Hobi Berlari

Kaklong ada hobi baru iaitu berjalan kaki.

Alhamdulillah, dah lama dah nak ada hobi yang menggerakkan badan, tapi tak berjaya. Kali ni nampak cerah peluang kejayaan.

Puncanya ada satu blog tu kaklong follow. Dia blog mengait, tapi ntah kenapa tiap kali update dia pergi update pasal berlari.

Dah la berlari, 10km sehari pulak tu. Habis berlari dia pergi makan sedap².

Pastu dia cakap la yang dia join virtual run 500km pastu tunjuk sekali baju kaler pink!

Pinkk

Kaklong pun pergi la ushar group tu, kot² kaklong bole beli baju tu ke. Pastu kaklong like like la post dorang tunjuk lari progress larian.

Pastu efbi pun mainkanlah peranan dia. Dia pergi tunjuk eklan baju la, eklan larian la, dan paling menarik eklan virtual run.

Kaklong pun ushar² la virtual run tu sebab ada tu 5km je dan bole berjalan kaki dan sambung² larian sampai complete. Owh gitu ke virtual run.

Pastu (haa ni la puncanya) kaklong ternampak medal lawa baq hanggg.

Dah lawa tu takkan nak tengok je, mesti la nak memiliki. Hahaha

Tapi medal lawa tu kan kene complete 70km. Mampossss.

Kaklong pun start guna matematik. Maklum la matematik kita A1. Bila lagi nak guna kalau bukan sekarang.

Kaklong berjalan 30 minit dapat 2km lebih² sikit. Kalau sejam dapat 4km lebih2 sikit. Ni jalan melenggang kangkung je ni. Gendut la katakan.

Sehari maksimum kaklong bole jalan sejam je atas treadmill.

Jadi kalau setiap hari berjalan selama sejam, dalam 18 hari kaklong dah bole complete 70km.

Eh, macam senang je ni. Hahaha

Tapi lama gak la fikir, kot² salah kira. Kalau tak complete dia takkan bagi medal tu. Rugi je bayo.

Selepas berhempas-pulas fikir, akhirnya kaklong join. 

Dah start dah ni dan cut-off time di hujung julai ni. Setakat harini kaklong berjaya kumpul 40km. Ada 30km lagi to go.



Pastu kan (tak habis lagi ni) kaklong ternampak lagi eklan lain pulak yang medal dia pun lawa. Haaa sudah aku ni dah kenapa.

Dia punya medal tu kaklong duk belek² je setiap kali masa terluang sebab lawa sangat (bagi kaklong lawa la). Tapi kene complete 99km. 

Okay, sebenarnya ada je option 10km, 40km; tapi kaklong mana la tengok kecik² ni. Tamak haloba la katakan. Lagipun cut-off time dia bulan Disember. Kalau amik yang 40km tu macam sikit sangat je. Hahaha berlagak betul gendut ni.

Kaklong cuba tenangkan diri dan delay² buat keputusan sebab taknak buat keputusan semasa gelepor.

Tiba² si organizer ni pegi keluarkan kaler baju yang baru (memang pandai mengorat dia ni, menyampah).

Kaler tshirt event sebelum ni ada dua pilihan je, putih dan hitam. Yang putih tu nampak macam tshirt pagoda je, macam murah je. Yang hitam tu pulak nampak macam tshirt mat rempit. Kaklong macam eee taknak aku tshirt ni, tapi mmg dia bagi sekali.

Pastu agaknya dia dengar kot kaklong merungut dia pun pergi tunjuk tshirt kaler tekois + oren. Hahaha aku suka dua kaler tu. Help!

Pastu kaklong pun join.

Camtu je kan nak ngorat kaklong.

Pastu (tak abes lagi tapi dah penat kan) kaklong join lagi 2 event sebab medal lawa jugak. Hahaha. 

Kaklong pun dah confuse ni nak berlari ke, nak medal ni? 

Serampang dua mata, dua² pun bedal. Sihat dapat ๐Ÿ’ช medal lawa pun dapat ๐Ÿ…. Yeeehaaaaa!

Duet je terbang huhuu ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ

Dua dari event yang kaklong join tu kene complete hujung bulan julai. 65km satu, 45km satu. 

Satu lagi larian real life, kene turun padang ni berlari dengan manusia. Haha saya dah lama tak jumpa manusia. Camana nak buat ni. Hahaha. 

Demi medal kaklong akan buat juga. Lagipun 3.5 km je, fun run.

Pastu ada satu medal lagi ni (kaklong tak join) Lawa betul. Design forest. Giler lawa. Tapi kene complete bulan julai jugak. Kaklong rasa tak konfiden pula bila banyak sangat virtual run dalam satu bulan. Tapi medal dia lawa. Haha. Nampaknya kaklong dah medalholic.

Rasanya utk julai dah cukup kot. Ushar yang bulan ogos pula. Bulan ogos banyak larian merdeka. Kat tempat kaklong je dah jumpa 3 larian. Kaklong nak gak join tapi tak confident sebab larian dia paling pendek 10km.

Petang tadi kaklong berjalan 7km, balik rumah kaki sakit. Hahaha. Camana nak run 10km cenggini? Nanti dulu la. Kene sedar diri sikit ye.

Itulah kisah kaklong dan larian (jalanan je sebenarnya). Semoga kaklong istiqomah la berjalan setiap hari demi kesihatan (dan medal).

Kalau nak tahu sejak kaklong start berjalan 5km setiap hari ni kan, kaklong dan turun.....nada. Hahahaha. Takde penurunan pun. Hampas nyior betul la.

Mungkin sebab lepas jalan lama macam tu cepat lapar. Lepas tu makan. Lepas tu minum sirap secawan. Minum air kosong sahaja ok je, cuma rasa tak puas. Lalu air sirap baru syok. 

Kalau tak kurus pun takpe sebab itu bukan la objektifnya. Objektifnya ialah nak sihat (dan medal).

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^