila..

Pastu harga dia pula mampu bilik.. Kalo tak silap RM18 sebiji (dah lama dah beli). Ada tu RM10 je, tapi rendah sikit; tak sesuai buat keje..

Dan bila nak clear ruang, dengan konfidennya bole lipat dan sorok / sandar je la kat mana2 yang dirasakan sesuai.. Masa nak guna buka balik..

Sesuai sangat dengan pondok kecil Kaklong ni...

Cuma design dia tuagak kurang sesuai dengan saya yang dah menginjak usia 30-an..
PAstu muka dia pun dah buruk sebab dah lama sangat guna..
Hew hew hew...

Tak bole jadi ni..
Instead of beli baru, apa kata kita makeover je dia nak tak...
Mesti la nak..

Untuk ubahsuai meja ni supaya kelihatan baru dan elegan, apa yang kita perlukan?

Wallpaper!

Wallpaper ni Kaklong beli kat DIY je..
Kebanyakannya corak yang natural dan simple..
Kaklong suka yang kiut miut; tapi tak ada... *sob sob*
Oleh itu, amik je la yang corak kayu ni je..

Siapa yang tak pernah guna wallpaper tu, meh Kaklong bagi tutorial cara guna wallpaper ni..

Mula-mula ukur dulu saiz yang sesuai untuk balut meja ni..
Lebihkan sikit untuk lipat ke bawah.. Kaklong buat 2 cm je..
Dah ukur tu, terus potong guna gunting..

Don't worry, kat bahagian belakang dia ada grid / kotak-kotak jadi masa potong tu nanti takde la senget...

Kemudian, dari satu bahagian korang peel dia macam buka sticker pastu tepek kat meja..
Kalo tersilap tepek, jangan bimbang...
Bole buka balik dan tepek semula bagi kedudukan dia elok kat meja tu..


Sambil buka kertas belakang tu, sambil tu juga gosok2 wallpaper tersebut kat meja macam dalam gambar ni..
Satu yang kene jaga ialah gelembung udara..
Kalo dah terperangkap gelembung tu, bole buka balik..
Tapi kalo banyak sangat, penat gak nak undo redo..


Siap!
Kejap je buat, dalam 5 minit gitu je tau..

Yang tu bukan gelembung udara ya..
Memang meja tu macam tu.. Almaklum la meja lama tapi masih kukuh..

Abang mcam hepi je tengok meja dia pakai baju baru..
RAsa macam matang la sikit, takde la hari2 makan petang sambil mengeja dan mengira..(haha..)
Amacam?
Senang kan..

Kalo senang apa lagi, pi cari perabot2 yang nampak lusuh tu, pakaikan je dia baju baru..
Tak perlu fikir beli lain.. 
Jimat tu...

Selamat mencuba

Wassalam..

6 ulasan:

  1. hehe bgs juga ni..

    tp smbil makan smbil mengira pun ok apa..ekekek

    BalasPadam
  2. Kemas je kak long, mai pun suka meja ni, haritu g Giant tengok promosi meja ni tapi yang jenis cantik sikit, warna coklat, bawah pun kukuh, ape lagi bedal la sebab harga pun dalam RM18 gitu la, promotion, kalau tidak mahal juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna kayu ek.. Cantek yg macam tu..
      Okay sangat harga tu.. Kalo tau Kaklong gi beli lagi. Haha..

      Padam

Komen la sikit ^^