Halaman

5 Hobi yang Kita Perlukan


Kaklong tengah cari hobi yang aktif.

Active hobby ni ialah hobi yang kita "kene buat" baru la hobi itu dijayakan.
Macam apa-apa je la benda yang body kita kene gerak.

Hobi kaklong passive-passive je semua.
Membaca, tengok movie, mengait.
Mengait tu kira separa aktif kot sebab tangan je gerak. Yang lain semua senyap.

Ini mungkin benda-benda yang kaklong bole consider untuk dijadikan hobi.

  • Berjalan kat taman pagi-pagi.
  • Berjalan kat treadmill 20 minit sehari.
  • Main badminton atau bola sepak ngan anak petang-petang.
  • Berjalan kat pantai.

Tengok senarai ni pun dah rasa berat.
Patut la badan pun berat. hew hew

Window shopping tu pun kira active hobby jugak kan.
Cuma duit tu pulak nanti aktif pula dia terbang.

Dalam kaklong duk cari active hobby, tetibe terbaca la pula 5 Hobi Yang Kita Perlukan.

5 Hobi yang Kita Perlukan :

1. Hobi yang mendatangkan wang
2. Hobi yang buat kita sentiasa kreatif
3. Hobi yang mengekalkan bentuk badan unggul
4. Hobi yang memberi pengetahuan
5. Hobi yang buat kita bersosial

Nampaknya hobi kaklong ;membaca yang beri kaklong pengetahuan dan berkraf yang buat kaklong sentiasa kreatif. 

Kaklong perlu buat hobi ketiga iaitu hobi yang buat body kaklong lawa.
Workout dan masak.

Workout tu kaklong bole berjalan atas treadmill setiap pagi.
Dan masak tu perlu dijadikan hobi juga sebab bole control kualiti makanan.
Betul tak.

Okay, kaklong akan cuba buat dua perkara ni.
Doakan kaklong ya 😊




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^