- Nak kebun mini - GAGAL
- Gagal sebab pokok-pokok Kaklong mati. Kaklong tak pandai menanam. Dorang cuma hidup sampai remaja je, pastu mati. Maybe ada sesuatu tentang membaja ke, pasu ke, tanah ke, air ke yang Kaklong tak paham tentang pokok ni.
- Tapi pokok bendi berjaya berbuah. Tapi Kaklong tak petik-petik sebab bendi tu muda lagi. Tiba-tiba bendi tu terua kering. Aik? RUpa-rupanya bendi tu memang jenis hijau muda. kaler hijau dia tu takkan pekat dah. Laaaa... Tak sempat makan bendi sebab dah kering kat pokok. Tapi hidup dalam pokok gitu lalu Kaklong tak teruskan.
- Nak kait selimut sehelai - HAMPIR BERJAYA
- Tak berjaya sebab sakit tangan kiri. Walau bagaimana pun Kaklong berjaya kait dua selimut separuh jalan. Sehelai selimut suhu, berjaya kait sampai Jun 2022. Sehelai lagi selimut purple saiz queen yang kaklong agak tinggal 1/4 lagi nak siap tapi dah sakit tangan. Apa la naseb.
- Nak turun 10kg - GAGAL
- Awal tahun 74kg, akhir tahun 77kg. Naik 3kg.
- Sebenarnya tak seringkas tu. Kisahnya dari 74 Kaklong berjaya turun ke 72 pastu naik ke 73 dah kekal lama juga 73 tu. Tetibe Kaklong kene angin apa tak tahu, nak makan sedap-sedap je. Naik ke 76 pastu konsisten naik lagi sampai ke 79 kau!
- Pastu macam insaf sangat lalu diet dan workout juga la tapi tak serius, turun slow-slow ke 77kg. Memang kecewa sangat hati saya.
Halaman
Semak Azam 2022
Hobi Berlari?
3 Perkara Kaklong Suka Tentang Mechamato
Review : Pengalaman Kaklong Pakai Syampoo Sepanjang Hidup
Quiting Facebook
Argentina Menang Worldcup Giveaway by Kaklong Cha
Cara Cari Blog yang guna Blogspot
My diary
Jangan Berhibur Kerana Bosan
Kaklong nak bagitau something pada semua orang yang ada anak.
Awak kene stop ajar anak berhibur setiap kali anak bosan.
Jangan takot anak bosan.
Bila anak bosan, awak lorongkan anak awak untuk buat benda lain selain berhibur.
Jangan ajar tengok youtube, tengok tv, dengar lagu, main game, dan apa saja bentuk hiburan tiap kali bosan.
Tapi ajar anak untuk buat benda yg belom siap, mengemas almari, kemas stor, kemas pinggan mangkuk, cuci toilet, mop lantai, cuci peti sejuk, sapu halaman, berjalan² kat taman, kat pantai, workout, berkarate, jogging, beli groceries, dan apa saja benda yg bawa faedah pada dia.
Ajar anak baking, masak, menjahit, mengait, melukis, bertukang, mengukir, pasang² mainan.
Tanamkan dalam mindset anak, bila bosan pergi buat kerja² yg berfaedah. Pergi siapkan keje yg terbengkalai.
Hiburan sekarang dah terlalu banyak.
Manusia makin berhenti berfungsi sebagai manusia sebab nak berhibur.
Kita banyak buang masa utk berhibur.
Buang masa yang precious dengan anak² sebab nak main game, sebab nak skrol instagram.
Buang masa utk beribadat sebab nak tengok tiktok.
Buang masa utk tidur sebab nak main game.
Ya, kaklong paham kita nak berhibur.
Tapi instead of berhibur setiap kali bosan, sediakan masa khas utk berhibur.
Contoh 8-10 mlm ialah waktu berhibur.
Lepas pukul 10, tutup hiburan dan buat aktiviti lain.
Kalau bosan juga, buat aktiviti lain; bukan berhibur.
Berhenti ajar anak berhibur tiap kali anak bosan.
Kita sedang menghasilkan masa depan yang tak berguna.
5 Hobi yang Kita Perlukan
- Berjalan kat taman pagi-pagi.
- Berjalan kat treadmill 20 minit sehari.
- Main badminton atau bola sepak ngan anak petang-petang.
- Berjalan kat pantai.