Halaman

Kemas Rumah 2022

Sekarang kaklong tengah tekun kemas rumah.
Kitorang dah beli rumah dah, in shaa Allah hujung tahun depan siap dan probably bole pindah awal tahun 2024.

Lambat lagi kan. Setahun lagi.
Tapi jangan terpedaya.
Kejap je tu.

Usia Fatin pun dah 1 tahun 4 bulan.
Entah bila dia setahun empat bulan pun aku tak tahu.
Tiba-tiba dah setahun lebih dah semek ni.

Berbekalkan pengalaman pindah rumah yang lepas-lepas, kaklong tahu yang kaklong kene kemas rumah atau lebih tepat lagi buang barang-barang yang tak mahu dibawa ke rumah baru tu awal-awal lagi, supaya lori tak overload. Nanti kene buat dua trip pastu tambah duit lagi. Dah sampai sana karang tetibe banyak barang kene buang sebab tak muat rumah. Setahun lebih juga la rumah sewa kami ni macam sampah. bersepah-sepah barang tak tahu nak susun macam mana. Dan itu adalah tanggungjawab kaklong seorang untuk susun barang tu kat mana. Kalau kaklong tak bertindak, barang tu takkan gerak.

Owh, bestnya menaip setelah sekian lama tak menaip atas keyboard.
Biasa taip guna phone je, lenguh tangan.

Oleh itu, perpindahan kaklong kali ni kaklong nak ia berjalan dengan smoothly - in shaa Allah-. 
Maka kaklong rancang nak pindahkan barang-barang yang perlu je kat rumah tu nanti.
Yang tak perlu tak payah bawa.

Nak tahu mana perlu dan mana tak, kene sorting awal-awal.
Kalau seminggu sebelum pindah baru nak sorting, memang tak sempat.
Kalau sempatkan juga memang kelam kabut.
Kalau bukan kelam-kabut time packing, mesti kelam kabut time unpacking.

Jadi start dari awal tahun ni lagi kaklong dah start buang barang slow-slow.
Cuma ada satu waktu tu kitorang pulun buang banyak dan kebetulan terjumpa serangan anai-anai pula, maka berlambak sungguh la barang kitorang buang, sampaikan jiran tanya "nak pindah rumah ke?" Hahaha. Malu pula saya.

Ruang tamu, ruang tengah, ruang makan, dapur, dua bilik dah siap kemas.
Bilik stor baru je kemas tadi, belum siap sepenuhnya lagi. 
Tinggal nak godek-godek-godek kotak simpanan, buang mana yang jelas tak perlu dan kosongkan lagi ruang.


Sorry takde gabar rumah. 
Kaklong lupa nak snap.
Apapun kaklong ada buat video sikt-sikit. Bole tengok kat channel youtube kaklong jika berminat.

Kaklong sangat berpuas hati walaupun proses pengemasan tu memang makan masa. Dan makan emosi. Cam nak nanges pun ada sebab tak tahu nak kemas macam mana. Alhamdulillah slow-slow dapat idea nak susun bagi elok.

Walaubagaimanapun, ni baru complete second round tau.
First round dulu buat tahun lepas, 2021.
Kaklong nak buat third round, dan perhaps it will be a final round, sebelom pindah.

Final round tu nanti kaklong nak betul-betul buang barang yang tak pakai.
Maka senang la kami pindah rumah nanti.

Doakan kami ya ^^

2 ulasan:

Komen la sikit ^^