Halaman

Hobi Berlari?

Kaklong ada terbaca yang sorang akak ni hobi dia berlari.

Rasa macam tak masuk akal pula hobi berlari. Dah la tu dia berlari 10km sehari.

Macam bosan je. Berapa minit agaknya dia luang masa untuk berlari 10km tu? Kaklong tak dapat bayang betapa bosannya kaklong kalau kene berlari sejauh tu. Setiap hari pula tu.

Ini adalah pemikiran seorang kaklong yang hobinya duduk setempat buat keje dengan tangan. Kaklong tak minat nak berjalan lama². Rasa bosan.

Tapi akibatnya body kaklong macam ni la. Gemuk gedempol. Postur tak cantik. Rasa lemau dan lesu. Emosi asyik depress je. Sendi² pun rasa ketat. Dan mungkin kelihatan tua 😵‍💫.

Makin banyak baca pasal hobi berlari dia, makin menarik pula. Dia ada pakai app untuk track larian dan sekali sekala dapat certificate. Certificate untuk apa tu kaklong tak pasti. Tak berapa faham.

Ini buat kaklong fikir, kalau berlari adalah hobi kaklong; pasti kaklong seronok nak pergi berlari, usahakan diri untuk berlari, dan tak anggap berlari tu satu paksaan atau hukuman. 

Hasilnya kaklong akan lebih fit, hati lebih gembira dan yang paling penting dapat dedahkan anak dengan rutin aktiviti fizikal (disebabkan kami suami isteri indoor punya orang, anak pun tak minat aktiviti outdoor. Ajak pi taman pun kejap tu nak balik dah dia).

Tapi macam mana kaklong nak mulakan hobi berlari ni sedangkan kita tak minat berlari?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^