Halaman

Semak Azam 2022

Jom kita semak Azam 2022 ni berjaya ke gagal.

Azam tahun ni Kaklong nak :

  1. Nak kebun mini - GAGAL
    • Gagal sebab pokok-pokok Kaklong mati. Kaklong tak pandai menanam. Dorang cuma hidup sampai remaja je, pastu mati. Maybe ada sesuatu tentang membaja ke, pasu ke, tanah ke, air ke yang Kaklong tak paham tentang pokok ni. 
    • Tapi pokok bendi berjaya berbuah. Tapi Kaklong tak petik-petik sebab bendi tu muda lagi. Tiba-tiba bendi tu terua kering. Aik? RUpa-rupanya bendi tu memang jenis hijau muda. kaler hijau dia tu takkan pekat dah. Laaaa... Tak sempat makan bendi sebab dah kering kat pokok. Tapi hidup dalam  pokok gitu lalu Kaklong tak teruskan.

  2. Nak kait selimut sehelai - HAMPIR BERJAYA
    • Tak berjaya sebab sakit tangan kiri. Walau bagaimana pun Kaklong berjaya kait dua selimut separuh jalan. Sehelai selimut suhu, berjaya kait sampai Jun 2022. Sehelai lagi selimut purple saiz queen yang kaklong agak tinggal 1/4 lagi nak siap tapi dah sakit tangan. Apa la naseb.

  3. Nak turun 10kg - GAGAL
    • Awal tahun 74kg, akhir tahun 77kg. Naik 3kg.
    • Sebenarnya tak seringkas tu. Kisahnya dari 74 Kaklong berjaya turun ke 72 pastu naik ke 73 dah kekal lama juga 73 tu. Tetibe Kaklong kene angin apa tak tahu, nak makan sedap-sedap je. Naik ke 76 pastu konsisten naik lagi sampai ke 79 kau!
    • Pastu macam insaf sangat lalu diet dan workout juga la tapi tak serius, turun slow-slow ke 77kg. Memang kecewa sangat hati saya.
Tahun depan taknak dah la azam kurus-kurus je.
Azam lain gagal tak kecewa sangat; tapi azam kurus gagal memang kecewa habis rasa nak makan je.

Azam korang camana.. Berjaya tak...

Kalendar 2023

Kaklong jumpa kalendar 2023 yang dikongsi oleh Ida Nurlida














Tu je nak cakap.


Hobi Berlari?

Kaklong ada terbaca yang sorang akak ni hobi dia berlari.

Rasa macam tak masuk akal pula hobi berlari. Dah la tu dia berlari 10km sehari.

Macam bosan je. Berapa minit agaknya dia luang masa untuk berlari 10km tu? Kaklong tak dapat bayang betapa bosannya kaklong kalau kene berlari sejauh tu. Setiap hari pula tu.

Ini adalah pemikiran seorang kaklong yang hobinya duduk setempat buat keje dengan tangan. Kaklong tak minat nak berjalan lama². Rasa bosan.

Tapi akibatnya body kaklong macam ni la. Gemuk gedempol. Postur tak cantik. Rasa lemau dan lesu. Emosi asyik depress je. Sendi² pun rasa ketat. Dan mungkin kelihatan tua 😵‍💫.

Makin banyak baca pasal hobi berlari dia, makin menarik pula. Dia ada pakai app untuk track larian dan sekali sekala dapat certificate. Certificate untuk apa tu kaklong tak pasti. Tak berapa faham.

Ini buat kaklong fikir, kalau berlari adalah hobi kaklong; pasti kaklong seronok nak pergi berlari, usahakan diri untuk berlari, dan tak anggap berlari tu satu paksaan atau hukuman. 

Hasilnya kaklong akan lebih fit, hati lebih gembira dan yang paling penting dapat dedahkan anak dengan rutin aktiviti fizikal (disebabkan kami suami isteri indoor punya orang, anak pun tak minat aktiviti outdoor. Ajak pi taman pun kejap tu nak balik dah dia).

Tapi macam mana kaklong nak mulakan hobi berlari ni sedangkan kita tak minat berlari?



3 Perkara Kaklong Suka Tentang Mechamato


Setelah 4 tahun tak tengok wayang, akhirnya kaklong sekeluarga dapat tengok juga wayang minggu.

Wuiii seronok betullah.
Rindu betul ngan wayang.

Kitorang tengok Mechamato sebab bole bawak baby kan.

Tapi mak datok mahal giler tiket. Tak silap kaklong RM24 sekeping dewasa. Kanak-kanak punya tiket tak ingat pula brape.

Dah la masa beli tiket tu kitorang macam tercari-cari mana kaunter tiket ni? Rupa-rupanya takde kaunter dah. Dah pakai mesin macam mekdi tu.

Dah la tak gajikan orang, pelanggan kene buat sendiri, tiket lagi mahal pulak tu. Rasanya dalam 10 tahun lagi popcorn pun pelanggan kene masak sendiri.

Mesin beli tiket tu kan, kitorang try sampai 4 kali tau. Kali keempat baru la berjaya transaksi.

Kali pertama tengah touch touch tu tetibe mesin tu padam. Kitorang tunggu je la, kot² mesin ni memang lembab ke apa kan. Rupa-rupanya mesin tu tido.

Ehhhhhh.
Kita tengah beli dia tido pulak.
Kalau orang yang jual pasti takkan tido tengah² berurusniaga. Tapi ni mesin. Suka hati dia la nak tido ke apa, bukan bole marah pun.

Kami pergi mesin sebelah.
Touch punya touch, dah pilih seat apa semua lepas tu mesin tu suruh pilih makanan pulak. Ooo kene pilih kat sini ek, ingat nak pilih² kat kaunter je. 

Amik masa lama juga pilih makanan tu sebab tak biasa ngan GSC. Dulu-dulu sejak 2013 lagi kitorang tengok wayang TGV je sebab jadi member. Banyak tengok dapat tiket free, renew free, lepas renew dapat pula tiket free. Birthday pun dapat tiket free. Tapi GSC ni kaklong baru pergi dalam 4x je kot seumur hidup.

Lepas dah pilih makanan dah check out tu teringat pulak yang tak tukar tiket kanak-kanak. 

Tak reti nak buat apa, kami pun cancel la.

Pastu 3rd attempt pula, alahai penatnya.
3rd attempt ni berjaya tapi lepas check out time nak bayar tu tetibe mesin tu yang cancel transaksi.

Aik, balas dendam nampak.

Rupa-rupanya seat kami tu orang lain dah amik dulu. Orang kat mesin sebelah tu la agaknya, sape lagi.

Okay, 4th attempt pulak.
Kali ni kami touch cepat2 sikit takot seat hilang lagi. Akhirnya berjaya bayar dan dapat tiket.

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya gerimis mengundang. Ingatkan 4tj attempt tu berjalan dengan smooth. Rupanya tak.

Masa amik makanan tu, kitorang tak dapat popcorn, kitorang dapat jajan rangup pedas. Kitorang macam haaa apeni?

Budak tu cakap memang kami order tu pun. Alamak, salah tekan la tu. Tapi kaklong macam yakin sangat dah tekan popcorn. Menyampah betullah.

Kaklong tanya la bole tukar tak. Tambah duit pun takpe. Dia cakap tak bole tak bole sambil pandang tempat lain. Alahai diva kau nyah.

Terpaksa la beli popcorn satu lagi. 
Aktiviti ni saje dah habis rm100.

Pengalaman berurusniaga di sini sangat tak best. Tak mau mai dah.

Apapun Mechamato tersangat best.

Kaklong dan Farid memang suka tengok siri Mechamato kat Netflix. Selalu ulang-ulang tengok. 

Movie dia kali ni tak kurang hebatnya.
Macam² emosi bercampur-baur.

Visual dia pun lawa giler.

Skrip pun sedap.

Dah plot dia on point, takde draggy dari mula ke akhir syok oooo.

Kaklong macam terlupa yang kaklong sedang tengok cerita buatan Malaysia.

Selain dari pengalaman menonton di atas, ni 3 perkara lagi yang Kaklong suka tentang Mechamato.

1. Gajet dia punya design

Mechabot tu kan bole cantum ngan barang lalu jadi gajet. Design gajet² yang Mechabot hasilkan tu lawa giler. Style woo.

2. Suara Pian

Kaklong suka sangat suara Pian sebab dia pelat R. Pada hawa telinga kaklong kan suara lelaki pelat R memang seksi. 

Kat sini jelas produksi masukkan pelakon suara pelat R untuk menambahkan variasi dan memberi personaliti unik pada Pian. Dorang tak anggap pelat R tu tak sesuai dikomersialkan. Cuba la tengok mana ada pelakon atau penyanyi pelat R kecuali kalau mereka bercakap dalam loghat sesetengah negeri. Bila guna Bahasa Melayu moden memang takde la kita jumpa pelat R di ruangan komersial kecuali Lisa Surihani, itu pun bila dia cakap spontan baru dengar pelat R tu. Dalam filem tak dengar pun dia pelat R.

3. Serah kepada Pelapis

Ini mesej tersirat yang kaklong nampak dalam filem Mechamato ni. Iaitu kita patut serahkan tugas kepada anak muda kita. Jangan la asyik kita nak buat semuanya sampai dah tua pun kita nak bolot sorang-sorang dan anggap budak² bukan tahu apa. Memang la dorang belom tau apa lagi tapi kita sebagai orang tua patut beri mereka ilmu, latihan dan persediaan untuk galas tugas menjaga dunia yg bakal kita tinggalkan. Jangan anggap budak ni ganggu keje orang je nak amik tab pi main game. Sampai satu masa kita dah nyanyuk dah nak pergi, anak² muda yang dah belia ni tak reti buat apa sebab takde orang pernah ajar camana nak buat semua ni. Masa muda2 kita dah bagi mereka pendedahan dan hands-on kerja² ringan. Nanti nak amik alih senang. Malah anak muda ni mereka lagi pandai pada kita. Cuma kita je perasan paling pandai dalam dunia padahal makin kita tua makin merosot. Anak muda tak cakap apa sebab hormat je dalam hati dorang roll eyes je tengok perangai kita yang perasan tahu semua ni.

Semoga karyawan Malaysia yg lain dapat ikot jejak langkah Mechamato ni. 

Sila la buat cerita sedap² please... 

Review : Pengalaman Kaklong Pakai Syampoo Sepanjang Hidup

Kaklong nak share sikit pengalaman kaklong pakai shampoo sejak kecik sampai la tua ni.

Ini cuma pengalaman peribadi kaklong je.
Pengalaman korang maybe tak sama dengan kaklong; sebab keserasian kita terhadap produk pun berbeza-beza.

Masa kecik-kecik dulu kaklong tak ingat kaklong pakai syampoo apa.
Pakai je apa-apa yang ibu belikan.

Bila masuk sekolah menengah kaklong mula pakai syampoo pilihan sendiri iaitu Pantene.

Giler lama Kaklong pakai Pantene ni.
Tapi rambut kaklong banyak gugur tiap kali syampoo.
Kaklong baca dalam majalah kata rambut gugur masa syampoo tu normal so normal la kan.

Bila dah habis universiti dan masuk alam bekerja dalam usia 24-25 tahun gitu Kaklong bertukar kepada Dove.
Dove ni bau dia kuat sangat.
Dan sama la juga rambut gugur banyak masa syampoo. 
Normal la kan...

Lepas kahwin masa umur 29 kaklong bertukar pula kepada Rejoice.
Rejoice ni bau syampoo dia best. Bau conditioner pun best.
Dan paling best tak banyak pun rambut Kaklong gugur.
Boleh dikatakan separuh dari masa pakai Pantene dan Dove.
Memang ketara la, sikit je gugur.
Rambut pun lembut dan wangi yang sedap je bau dia.
Bukan bau wangi yang kuat menyekit macam Pantene dan Dove.

Lepas dapat anak kedua ni, masa umur Kaklong 37 gitu Kaklong saja-saja je la tukar kepada Elseve.
Dan Elseve ni kan memang best.
Bau dia dah la sedap, rambut pun rasa lembut dan sihat.
Dan rambut gugur masa syampoo pula? Sangat sikit.
Sikit je rambut gugur masa syampoo.

Cuma bau conditioner dia sangat tak sedap atau lebih tepat lagi : busuk.
Conditioner dia busuk, Kaklong tak tahan.
Tapi rambut kaklong sedap je bila pakai conditioner dia jadi Kaklong tahan je la busuk tu.

Kaklong ada fikir kurangnya rambut gugur ketika bersyampoo ni mungkin berpunca dari faktor usia.
Dah makin berusia, maybe la rambut kurang gugur kot.
Agak-agak kaklong la.

Tapi....

Kaklong ada balik kampung haritu dan pakai syampoo Pantene adik Kaklong.
Dan tahu tak apa?
Banyak rambut gugur!
Terimbau balik zaman sekolah dulu, macam ni punya banyak la rambut gugur.

Jadi kaklong rasa Kaklong tak serasi la kot dengan bahan yang terkandung dalam syampoo Pantene tu.

Tapi Elseve Kaklong sangat serasi dan Kaklong suka sangat.
Tapi tu la conditioner dia tu apesal ntah busuk sangat.

Korang pula serasi dengan syampoo apa..

Quiting Facebook

Kaklong tengah quiting social media untuk kesekian kalinya.

Sebenarnya kaklong dah hampir berjaya pun, cuma Facebook tu je la kaklong masih tak bole keluar lagi.

Sebab kaklong attached dengan beberapa orang kawan kat sana.

Tak keluar bukan sebab sayang Facebook, tapi sayang nak disconnect dengan kawan².

Satu lagi sebab susah nak quit sebab kaklong fikir mungkin kaklong akan resume semula bisnes online bila anak dah besar sikit. 

Tapi bila fikir semula rasa malas dah nak niaga online. Dunia online ni dah berbeza. Kaklong tak rasa kaklong mampu nak catch up balik teknologi pada waktu tu kelak. Maybe kaklong tak niaga pun waktu tu kot.

Apapun kaklong baru je uninstalled facebook. Media sosial memang dah uninstalled lama dah. Facebook tu je la payah benor.

Bila kita dah tinggalkan sesuatu dalam hidup kita, kita kena replace benda tu dengan benda lain.

Kaklong nak replace facebook dengan :
- blogging
- blog walking
- mengaji
- bersenam
- mengait
- menjahit
- tengok movie

Bukan la buat semua perkara di atas dalam masa satu hari. Pilih² la nak buat yang mana bila tetibe rasa gian nak skrol media sosial.

Kaklong ada baca pengalaman orang. Katanya minggu pertama quit sosial memang lain macam punya penangan. Ketagih sangat.
Masuk minggu kedua dah okay. Dah rasa best je hidup.

Jadi kali ni kaklong cuba la untuk kali ke-50 rasanya. Semoga kali ni berjaya. In shaa Allah.

Argentina Menang Worldcup Giveaway by Kaklong Cha


Sempena Argentina Menang Worldcup 2022 kaklong nak anjurkan Giveaway Argentina Menang.

Dah lama tak buat giveaway. Sampai kaklong dah lupa macam mana nak buat giveaway.

Sape² yang ada blog bole la join.

Sape takde blog bole join kat facebook kaklong.

Cara menyertai:

Buat satu entry kat blog korang.
Entry tu mestilah ada :

1. Poster ni
2. Satu certot yang mempunyai perkataan "Argentina", "Messi" dan "Kaklong".
3. Tulis link entry tu kat ruangan komen di bawah, nanti kaklong pergi tengok.

* Panjang certot tu minimum 50 patah perkataan, maksimum tiada. Tapi tak perlu la panjang².

* Tarikh tutup penyertaan pada 25 Disember 2022 

* Certot yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.

* Hadiahnya kaklong belom fikir lagi. Entry ni pun buat mengejut. Berkemungkinan hadiahnya barangan perempuan. Tapi kalau lelaki yg menang kaklong akan usahakan hadiah yg sesuai untuk lelaki.

Selamat berusaha!

Cara Cari Blog yang guna Blogspot

Pernah tak korang nak baca blog yang ditulis oleh blogger yang menggunakan platform blogspot?

Tapi bila search jarang la blogspot tu keluar.
Kebiasaannya yang keluar mula-mula sekali mesti blog profesional yang bersifat majalah.
Blogspot tu jarang-jarang je la muncul.

Kaklong pun macam tu la.

Kaklong ni sebenarnya suka baca personal blog.
Blog bersifat peribadi yang si penulis tu cerita je apa nak cerita pasal diri dia ke, keluarga dia ke, hobi dia ke, pengalaman dia ke, pemikiran dia ke. Tulis je.
Kita yang baca ni pun rasa macam bercakap ngan kawan-kawan.

Oleh itu kat sini kaklong nak kongsikan cara mudah untuk korang cari blog yang menggunakan platform blogspot.

Korang pi je kat searchblogspot.com pastu isilah apa-apa keyword yang berkaitan; macam 'hiking', 'resepi roti', 'review syampoo', 'kucing' dan apa-apa je yang korang nak. 
Nanti muncul banyak blog-blog yang guna bogspot yang berkaitan dengan keyword korang tu.

Semoga bermanfaat <3

My diary

Kaklong tukar template lagi.
Kalo ni template oldskool blogger yang asal.

Template sebelom ni memang kaklong suka. Nampak kemas, cantik je. 

Cuma rupa dia macam majalah.

Blog kaklong ni memang asalnya nak buat majalah. Konon-konon nak jadi influencer. Lifestyle influencer gitew.

Memang menjadi juga tau.
Dapat juga la habuan.
Cuma kaklong je tak rajin meneruskan usaha menjadi influencer.
Rakan² seangkatan kaklong ramai yang menjadi. 
Kurang-kurang pun setiap bulan ada je sponsor. 
Itulah hasil orang yang consistent.

Sekarang blog kaklong ni sekadar diary je. Template majalah cam tak sesuai pulak. Ia buatkan kaklong rasa kaklong tak patut update apa-apa kalau ia bukan content yang memanfaatkan pembaca.

Maka kaklong tukar kepada template yang lebih bersifat diary supaya kaklong rajin update.

Sedih kan
Kaklong sedih tau.

Tapi itulah kehidupan. 
Tak ada yang kekal.

Template sebelom ni yang cantik tu kaklong letak sini buat kenangan.





Jangan Berhibur Kerana Bosan

Kaklong nak bagitau something pada semua orang yang ada anak.


Awak kene stop ajar anak berhibur setiap kali anak bosan.

Jangan takot anak bosan.

Bila anak bosan, awak lorongkan anak awak untuk buat benda lain selain berhibur.

Jangan ajar tengok youtube, tengok tv, dengar lagu, main game, dan apa saja bentuk hiburan tiap kali bosan. 

Tapi ajar anak untuk buat benda yg belom siap, mengemas almari, kemas stor, kemas pinggan mangkuk, cuci toilet, mop lantai, cuci peti sejuk, sapu halaman, berjalan² kat taman, kat pantai, workout, berkarate, jogging, beli groceries, dan apa saja benda yg bawa faedah pada dia.

Ajar anak baking, masak, menjahit, mengait, melukis, bertukang, mengukir, pasang² mainan. 

Tanamkan dalam mindset anak, bila bosan pergi buat kerja² yg berfaedah. Pergi siapkan keje yg terbengkalai.

Hiburan sekarang dah terlalu banyak.

Manusia makin berhenti berfungsi sebagai manusia sebab nak berhibur.

Kita banyak buang masa utk berhibur.

Buang masa yang precious dengan anak² sebab nak main game, sebab nak skrol instagram. 

Buang masa utk beribadat sebab nak tengok tiktok.

Buang masa utk tidur sebab nak main game.

Ya, kaklong paham kita nak berhibur.

Tapi instead of berhibur setiap kali bosan, sediakan masa khas utk berhibur.

Contoh 8-10 mlm ialah waktu berhibur.

Lepas pukul 10, tutup hiburan dan buat aktiviti lain.

Kalau bosan juga, buat aktiviti lain; bukan berhibur.

Berhenti ajar anak berhibur tiap kali anak bosan.

Kita sedang menghasilkan masa depan yang tak berguna.

5 Hobi yang Kita Perlukan


Kaklong tengah cari hobi yang aktif.

Active hobby ni ialah hobi yang kita "kene buat" baru la hobi itu dijayakan.
Macam apa-apa je la benda yang body kita kene gerak.

Hobi kaklong passive-passive je semua.
Membaca, tengok movie, mengait.
Mengait tu kira separa aktif kot sebab tangan je gerak. Yang lain semua senyap.

Ini mungkin benda-benda yang kaklong bole consider untuk dijadikan hobi.

  • Berjalan kat taman pagi-pagi.
  • Berjalan kat treadmill 20 minit sehari.
  • Main badminton atau bola sepak ngan anak petang-petang.
  • Berjalan kat pantai.

Tengok senarai ni pun dah rasa berat.
Patut la badan pun berat. hew hew

Window shopping tu pun kira active hobby jugak kan.
Cuma duit tu pulak nanti aktif pula dia terbang.

Dalam kaklong duk cari active hobby, tetibe terbaca la pula 5 Hobi Yang Kita Perlukan.

5 Hobi yang Kita Perlukan :

1. Hobi yang mendatangkan wang
2. Hobi yang buat kita sentiasa kreatif
3. Hobi yang mengekalkan bentuk badan unggul
4. Hobi yang memberi pengetahuan
5. Hobi yang buat kita bersosial

Nampaknya hobi kaklong ;membaca yang beri kaklong pengetahuan dan berkraf yang buat kaklong sentiasa kreatif. 

Kaklong perlu buat hobi ketiga iaitu hobi yang buat body kaklong lawa.
Workout dan masak.

Workout tu kaklong bole berjalan atas treadmill setiap pagi.
Dan masak tu perlu dijadikan hobi juga sebab bole control kualiti makanan.
Betul tak.

Okay, kaklong akan cuba buat dua perkara ni.
Doakan kaklong ya 😊




Gemuk dan Kaklong Berpisah Tiada


Kaklong kecewa betul dengan diri sendiri.

Salah satu azam 2022 ialah nak turun 10kg.
Tapi apa yg berlaku ialah naik 4kg 😑.

Sebenarnya memang ada turun 3kg tapi naik balik slow-slow sampai la ke 78.6kg harini.
Sedih giler kaklong.

Kenaikan tu kaklong tengok berlaku bilamana kaklong balik kampung dan pergi bercuti.
Sebab kaklong kan suka makan.
Kat kampung macam-macam la aku makan ngan adik beradik.
Bercuti pula memang semua nak merasa.
Pastu gemok.

Kaklong rasa kaklong dan gemok berpisah tiada.

Esok kaklong nak start diet yang ke 100 kali gamaknya.
Esok diet GM selama 7 hari.
Korang cari sendiri la apa tu diet GM.
Kaklong pun tak berapa faham tapi kaklong nak follow je.

Kaklong tak rasa kaklong akan ikot 100% diet tu memandangkan hari keempat kene makan pisang dan susu je. Pisang dan susu dua-dua kaklong kurang minat.

Pastu hari ke-5 kene makan pula tomato 6 biji. Memang tak la aku makan tomato.
Nak makan tomato camana 6 biji; sehiris pun susah nak telan.

Apapun kaklong cuba je la mana yang mampu.
Surirumah anak kecik ni tak bole tertekan nanti termarah anak. 
Hari ke- dan ke-5 tu kaklong adjust la sikit kalau tak dapat ikot..

Kaklong nak turunkan juga berat badan ni sebab kaklong baru je beli baju masa berat 73kg.
Baju-baju tu elok lagi. Tapi dah sendat.

Kaklong malas nak keluar jalan sebab baju sendat.
Bole je sarung tapi cam tak selesa la kan.

Tapi malas nak beli baju baru sebab baju yang ada tu elok lagi.
Kaklong ni tak suka shopping sebenarnya.
Shopping kaklong mesti lama sebab susah cari saiz.
Baju yang ada saiz pula tak lawa; atau bahasa mudahnya baju yang takde orang nak.

Kaklong harap berat kaklong kembali ke 55 zaman anak dara dulu.
Sedap sikit bergerak badan ringan.

Doakan kaklong yer korang...

Kemas Rumah 2022

Sekarang kaklong tengah tekun kemas rumah.
Kitorang dah beli rumah dah, in shaa Allah hujung tahun depan siap dan probably bole pindah awal tahun 2024.

Lambat lagi kan. Setahun lagi.
Tapi jangan terpedaya.
Kejap je tu.

Usia Fatin pun dah 1 tahun 4 bulan.
Entah bila dia setahun empat bulan pun aku tak tahu.
Tiba-tiba dah setahun lebih dah semek ni.

Berbekalkan pengalaman pindah rumah yang lepas-lepas, kaklong tahu yang kaklong kene kemas rumah atau lebih tepat lagi buang barang-barang yang tak mahu dibawa ke rumah baru tu awal-awal lagi, supaya lori tak overload. Nanti kene buat dua trip pastu tambah duit lagi. Dah sampai sana karang tetibe banyak barang kene buang sebab tak muat rumah. Setahun lebih juga la rumah sewa kami ni macam sampah. bersepah-sepah barang tak tahu nak susun macam mana. Dan itu adalah tanggungjawab kaklong seorang untuk susun barang tu kat mana. Kalau kaklong tak bertindak, barang tu takkan gerak.

Owh, bestnya menaip setelah sekian lama tak menaip atas keyboard.
Biasa taip guna phone je, lenguh tangan.

Oleh itu, perpindahan kaklong kali ni kaklong nak ia berjalan dengan smoothly - in shaa Allah-. 
Maka kaklong rancang nak pindahkan barang-barang yang perlu je kat rumah tu nanti.
Yang tak perlu tak payah bawa.

Nak tahu mana perlu dan mana tak, kene sorting awal-awal.
Kalau seminggu sebelum pindah baru nak sorting, memang tak sempat.
Kalau sempatkan juga memang kelam kabut.
Kalau bukan kelam-kabut time packing, mesti kelam kabut time unpacking.

Jadi start dari awal tahun ni lagi kaklong dah start buang barang slow-slow.
Cuma ada satu waktu tu kitorang pulun buang banyak dan kebetulan terjumpa serangan anai-anai pula, maka berlambak sungguh la barang kitorang buang, sampaikan jiran tanya "nak pindah rumah ke?" Hahaha. Malu pula saya.

Ruang tamu, ruang tengah, ruang makan, dapur, dua bilik dah siap kemas.
Bilik stor baru je kemas tadi, belum siap sepenuhnya lagi. 
Tinggal nak godek-godek-godek kotak simpanan, buang mana yang jelas tak perlu dan kosongkan lagi ruang.


Sorry takde gabar rumah. 
Kaklong lupa nak snap.
Apapun kaklong ada buat video sikt-sikit. Bole tengok kat channel youtube kaklong jika berminat.

Kaklong sangat berpuas hati walaupun proses pengemasan tu memang makan masa. Dan makan emosi. Cam nak nanges pun ada sebab tak tahu nak kemas macam mana. Alhamdulillah slow-slow dapat idea nak susun bagi elok.

Walaubagaimanapun, ni baru complete second round tau.
First round dulu buat tahun lepas, 2021.
Kaklong nak buat third round, dan perhaps it will be a final round, sebelom pindah.

Final round tu nanti kaklong nak betul-betul buang barang yang tak pakai.
Maka senang la kami pindah rumah nanti.

Doakan kami ya ^^

Mood Rajin Upload Video

Kaklong ni dah makin minat je buat video cikai-cikai upload kat Facebook. 
Sekarang kaklong bersosial media kat facebook je walaupun kaklong cakap facebook tu toksik.

Lepas upload kat facebook tu, kaklong pun upload juga la kat channel youtube kaklong yang sendu tu.

Eh, tau tak...
Channel youtube dah bole tukar url.
Sebelum ni url channel kita punya la panjang,nak ingat pun tak bole (kecuali ada 1000 subscribers) 
Sekarang dah bole edit dah.

Kaklong punya channel : youtube.com/@kaklongtv

Comel kan url dia...

Okay, sambung citer balik.

Sebenarnya kaklong kurang berpuas hati dengan kualiti video yang kaklong upload kat facebook dan youtube tu. 
Namun kaklong tak sempat nak rekod video elok-elok, plan flow video, edit lawa-lawa; Kaklong tak sempat nak buat.
Buktinya kaklong sebenarnya banyak rekod video yang kononnya nanti nak edit dan upload, tapi sampai sekarang kaklong tak edit-edit.
Siapa yang biasa edit video tahu la editing makan banyak masa.
Last-last video tu tersimpan dalam harddisk gitu je.

Kaklong terfikir nak buat video pendek untuk upload kat tiktok dan instagram.
Tapi kedua-dua platform tu addicting.
Kaklong amik masa yang lama untuk tinggalkan tiktok dan instagram dan sekarang kaklong dah berjaya.

Walaupun konon nak upload je, taknak tengok video kat tiktok dan instagram; tapi kan susah.
Mesti tertengok juga, pastu tanpa sedar scroll scroll scroll sampai berjam-jam.
Kaklong tak berani nak masuk balik ke sana.
Kaklong nak gunakan masa dengan lebih baik dan produktif.

Kat youtube pun ada short.
Tapi kita diberi pilihan untuk tap untuk tonton. Dan biasanya kaklong ignore je.
Tapi tiktok dan instagram terus je suap. dah la video best-best pula dia suap. Mana tak syok.

Maka tu la.
Kaklong pun tak tahu kaklong membebel apa ni.

Kaklong geram nak masuk ke tiktok dan instagram, tapi kaklong sekeras-kerasnya tak mahu sebab dah pernah jadi mangsa addiction.
No more.

Biar la kaklong forever sendu
Dari jadi social media addict.

Jiran yang Menyakitkan

Jiran kaklong ni buruk.

Dah la bunyi kereta kuat nak mampos.
Pergi start kereta panas enjin pukul 10 11 malam. Tiap-tiap malam pulak tu.
Bila dia start je enjin tu bergegar pintu plasti bilik mandi rumah kaklong.

Pastu hisap rokok kat luar.
Dah apa masalahnya hisap rokok kat luar?
Paham la,hisap rokok kat luar taknak bagi rumah dia bau rokok.
Masalahnya asap rokok tu masuk dalam rumah aku.
Dah la aku ada baby dua orang.

Nak mati pun mati je la sorang-sorang.
Nak share ngan kita pula asap tu.

Tetibe harini pukul  malam semerbak bau minyak/gas.
Aku terperanjat juga la apa hal bau minyak/gas kuat sangat tengah-tengah mala buta ni?
Rupa-rupanya makhluk tu pergi baiki kereta pulak dah tengah-tengah malam buta.
Bodoh la kau, orang nak tido la mangkok.
Baby aku ni umo baru setahun dah kene tadah otak bau minyak kereta kau tu.

Sakit jiwa la berjiran dengan orang tak berotak macam ni.

Kaklong ni duduk dalam rumah dah sakit kepala tau bau minyak kuat macam ni.

Orang macam ni bole tak mati cepat-cepat sikit. Menyusahkan orang.

Buntu dengan Dunia Online

Kaklong nak buang diri dari alam maya ni.

Alam maya kini dah uncontrollable.
Kat mana-mana pun kita tak bole pilih apa kita nak tengok.

Kita dah pilih circle yang kita nak tengok.
Tapi semua platform tak bagi kita tengok  circle sendiri.
Dia pilihkan untuk kita.

Tiktok, Reel, Shorts.

Walaupun taknak tapi kaklong tak dapat eak dari scrolllll tak habis-habis.
Walaupun dah penat, kaklong tetap scroll lagi.

Bila balik kampung atau pergi bercuti, kaklong okay je tak masuk ke alam maya.
Tapi bila duduk rumah, memang nak masuk ke alam maya.
Sebab alam maya ni sedap.

Kaklong dah lama dah usaha untuk buang diri dari alam maya tapi tak pernah berjaya.
Kaklong akan patah balik ke alam maya. sebab alam maya sedap.

Ya kaklong dah berjaya buang Tiktok.
Instagram pun jarang buka.

Tapi facebook masih lagi selalu tengok.
Dan selalu sangat terperangkap kat Reel.
Yang terbaru terperangkap kat Shorts pula.

Kaklong taknak la habiskan masa kaklong pegang phone aje.
Kaklong patut guna masa untuk perkara yang lebih produktif.
Kaklong patut ada hobi yang berguna.
Bukan menonton je hobi aku.

Memang tak berguna kalau keje aku cuma menonton je di masa lapang.

Kaklong pun tak tahu camana nak buang diri dari facebook tu.

Kalau nak buang, kaklong kene replace dengan aktiviti lain supaya kaklong tak bosan lalu get back to facebook.

Kaklong dah buntu nak buat camana.

:(


Kaklong ni sebenarnya ada macam-macam benda nak tulis.

Tapi bila ada masa untuk menulis, kaklong dah takde tenaga (fizikal dan mental) untuk menulis.

Menulis ni sebenarnya bagus untuk bantu kita susun kesepahan yang ada dalam kepala ni.

Tapi, macam sekarang ni.
Anak dah tidur.
Tapi kaklong takde keupayaan nak menulis.

Dah setengah jam kaklong duduk depan laptop, tapi tak dapat menaip dengan baik.
Tulis sikit padam.
Tulis sikit padam.

Mungkin juga kaklong patut cuba menulis di waktu pagi selepas Subuh.
Mungkin masa tu otak tengah fresh dan badan ada tenaga.

Betul tak... 

Facebook is Toxic



Menyampah betul kaklong dengan Facebook sekarang ni. Toksik betul.

Sebelum ni kaklong dah filter dah friends yang suka meroyan dan page yang menyakitkan hati semua kaklong dah buang dari newsfeed.

Sejak tu kaklong rasa okay sikit la.
Buka facebook nampak post-post yang berinformasi, positif dan menggembirakan.

Tapi tak lama pun benda tu.

Sekarang facebook dah tukar lagi.
Dan kali ni dia tunjuk post yang friends kaklong komen.

Dah kenapa?

Biar je la dorang komen, kenapa bagitau kaklong.
Post yang dorang komen tu kaklong tak minat pun nak baca.
Pasal artis, pasal "ada lagi ke perempuan gaul ikan kunyit dengan tangan?", pasal perempuan tak pandai parking yada yada. 
Kaklong tak minat la post bodoh macam tu, tapi aku kene baca pula.

Walaupun cuma baca tajuk atau 5 perkataan pertama, tetap dah baca.
Dah baca, dah masuk dalam kepala otak.
Ganggu mood betul la benawe ni.

Bukan itu saja.
Facebook seakrang dah suggest post-post kat kaklong.

Post-post dari page gosip dan page takde citer nak citer.
Post pasal pengasuh potong rambut anak tak bagitau mak bapak.
Post pasal cikgu potong rambut anak.
Post pasal suami saya tanya kenapa gigi saya kuning.
Post pasal artis tu kawen cerai.

Post bodoh-bodoh je dia bagi aku.
Aku tak baca pun la benda bodoh gitu.

Buka facebook je mesti badmood terbaca benda-benda bodoh gini.
Memang facebook nak manusia makin bodoh ke.
Atau facebook nak manusia makin murung supaya bole iklan ubat anti-murung, terapi murung, kelas murung, buku murung, alat anti-murung, game anti-murung.

Kaklong dah bertambah-tambah menyampah dah kat facebook ni.

KAklong dah banyak kali uninstall dan reinstall facebook.

Uninstall sebab mengganggu emosi.
Reinstall sebab rindu kawan-kawan.

Tapi post kawan-kawan yang kita follow facebook tak tunjuk pun.
Pergi tunjuk post yang kita tak follow.

Memang facebook dah gila.
Facebook toxic!

Shopee sudah Tidak Relevan lagi

Photo by Elīna Arāja

Shopee dah tak relevan dah.
Kupon free shipping tu nama je free shipping padahal diskaun Rm3 je. 
Kene bayar lagi rm1.90.
Ntah apa-apa ntah Shopee menipu macam tu.

Dah la kupon free shipping sekeping je sebulan. Nal lebih kene rebut pada masa-masa tertentu. 
Dah penat tunggu pada masa tertentu tu, nak checkout tengok dah tak bole pakai sebab dah habis kene claim.

Pastu sekarang bole guna satu kupon je.
Sama ada kupon free shipping atau kupon cashback. 
Sebelum ni bole guna dua-dua sekali checkout.

Mungkin korang rasa 'ala, tu takpe la, dapat juga jimat walaupun sikit."

Mungkin kot bagi buyer, tapi bagi seller sakit la.

Kupon tu pakai tak pakai tetap kene tolak komisen kalau seller dah join free shipping atau cashback atau kedua-duanya sekali. 
Yang dapat prefered seller lagi banyak kene tolak. Yang dapat prefered seller plus lagi la banyak kene tolak.

Kesian pulak.

Kaklong sendiri pun kene tolak dalam 8%. 
Tapi setiap kali order masuk shopee tolak lebih dari 10%.
Rupa-rupanya sst tu dia tak amik sekali total tapi dia amik setiap bahagian, pastu rounding pulak. Maka jadi la lebih dari 10%>

Lagipun jualan kat shopee dah makin berkurangan sebab orang masuk kedai pun sikit.
Nak ramai kene la bayar untuk iklankan produk, iklankan kedai, supaya masuk atas² setiap kali orang search.

Camtu la.

Sebenarnya kaklong bukan nak cakap sebagai seller. Sebagai seller memang dah lama dah susah kat survive kat shopee.

Kaklong nak cakap sebagai buyer.
Kaklong tiap minggu pun beli barang kat shopee. Tapi sekarang dah makin menyampah pula dengan sistem shopee.

Sebelum ni masa nak checkout okay je topup shopeepay secukup harga total, tapi sekarang dah tak bole. 
Sistem shopee ni totalkan sekali kos pos walaupun kita pakai kupon free shipping. Lepas dah topup termasuk harga shopping baru la dia bagi checkout harga free shipping (yang takde la free pun).
Maka ada la pulak balance dalam shopeepay tu.

Balance tu bukan apa.
Shopee mmg nak pun kita simpan balance dalam tu.
Selain dari nak kita datang beli lagi sbb sayang balance beberapa ringgit tu, shopee juga nak duit tu tersimpan dalam akaun mereka.

Bayangkan la setiap buyer ada rm1 dalam shopeepay, ada berapa orang buyer kat shopee? Ada sejuta orang, dua juta orang?
Kalau dua juta (tapi tak mungkin dua juta, shopee bukan kat Malaysia je) maka ada RM2,000,000 dalam akaun shopee walaupun takde orang beli apa-apa pun lagi shopee dah dapat pun duit for nothing.

Haaa camtu la.
Tu yang shopee nak juga kita punya RM5 tu.
Kita rasa ala RM5 je, tapi ada 35 juta org yg ada RM5 dalam tu. 

K la itu je nak marah.
Sebenarnya ada banyak lagi sistem dia yang berubah tapi kaklong malas dah nak taip.

Sekarang kaklong dah pindah bershopping kat tiktok.

Dua Perangai Narsissist


Kaklong terkejut dgn dua perangai narsistik ni.

Kaklong tau orang narsistik ni mmg mengganggu hidup orang lain.

Tapi dua perangai ni memang lain macam sikit la (bagi kaklong).

Lepas tau ni rasa nak nanges pun ada.

1. Si narsistik (berkemungkinan) suka sorokkan barang pasangan dia. Contohnya phone, kunci kereta, purse dan apa² la yg penting. Bila pasangan dia minta tolong cari, sis narsistik ni tolong cari sambil marah² /bebel² kutuk "kekurangan" pasangan dia yg "lupa letak kat mana". Pastu si narsistik ni buat² jumpa barang tu dan tambah² lagi merendah²kan pasangan dia tu sambil puji diri "kalau saya takde apa nak jadi ngan awak ni" " sape la yg tahan ngn perangai awak ni" " kalau saya takde awak nak jadi apa" etc. 

Ya Allah.
Aku tak tahu la camana kalau dapat pasangan macam ni.

2. Si narsistik ni cemburu dengan anak sendiri. (Taip ni pun menggigil rasa). Dia cemburu sebab anak dia dapat mak/ayah yang bagus (iaitu diri dia sendiri). Pening kan. Jap kaklong nak taip ni pun pening.

Dia cemburu sebab anak dia dapat mak/ayah yang bagi makanan bagus², pakaian bagus², permainan bagus², education bagus², lifestyle bagus² etc. Dia cemburu sebab anak dia dapat kehidupan yang bagus, padahal dia sendiri yg bagi kehidupan yg bagus tu. Pelik kan. Jangan tanya kaklong la, kaklong pun tak faham fikiran macam ni.

Anak si narsistik ni kene pandai up to si narsistik ni punya expectation; tapi tak bole lebih pandai pada si narsistik ni. Kalau anak dia lebih pandai dari dia, dia tak suka, dia cemburu.

Review Knives Out - Netflix

Knives Out (Netflix)


Sedapnya citer ni.

Kisah sorang atuk kaya didapati mat.i vunuh diri.

Tapi ada sorang detektif ni nak siasat juga secara terperinci. Sebabnya dia diupah oleh orang misteri utk siasat kes pemvunuhan. Tapi bukti menunjukkan mmg vunuh diri 

Dia sedap sebab kaklong rasa bedebor sungguh sepanjang menengok citer ni.

Sampai habis citer pun tak habis lagi berdebor.

Pelakon Marta tu la dia punya ekspresi muka tu yang buat kita rasa berdebor dan risau sepanjang cerita. Very good acting.

Daniel Craig mmg sesuai sangat bawa watak detektif. Syok sangat tengok dia jadi pemikir dalam filem ni dan cara dia expose misteri tu sungguh mengujakan.

Syukur sangat dia stop jadi Bond sebab rasa cam talent dia wasted bila jadi Bond. 

Citer ni tiada unsur s*xual atau elgibitikiyu.

5/5⭐

#ReviewFilem

Bukan Ibu yang Sempurna


Kaklong terbaca something yang menarik berkaitan motherhood.


Ada sorang perempuan ni dia dah 'bosan' dengan hidup dia sebagai mak. Dia dah jemu layan anak². Dia tak enjoy pun kehidupan dia sebagai mak. Dia stress. Dia nak freedom.

Dalam masa yang sama dia rasa bersalah kerana berperasaan begitu. Sepatutnya dia kene la hepi jadi mak. Kene la ceria dgn anak² kecik dia. Kena la seronok bermain ngan anak. Kene la rasa bahagia dpt anak.

Tapi dia tak rasa pun macam tu.

Dan psikiatris bagitau dia camni lebih kurang :

"Kita tak semestinya akan jadi ibu bapa yang bagus dalam semua peringkat umur anak. 

Ada yang bagus masa anak baby, tapi bila anak dah remaja kita jadi mak yg tak bagus.

Ada yg tak pandai handle masa anak tu kecik, tapi bila anak tu remaja kita jadi mak yang best, sporting."

Kaklong rasa make sense juga la benda ni.

Kaklong baca banyak komen yang kata masa kecik dulu kene pukul la, kene cubit sampai lebam, kene jerit macam petir, kene pukul dengan selipar, getah paip, kene tarik telinga dsb, tapi dorang okay je bercerita seolah² pengalaman tu tak traumatizing pun.

Mungkin sebab bila masuk ke fasa remaja mak mereka dah jadi kawan, bole diajak bercerita, diajak bergurau, diajak main tiktok dsb. Jadi kenangan buruk dan kenangan manis si anak tu seimbang. 

Kaklong ada terbaca juga yang kalau kita dah buat silap pada anak, dah takde apa kita bole buat pada memori tu, ia akan kekal sebagai memori buruk. Tapi apa kita bole buat ialah cipta memori baru yang indah, supaya memori indah ni dapat menampal memori buruk si anak tu.

Masih belom terlambat.

The Umbrella Academy 3 dah ditayangkan kat Netflix

The Umbrella Academy 3 dah keudara.

Best sangat citer dia.
Puas hati tengok.


Apapun, memang ada unsur elgibitikiyu pun dalam ni.

Season 1 ada aksi gey
Season 2 ada lesbien
Season 3 ada trans pula

Walaubagaimanapun elgibitikiyu tu bukan focul dalam citer ni, cuma dia nak juga masukkan sekor dua wakil dalam citer ni untuk membrainwash otak kita (dan remaja terutamanya) bahawa elgibitikiyu ni normal kononnya.

Apapun citer dia sedap kalau korang bole ignore kewujudan elgibitikiyu tu.

The Umbrella Academy ni diasaskan oleh seorang pakcik kaya yang adopt 7 baby ajaib dan latih baby ni jadi superhero. Malangnya 7 baby ni rebel pula bila dah besar maka 7 superhero ni tinggal kenangan.

Kat bawah ni kaklong nak recall balik intipati season 1 dan 2. Sape belom tengok jangan la baca ya. Nanti tak best pula. Korang tengok je season 1 tu kat Netflix. Memang best cuma ada elgibitikiyu tu je yang tak best satu.

Season 1

Ayah dorang meninggal dunia lalu anak² ni berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir. Tapi lain pula yg jadi. No 5 muncul dan cakap dunia akan kiamat beberapa hari lagi lalu dia berusaha keras untuk elakkan kiamat. Tapi kiamat jugak. Untuk elakkan diri dari matti bersama kiamat No. 5 bawa semua 7 beradik ni ke masa silam.

Season 2.


Mereka sampai ke masa silam tapi setiap orang sampai pada tahun yang berbeza. Pastu No.5 dapat tahu yang dunia akan kiamat pula beberapa hari lagi dan dia usaha lagi elakkan kiamat dengan bantuan adik-beradiknya. Kali ni berjaya dan mereka berpeluang kembali semula ke masa sebenar mereka. Bila dah kembali, semuanya okay kecuali The Umbrella Academy tak wujud. Yang wujud ialah The Sparrow Academy dan 7 superhero tu ialah orang lain. Halamakk

Season 3 kene tengok sendiri la baru syok.

Tapi best.

4/5⭐ (kurang 1 star sbb elgibitikiyu)

Genre Buku Kegemaran Saya

Dah lama sangat ni tak baca buku.

Lepas kahwin dah tak baca buku. Kaklong banyak baca artikel kat internet dan facebook.

Apapun genre kegemaran kaklong dari ialah :

FICTION

Tak kisah la pasal apa² pun asalkan bukan pasal cinta. 

Buku pasal cinta ni biasanya tebal pastu membebel ntah hapa2 je.

Penulis kegemaran kaklong ialah Ahadiat Akashah. Buku dia semua best². Memang ada unsur cinta tapi bukan keutamaan. Banyak plot dia yang bukan bersandar pada cinta semata². Syok baca.



Buku favourite kaklong ialah "Untuk Semua Gadis yang Pernah Kucintai".

Dan ada satu lagi buku tajuknya "Putik".
Buku ni trauma juga la baca.

Namun begitu,bukan buku fiksyen yang paling banyak kaklong baca.

Paling banyak kaklong baca buku sains dan psikologi. Pastu business and financial.

Kaklong baca buku2 tu demi ilmu pengetahuan je. Ikotkan suka tu, tak suka pun. Baca dan simpan dalam otak.

Tapi buku fiksyen kaklong taruk bawah bantal sampai lunyai buku tu. Punya la suka.

Korang pula suka buku apa?


Purple Famili

Alahai, lamanya laaaa kaklong menghilang.

Dah la lama menghilang, blog ni pun lembab semacam ni kenapaaaa.

Kene tukar template ke ni?
Alahai, malasnya.

Takpe la.
Yang malas tu kita kemudian.
Kita buat yang rajin dulu.

Alang-alang dah muncul ni nak update la sikit.

Gambo raya 2022

Raya kalini muka mmg sebek, sebab kaklong keluar beraya pukul 3. Hahaha.

Kenapa?
Kenapakah begitu?

Sebab baju raya tak siap.
Adik kaklong yang jahitkan baju raya kami sekeluarga. Kan tahun ni raya mengejut, adik ingat sempat siapkan sehari sebelum raya.
Rupanya dah raya.
Hahaha.

Disebabkan takde baju raya, kaklong duk rumah je ngan baby sambil makan kuih raya. 
Dah siap baju tu, pukul 3 baru la start beraya. Tu pun tak basuh pun baju tu.
Hohoho.

Fatin sekarang dah masuk 11 bulan. 
Dah ada 2 batang gigi.
Makan pun takyah blend dah cuma penyek² sikit supaya dia mudah kunyah.

Dah merangkak dah dia.
Laju merangkaknya.
Pastu bila main tu macam lasak jugak la.
Berguling sana sini.
Macam tak percaya pulak ini baby.

Farid pula 3 tahun 9 bulan.
Dah masuk tadika dah.
Tapi belom boleh cakap.

Apapun dia dah ikot² dah orang cakap hujung² tu. Cuma sebutan tak betul.
Kadang tu dia cakap, tapi kaklong tak faham.

Harap² genap 4 tahun dia bole cakap dah.

Teacher kata Farid banyak improve.
Teacher pun cakap Farid bukan speech delay sebab dia banyak cakap tapi bahasa alien.

Kaklong faham Farid tak banyak vocab.
Dan ia berpunca dari kaklong yang tak banyak cakap ngan dia.

Kaklong memang tak banyak cakap, tapi tak sangka efek dia sampai macam ni sekali.

Apapun dongibab.
Kita buat je terus.
Lambat pun takpe Farid asalkan sampai.

Gambate neh!


Genre Filem Kegemaran Saya

Photo by cottonbro from Pexels

Wow, menonton filem memang hobi kaklong sejak kecik lagi.  

Lepas kahwin pun kaklong selalu menonton wayang dengan cik abang. 6 tahun tanpa anak, 6 tahun la kami berseronok tengok filem.

Kaklong suka pergi TGV (sebab itu je yang ada kat sini). Time birthday Kaklong dapat free tiket, pastu kumpul mata banyak² pastu tebus tiket free.

Memang selalu la dapat sebab kitorang memang suka sangat tengok wayang.

Bila Farid lahir, tamat la riwayat wayang kami.

Tapi...

Haha, ada tapi pulak...

Kami subscribe pula Netflix dan yang terbaru Disney Hotstar. Apalagi, bukan main seronok la kaklong.

Namun keseronokan itu tak berkekalan.
Netflix dan Disney Hotstar tu takde sensored dan ada je agenda LGBTQ dalam dua streaming ni.

Jadi kaklong takleh pasang la citer ya belom tengok depan anak², takot termuncul benda tak sepatutnya.  

Nak tengok waktu anak takde, memang setiap masa anak ada. Memang takleh buat apa.

Haaa..

Apakah genre kegemaran kaklong?

Kaklong suka citer kekeluargaan, misteri, investigation macam citer polis ke, lawyer ke, forensic camtu, pastu suka elemen komedi sikit.

Citer bodoh2 dan jijik² kaklong tak suka.
Nak bagi contoh pun takot korang pergi cari pulak citernya. Bersalah pulak kaklong nanti.

Banyak sangat la filem kaklong minat sampai tak tersebut. 

Okay antaranya Coco, Encanto (terbaru dan terbest),  Vivo, Mission Impossible (semua), Ant-Man, Dr. Strange, Forest Gump, 10 Things I Hate About You, The Drop, dan banyak lagi la kaklong tak teringat.

Kaklong prefer tengok filem berbanding drama bersiri sebab tak begitu banyak masa nak tengok siri demi siri.

Lagipun selagi tak habis, selagi tu la tak keruan. 

So better kaklong tengok movie je 


Nak shout out juga siri sedap ni iaitu Legion, Squid Game dan Dark (Jerman dub English).

Best 3 siri ni.
Legion tu memang syok tengok. Haha.

K, itu je cabaran ke 9 dari 15 hari menulis blog.

Minta maaf ya kaklong gagal menulis setiap hari.

Kaklong baru buka channel youtube baru dan asyik banyak habiskan masa dan tenaga kat situ.

Nanti dah boring kat situ, kaklong datang sini balik.

Macam ni la kaklong, semua benda nak buat.

Hobi Saya Mengait

Cabaran 15 hari menulis blog yang ke-8 ialah Hobi Saya.

Ramai dah tau kot, hobi kaklong ialah mengait atau dalam bahasa inggeris crochet.

Cara sebutan crochet, bukan kro-cet tau.
Cara sebut crochet ialah "crow-shay"; sebut shay tu bunyi macam 'lay'.

Crochet ni ialah mengait jarum satu.

photo from pexel
Haa. Macam ni

Mengait jarum dua pula dipanggil knit.

Knit kaklong tak pandai.

Mengait ni bagi kaklong susah sangat mula-mula tu. 3 tahun tau kaklong try pastu simpan, try pastu simpan, try pastu simpan, akhirnya dapat juga rentak.

Bila dah dapat rentak tu, Allahu tak bole berhenti pulak. Haha.

Ni antara hasil kait terkini kaklong.
Beg untuk ibu tercinta

Ni selimut untuk anak sulung kaklong

Ni pula selimut anak kedua kaklong

Kaklong paling suka mengait selimut baby; tapi lambat sangat nak siap.

Kaklong suka juga mengait beg. Tapi yang simpel-simple je. 

Amigurumi pula kaklong minat tapi tak minat cantum-cantum badan dia tu. Tak mahir.

Amigurumi tu mengait anak patung, soft toys macam tu.

Apapun, kaklong tengah ada satu ongoing projek tau.
Nama dia selimut suhu.


Inilah selimutnya.
Setiap baris tu mewakili suhu pada satu hari.

Sebenarnya kaklong dah siapkan dah yang Januari punya. Tapi belom tangkap gambar.

Gambar kat atas tu baru 18 hari kalau tak silap.

Kalau bak ikuti perkembangan, bole tengok Instagram kaklong. Ada kat highlight.

Kepada korang yang teringin nak belajar mengait, kaklong suggest :

- pakai benang nona, hook saiz 3.0 atau 3.5mm

atau

- pakai benang milk cotton cap lembut, hook saiz 4.0-4.5mm

Lain orang lain preference, tapi bagi kaklong inilah yang paling sesuai untuk beginner.

Sebab benang dia murah, kalau silap kait tka sayang sangat nak buang.

Satu lagi benang dia mudah kait, sesuai untuk beginner.

Apapun, benang paling best bagi kaklong ialah benang cotton dan polyester. Cuma harga dia tinggi sikit. Kalau korang kaya, bole je pakai benang ni. Memang sedap.

Tutorial pula bole tengok kat blog Kelas Mengait ni.

Atau search je apa² yang korang nak kait kat youtube, nanti keluar la tu.

Okay, tu je kot pasal hobi kaklong.

Bye


Fatin genap 6 Bulan : Blender nasi rechargeable

Update : Blender ni rosak selepas 20 hari kaklong pakai. Tak payah beli la. Buang duit dan menyumbang kepada samph sarap yang mencemarkan alam sekitar.

Harini Fatin dah genap 6 bulan.
Maka harini Fatin dah bole start makan.

Harini Fatin makan bubur cair.

Cara kaklong buat bubur sebenarnya senang sangat. 

Kaklong amik je nasi yang kita makan hari-hari tu. Campur air suam sikit. Kisar dengan blender.

Memandangkan bubur first time ni nak betul-betul halus, kaklong lenyek sikit guna penapis kecik.

Halus betul hasilnya.

Bulan depan dan bulan seterusnya tak perlu dah lenyek. Masa mula-mula ni je nak halus.

Inilah blender yang kaklong pakai sekarang.


Blender ni cordless, rechargeable, kecik sesuai sangat untuk kisar bubur baby.


Kaklong memang cari yang rechargeable ni supaya senang travel. Tak perlu sediakan bubur apa semua. Beli je nasi dan lauk kat kedai pastu kisar. Tak perlu cari soket. Rechargeable kan..

Perjalanan kami balik kampung amik masa 8 jam. Masa Farid baby dulu memang siapkan bubur apa semua sebelum bertolak. Kadang tu terpaksa guna instant bubur yang bancuh air tu. Yang tu biasanya ada gula, garam dan pengawet. Tapi ngan Fatin ni kaklong tak perlu dah bawa semua tu. Beli dan kisar je. Sungguh memudahkan kerja.

Kaklong beli kat SINI

Kaklong akan ikut 4 days rule. Menu yang sama selama 4 hari untuk check sebarang alahan makanan. Harap-harap Fatin takde alahan la.

Selain tu Fatin suka potpet potpet ajak sembang. Kenapa la baby ni cute sangat.


Selebriti Crush Saya

Dah masuk hari ketujuh Cabaran 15 Hari Menulis Blog.

Cabaran ni kaklong tak buat direct 15 hari. Sebab ada hari kaklong rasa nak tulis benda lain, jadi kaklong anjakkan ke hari berikutnya. 


Selebriti Crush kaklong siapa agaknya?
Huhuhu..

Mari kita kembali ke sekolah rendah.
Kaklong promise entry ni takde la panjang sangat.

Selebriti Crush kaklong yang pertama ialah John Lennon.


Kaklong mula-mula jatuh hati pada dia masa tengok citer Help. Karakter dia tu pelik dan nakal buatkan kaklong suka je tengok dia. Pastu baru tahu dia adalah pengasas The Beatles dan banyak buat lagu untuk The Beatles. Lagu The Beatles pula sedap². Itulah first selebriti Crush kaklong.

Masuk ke darjaj 6 camtu, kaklong curang.
Kaklong crush kat orang lain pula ialah AJ dari Backstreet Boys. 


Kaklong suka suara dia dan perwatakan dia yang macam bad boys tu. Dia selalu pakai spek hitam, tapi kan mata dia lawa. 
Sampai sekarang kaklong masih suka dia sampai follow dia kat Tik Tok.

Bila masuk form 2 kaklong crush pula kat sorang selebriti. Kali ni paling obses dan paling lama tempoh obsesinya. Iaitu Shah Rukh Khan.


Woooo yang ni sampai sekarang kaklong obses lagi. Walaupun first time tengok Shah Rukh Khan (mungkin pernah tengok sebelum ni tapi tak amik port sapa dia) dalam Kuch Kuch Hota Hai, tapi kaklong jatuh cinta pada dia dalan Duplicate. Dalam citer tu dia bawa dua watak; Bablu, seorang chef yang baik hati dan lurus bendul. Dan Mannu, seornag penjenayah yang bekeng. Memang menjadi dia bawa dua² watak tu. Lagi satu kaklong terlampau suka tengok Shah Rukh Khan menari. Tarian dia sangat menarik seakan2 dia bercerita dalam tariannya.
Hobi kaklong sekian lama ilaah menonton da menghafal lagu dan tarian Shah Rukh Khan.

Pastu masa form 5 kalau tak silap, kaklong telah menduakan Shah Rukh Khan dengan ada crush pada sorang lagi selebriti dari seberang ialah Eross dari kumpulan Sheila on 7. 


Time ni memang menduakan sebab kaklong tengah mencintai dua². Gitew. Kaklong crush kat dia bila dapat tau dia la yang mencipta hampir semua lagu Sheila on 7 yang sedap tu. Pastu dia goreng gitar pun sedap sangat.

Pastu kaklong takde crush pada sapa² kaklong tengok citer Westworld pada 2018, kaklong jatuh cinta pada pelakon watak Hector tu, iaitu Rodrigo Santoro. 


OmaiGod. 
Kaklong suka sangat dia sampai belajar bahasa Portugis kat app (tapi tetap tak pandai pun. Hahaha). Kaklong suka dia sebab style dia tu, lagipun dia terlalu hensem sangat.

Okay la yang terakhir.
Beberapa tahun lepas kaklong jatuh crush pada salah seorang pelakon utama dalam drama bersiri The Umbrella Academy. Tau kan sape. Mesti la Number 4, Klaus; Robert Sheehan.


Kaklong suka watak dia yang pelik. Pastu kaklong tengok filem² dia yang lain pun, watak dia pelik² aje. Dia pun ada perwatakan yang menarik di luar filem. Tapi season 2 The Umbrella Academy kaklong tak berapa suka dah watak di yang hippie. Kaklong tak minat style gitu. Apapun, kita tengok season yang ketiga nanti dia jadi apa pulak.

Haaaa itulah senarai selebriti crush kaklong.
Banyak kannn.
Yelah dunia ni kan penuh dengan manusia. Kenapa nak crush kat sorang kalau ada beribu-ribu orang. Huhuhuuuuu....

Korang ada ke ter-crush kat selebriti yang sama ngn kaklong? Mesti ada kan..