Cer tengok apa Kaklong masak untuk Abang Long tercinta ni..
Apple Puff Homemade.
Macam buruk je muka dia kan.
Yang penting sedap gitew.
Puncanya ialah kitorang beli apple banyak (banyak la untuk 2 orang)
Lama-lama apple tu duk bawah-bawah daah dan dah lupa.
Baru-baru ni baru ternampak, tapi dia macam dah kurang fresh la kan..
Tu duk godek nak masak ape dengan apple ni.
Nak makan dha kurang sedap, nak buang sayang pula..
Akhirnya jumpa satu resepi apple puff oleh abam Hanghungry Chef
Klik link tu untuk detail resepi.
Banyak resepi yang beliau share dan semuanya nampak sedap gila.
Apa lagi, follow la beliau, nanti rugi pulak.
Resepi ni simple je, bahan-bahannya seperti kat bawah ni:
Apple yang dipotong dadu dan rendam dalam air garambutter sikit sesudu
gula perang 3 sudu
Kismis sikit (takde dalam gambar)
serbuk kulit kayu manis sikit je dalam secubit dua je
tepung jagung sesudu (dicairkan dgn sikit air)
Puff pastry yang ready-made (beli kat Giant RM6.20 je sepaket)
Kuning telur sebiji
Cara-caranya very simple.
Panaskan pan dan cairkan butter tu.
Pastu taruk apple, gula perang, kismis dan serbuk kulit kayu manis.
Bila dia dah macam kering tu, masukkan tepung jagung utk pekatkan dia.
Pastu angkat dan ketepikan..
Amik pastri yang dah siap ni dan letak sesudu inti apple kat atas dia.
Sapu kuning telur kat sekeliling utk lekatkan kulit pastri tu.
Pastu tekan dng garfu untuk seal supaya dia tak terbuka time dalam oven nanti.
Panaskan oven, dan bakar dalam suhu 180 degree dalam 15-20 minit.
Oven Kaklong 25 minit, oven masing-masing tak sama tau.
Sedia dihidangkan..
Nak gambaran jelas, korang klik sini : RESEPI APPLE PUFF HANGHUNGRY CHEF
Dia ada tunjukkan step bergambar.
Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^