Halaman

Selebriti Crush Saya

Dah masuk hari ketujuh Cabaran 15 Hari Menulis Blog.

Cabaran ni kaklong tak buat direct 15 hari. Sebab ada hari kaklong rasa nak tulis benda lain, jadi kaklong anjakkan ke hari berikutnya. 


Selebriti Crush kaklong siapa agaknya?
Huhuhu..

Mari kita kembali ke sekolah rendah.
Kaklong promise entry ni takde la panjang sangat.

Selebriti Crush kaklong yang pertama ialah John Lennon.


Kaklong mula-mula jatuh hati pada dia masa tengok citer Help. Karakter dia tu pelik dan nakal buatkan kaklong suka je tengok dia. Pastu baru tahu dia adalah pengasas The Beatles dan banyak buat lagu untuk The Beatles. Lagu The Beatles pula sedap². Itulah first selebriti Crush kaklong.

Masuk ke darjaj 6 camtu, kaklong curang.
Kaklong crush kat orang lain pula ialah AJ dari Backstreet Boys. 


Kaklong suka suara dia dan perwatakan dia yang macam bad boys tu. Dia selalu pakai spek hitam, tapi kan mata dia lawa. 
Sampai sekarang kaklong masih suka dia sampai follow dia kat Tik Tok.

Bila masuk form 2 kaklong crush pula kat sorang selebriti. Kali ni paling obses dan paling lama tempoh obsesinya. Iaitu Shah Rukh Khan.


Woooo yang ni sampai sekarang kaklong obses lagi. Walaupun first time tengok Shah Rukh Khan (mungkin pernah tengok sebelum ni tapi tak amik port sapa dia) dalam Kuch Kuch Hota Hai, tapi kaklong jatuh cinta pada dia dalan Duplicate. Dalam citer tu dia bawa dua watak; Bablu, seorang chef yang baik hati dan lurus bendul. Dan Mannu, seornag penjenayah yang bekeng. Memang menjadi dia bawa dua² watak tu. Lagi satu kaklong terlampau suka tengok Shah Rukh Khan menari. Tarian dia sangat menarik seakan2 dia bercerita dalam tariannya.
Hobi kaklong sekian lama ilaah menonton da menghafal lagu dan tarian Shah Rukh Khan.

Pastu masa form 5 kalau tak silap, kaklong telah menduakan Shah Rukh Khan dengan ada crush pada sorang lagi selebriti dari seberang ialah Eross dari kumpulan Sheila on 7. 


Time ni memang menduakan sebab kaklong tengah mencintai dua². Gitew. Kaklong crush kat dia bila dapat tau dia la yang mencipta hampir semua lagu Sheila on 7 yang sedap tu. Pastu dia goreng gitar pun sedap sangat.

Pastu kaklong takde crush pada sapa² kaklong tengok citer Westworld pada 2018, kaklong jatuh cinta pada pelakon watak Hector tu, iaitu Rodrigo Santoro. 


OmaiGod. 
Kaklong suka sangat dia sampai belajar bahasa Portugis kat app (tapi tetap tak pandai pun. Hahaha). Kaklong suka dia sebab style dia tu, lagipun dia terlalu hensem sangat.

Okay la yang terakhir.
Beberapa tahun lepas kaklong jatuh crush pada salah seorang pelakon utama dalam drama bersiri The Umbrella Academy. Tau kan sape. Mesti la Number 4, Klaus; Robert Sheehan.


Kaklong suka watak dia yang pelik. Pastu kaklong tengok filem² dia yang lain pun, watak dia pelik² aje. Dia pun ada perwatakan yang menarik di luar filem. Tapi season 2 The Umbrella Academy kaklong tak berapa suka dah watak di yang hippie. Kaklong tak minat style gitu. Apapun, kita tengok season yang ketiga nanti dia jadi apa pulak.

Haaaa itulah senarai selebriti crush kaklong.
Banyak kannn.
Yelah dunia ni kan penuh dengan manusia. Kenapa nak crush kat sorang kalau ada beribu-ribu orang. Huhuhuuuuu....

Korang ada ke ter-crush kat selebriti yang sama ngn kaklong? Mesti ada kan..


Gambar Pada Skrin Telefon Saya

Cabaran hari keenam 15 Hari Menulis Blog ialah gambar pada skrin phone kaklong.

Inilah gambarnya.


Hensem kannn.

Inilah Farid, anak pertama kaklong.

Kaklong melahirkan dia setelah 6 tahun kahwin tau.

Ya, 6 tahun kahwin baru dapat anak.

Dia memang special sangat di hati kaklong.

Mengandungkan dia kaklong kene kencing manis. Maka kene induce la masa dia 37 minggu.

Masa dia lahir kan, kaklong tergamam tengok dia sebab apa tau, sebab dia hodoh sangat. 

Kaklong rasa macam telah melahirkan baby alien. Haha.

Kaklong dah fefeeling konon menangis kegembiraan macam babak filem yang dorang melahirkan anak tu, tapi tak rasa pun cenggitu.

Kaklong jadi confuse sangat dengan perasaan kaklong. Dah lama tunggu kot nak anak, kenapa kaklong tak rasa apa2 pun.

Pelik ni.

Namun begitu lepas beberapa minggu baru la Farid nampak comel macam baby² lain. 

Dan makin dia besar makin comel la pulak budak ni.

Farid anak yang baik.
Dia dengar cakap kaklong dan cepat belajar.

Mungkin Farid memilih makanan sampai kaklong pening nak masak apa lagi ni.
Mungkin Farid lambat bercakap dan asyik tunjuk je nak apa².

Tapi dengan kehadiran Farid, kaklong rasa hidup kaklong ada tujuan. 

Ada sebab untuk bangun pagi.
Ada sebab untuk jaga kesihatan.
Ada sebab untuk makan sihat².
Ada sebab untuk menjaga akhlak.

Semua ni supaya kaklong dapat jaga dan didik Farid dengan baik.

Farid ajar kaklong menjadi seorang ibu.

Mama love u Farid.

Apa yang saya buat sebelum tidur?

Uuuuu...

Kalau la saya dapat buat lebih banyak sebelum tidur, alangkah bestnya...

Cabaran keempat 15 hari menulis blog ni ialah apa yang kaklong buat sebelum tidur.

Photo by cottonbro from Pexels

Sebagai mak kepada seorang toddler dan seorang baby, waktu tidur seisi rumah ni dah kami tetapkan. Pukul 9 malam semua lampu dah ditutup, cuma pasang beam light je.

Dan anak-anak akan tidur dalam pukul 9.30-10.30 camtu, ikot mood dorang la.

Kaklong pula, bila dorang dah tido, kaklong bangun untuk buat beberapa perkara sebelum pukul 12 tengah malam. Kaklong target 12 tengah malam waktu untuk kaklong tidur (tapi biasanya drag ke 1.30 camtu. Huuuuu)

Time ni kaklong akan luangkan masa  buat salah satu dari perkara berikut :

  • Mengait
  • Update blog 
  • Amik gambo /edit gambo barang² jualan
  • Update media social (bisnes)
  • Tulis brain dump
  • Tulis to do list
  • Baca artikel/ buku
Memandangkan masa tak banyak sebelum pukul 12, kaklong buat salah satu perkara je la.

Tapi perkara yang paling banyak kaklong lakukan ialah mengait. 

Cuma bila dah mengait tu, memang drag lama. Kadang sampai pukul 2.30 malam. Mengait ni macam main game tau, susah nak stop.
Ketagih...

Sebenarnya kaklong nak kemas rumah sebelum tidur, supaya pagi esoknya bangun-bangun, rumah dah sedap mata memandang.

Tapi rumah kaklong ni kecik, mengemas kat luar ni anak-anak boleh terjaga. Bila dorang terjaga, confirm aktif semacam. Time ni kaklong dah memgantuk. Nanti jadi singa pulak melayan anak taknak tidur. Huhuu.

Jadi memgemas rumah telah menjadi aktiviti first thing in the morning. 

Bagus juga sebenarnya.
Anak nampak kaklong mengemas dan menguruskan rumahtangga. In shaa Allah dorang dapat belajar urus diri hanya dengan menonton kerajinan kaklong. Kuikuikui...

Apapun, kaklong rasa-rasa la, kaklong nak tambah satu lagi aktiviti sebelum tidur yang baru iaitu; blogwalking.

Tahun ni kaklong nak try (lagi) aktif berblog. Aktiviti blogwalking ni bole bagi semangat untuk kaklong menulis blog bila tengok kawan-kawan semua rajin je update blog masing-masing.

Caiyukkk



Apa yang Saya Buat Apabila Bangun Tidur

Kaklong ni sebenarnya night owl.
Jadi kaklong tak bangun pagi.

Kaklong bangun pukul 11 pagi pastu terus siapkan lunch (kalau korang nak tahu la).

Photo by Acharaporn Kamornboonyarush from Pexels

Tapi itu dulu.
Masa zaman bujang + 6 tahun berdua tanpa anak.

Bila dah ada anak, kaklong usaha berubah menjadi lebih elok dan lebih tersusun. 

Proses usaha tu tak mudah kawan-kawan.
Tak mudah.

Sekarang, kaklong masih gagal menyempurnakan rutin pagi kaklong kerana ada masa kaklong tidur lambat dan bangun lewat. Cuma sekarang ni paling lewat pun bangun pukul 10. Normally bangun pukul 8. Paling awal (tapi jarang sangat) tak tidur selepas Subuh.

Ini yang kaklong nak sangat buat; tak tidur selepas Subuh.

Tapi sangat susah la.
Sebab kaklong jadi mamai dan tak tahu nak buat apa pagi-pagi buta tu.

Secara logiknya, buat je la benda yg sama macam kaklong bangun pukul 11 dulu-dulu tu. Tapi tak..

Kaklong akan tercongok kat sofa memikirkan apa nak buat pagi-pagi buta ni? Duduk tercongok tu lama tau.

Pastu terfikir nak masak sarapan la, tapi awal lagi.
Nak basuh baju la, tapi awal lagi.
Nak kemas rumah la, tapi awal lagi.

Secara logiknya buat je la awal pun, apa salahnya. Tapi takkk.

Kaklong tetap tercongok kat situ sambil otak loading loading loading tak sudah.

Last² kaklong tertidur (atau sengaja tidur sebenarnya), dan bangun pukul 8 untuk memulakan hari.

Eh lupa pula nak citer rutin pagi tu kan.
Membebel ntah apa² pula.

Okay, bila bangun je pagi tu kaklong akan terus siapkan sarapan. Kalau cik abang beli nasi lemak, kaklong terus makan je la dengan secawan kopi o.

Kopi o tu penting tau untuk kaklong yang mengantuk pagi. Dia bantu kaklong untuk stay alert dan cergas.

Pastu load mesin basuh kalau baju dah banyak dan kemas rumah.

Pastu anak bangun, kaklong cuddle² dia dulu. Pastu layan dia main kejap, pastu sarapan.

Lepas sarapan baru mandikan dia. Pastu dia pun free play.

Masa ni kaklong mandikan baby pula. Letak dia kat si sulung dan kaklong pula mandi.

Siap mandi kaklong ajak anak main aktiviti motor halus atau vocab. Kaklong dah susun aktiviti yang nak dibuat sepanjang minggu jadi mudah la sikit.

Pastu kaklong order makanan melalui grab atau food panda dan jemur baju.

Masa cik abang keje pagi, memang kaklong tak masak. Malas nak tinggal baby. Baby tu dah pandai mengesot, laju juga la dia pergi.

Time cik abang keje malam baru la masak. Kadang² tapau je.

Hahaha.
Macam panjang sangat je sampai tengahari kaklong tulis. Patut tulis pagi je kan. Haha

Takpe la terlajak sikit ya.

Apapun, kaklong masih usaha perbaiki rutin pagi kaklong tu. Kaklong nak lepas Subuh tu kaklong tak tidur dah dan terus mulakan hari. Tak payah tunggu pukul 8 baru nak mulakan hari.

Kaklong nak tunjukkan contoh yang baik pada anak² kaklong.

Doakan kaklong ya...


Encanto Best.

Best gila Encanto.

Ada kat Disney Hotstar kalau nak tengok.

Sebenarnya jalan citer dia biasa-biasa je tapi visual dan lagu-lagu dia menarik.

Kaklong terpesona sangat la kat visual dia. 

Haritu Yunfila cakap ayah Mirelda tu rupa maca. Ayah Yunfila.

Tapi kaklong tengok Mirelda tu rupa sebiji macam Yunfila. Setiap kali Mirelda bercakap, kaklong nampak Yunfila tengah bercakap, oh my God, seriusly..

Sungguh encanto!

Uii, sama sungguh

Apapun taknak review la citer ni.
Cuma kaklong nak cakap tentang benda yang penuh spoiler.
Jadi kalau belom tengok dan taknak spoiler, jangan teruskan pembacaan. Nanti datang balik lepas tengok.

Kaklong nak cakap tentang cucu² Madrigal famili.

Korang perasan tak, keluarga Pepa semua dapat kuasa yang tak berguna kepada masyarakat.

- Emosi yang mempengaruhi cuaca tu tak berguna bila dia tak bole control. Dia asyik stress je sebab dia try untuk tak bercuaca buruk

- Bole dengar semua suara; nak buat apa kuasa tu selain bergosip dan blackmail orang.

- Bertukar bentuk jadi orang lain; nak buat apa kuasa tu? Takde kebaikan kot kuasa tu. Kecuali nak membuat onar.

- Bole faham bahasa haiwan. Kaklong tak nampak kebaikan untuk masyarakat bila pnadai bercakap dengan haiwan. Nanti kita akan bercakpa dengan haiwan je, tak bercakap pun dengan ornag dan akhirnya jadi anti-sosial.

Tapi keluarga Julietta semua dapat kuasa berguna.

- Masakannya menyembuhkan penyakit. Wow!

- Kekuatan luar biasa. Wow!

- Dapat hasilkan tumbuh-tumbuhan. Wow!

(Eh, bukan hasilkan tumbuh-tumbuhan la, dia bole hasilkan bunga je...

Tak.

Dia bole hasilkan tumbuh-tumbuhan.
Selama ni dia hanya hasilkan bunga sebab dia ingat itu je dia pandai buat. Sekali tu dia terbuat kaktus. Terperanjat dia. Bermakna dia bole hasilkan tumbuh-tumbuhan. 

Dia bole hasilkan pokok padi, buah-buahan, sayur-sayuran. Dia bole memakmurkan tanah.
Bukan kecik kuasa tu.)

- Dan last sekali penyambung kuasa nenek dia. Wow.

Kaklong bukan nak kritik keluarga Pepa tu, cuma ketidaksetaraan kuasa ni terlalu obvious.

Keluarga Julietta dibebani dengan kuasa yang penting untuk masyarakat; keluarga Pepa pula kuasa dorang hanya untuk kegunaan sendiri.

Apapun, takpe la.
Cerita je kot. 

Cuma kaklong terlalu nampak pilih kasih tu dan kaklong tertanya kenapa Disney buat macam tu.

Okay jom kita pergi kepada lagu pulak.

Oh my God, lagu² dia memang best.
Tersangat best 

Paling kaklong suka lagu Lucia, Surface Pressure.


First time dengar, kaklong dah jatuh cinta pada muzik dia. Sedap sangat. Masa Lucia menari tu wow cute sangat.

Tapi bila kaklong tengok lirik dia, aduhai mendalam habis. Dia berkaitan dengan mental health juga kan. 

Kaklong rasa anak sulung bole relate kot lagu tu dengan jiwa kita. So relatable.

Satu lagi kaklong suka lagu We Don't Talk About Bruno.

Oh lagu ni 
Syok dengar muzik dia, nyanyian dia, visual dia, semua laaa. Memang tip top.

Kaklong ni tak pandai hal muzik jadi takde apa kaklong bole komen selain sedap tak sedap je.

Dan lagu ni sedap. Hahaha.

Lagu ni sangat dramatik dan di punya harmoni tu uuuuuuuuui sedappp.

Haha. 'Sedap' je aku pandai sebut.

Okay, kaklong nak belanja satu video ni.
Video lagu We Don't Talk About Bruno tapi dalam 21 bahasa. 
Haa. Bahasa Melayu pun ada tau.


Korang dah tengok ke .
Suka lagu apa..

Gambar Bilik Idaman Saya

Sebenarnya kaklong dah dapat pun bilik idaman.

Kaklong mengidamkan satu bilik yang kaklong jadikan studio kraf sahaja. Takde benda lain selain kraf. 

Bilik tu pula ada tingkap untuk membenarkan cahaya matahari masuk dan ada aircond supaya suasana nyaman.

Walaupun tak dapat 100% macam tu, tapi hampir juga la.

Sebelum kaklong tunjuk bilik kaklong tu, ini ada satu bilik yang boleh dikatakan kaklong idamkan juga la.


Wow. Meriah kan..

Inilah bilik yang kaklong idamkan sejak bujang lagi. Tapi kaklong tak sempat atau tak mampu buat banyak macam ni dan pamer. Lagipun kaklong kurang selesa gantung dan pamer benda² berkepala.

Bila tengok gambar ni datang balik rasa nak bilik macam ni. 

Tapi mungkin tak dah.

Kaklong dah masuk ke fasa lain, fasa isteri + ibu (aka fasa makcik-makcik)tak mungkin kaklong akan gostan semula menjadi remaja riang ria.

Okay, inilah bilik idaman yang berjaya kaklong realisasikan.


Tada!

Ya, kaklong cuma tunjuk satu sudut je. Meh ler kaklong citer sikit.

Disebabkan memang takkan dapat bilik untuk kraf sahaja, maka kaklong sediakan ruang kraf kat dalam bilik tidur kami.

Rak 4 biji ni betul-betul kat depan katil kaklong. Jadi bila baring-baring rehatkan badan, permandangan warna-warni inilah yang menangkap mata, membuatkan kaklong rasa happy je.

Namun begitu....

Setelah dalam dua tahun juga la, kami amik keputusan untuk ubah balik. Semua benang kaklong taruk dalam bakul, rak 4 biji ni dijadikan rak mainan Dak Farid, letak kat ruang tengah rumah sebagai ruang bermain.

Kaklong pun dah slowkan sangat dah berkraf dan mengait (buat sementara waktu masa Dak Fatin masih baby ni). Maybe dalam dua tahun lagi akan kembali aktif mengait.

In shaa Allah.

Nanti bila dah aktif balik kaklong ingat nak ada bilik macam gini :


Cute kann...

Simple dan kemas je bilik kraf dia.
Rasa syok je nak mengait.

Kita try la ya dalam 2 3 tahun lagi.

Inilah cabaran ketiga 15 hari menulis blog
Jumpa esok.

Adios...

Cara Saya Berfesyen

Allahuakbar...

Cabaran kedua 15 hari menulis blog ni memang agak segan nak menulisnya. Kerana Kaklong ni tak pandai bergaya pun.

Apapun kene tulis jugak la kan...

Sebelum tu meh tepek gambar terbaru kaklong.


Pada usia 38 tahun dan baru jadi mak anak dua, fesyen kaklong secara automatik berubah menjadi fesyen typical mak mak.
  • Tudung sarung soft awning
  • Blouse labuh kalau bole paras lutut
  • Seluar berpinggang getah
  • Stokin hitam
  • Selipar
Haaa itulah kaklong sekarang.

Kaklong yang asal?
  • Tudung shawl hitam dengan inner ninja
  • Blouse labuh tutup punggung
  • Jeans slim cut
  • Sneakers
  • Pastu lipstick pink
Itulah kaklong yang bertahun-tahun sama je. Sekali keluar anak kedua terus berubah jadi mak mak tanpa rela.

Sebenarnya kaklong tak minat tudung sarung. Sebab saiz muka dia tak sesuai dengan muka kaklong. 

Tapi apa bole buat, itu je tudung paling mudah dan paling cepat.

Kaklong suka pakaian kaler hitam dan gelap.
Tapi kaklong suka kaler bold juga dan kaler muda². Macam kaler apple, kaler langit, kaler oren camtu.

Style pula kaklong suka gaya sporty dan sesimple yang boleh. Paling suka pakai serba hitam macam ninja. Tapi tak pakai dah serba hitam sekarang. Tudung, seluar, stokin,selipar dan beg prefer hitam tapi baju kaler lain pun takpe.

Corak kaklong minat geometri yang minimal dan corak batik lukis. Kalau batik tu kene warna ceria macam pink, kuning dan kaler muda². 

Ramai orang ingat kaklong minat Puma.
Sebab kasut, stokin dan beg asyik Puma je.

Sebenarnya bukan kaklong yang minat. Cik Abang yang minat Puma, so kaklong pun tumpang layan minat dia.

Kaklong takde minat apa-apa jenama. Asalkan cantik kat mata kaklong pakai je.

K, kita jumpa esok pulak ek.
Cabaran apa pula esok ni...

Debor...

Dah dapat Adsense 2022

Kaklong hepi sangat sebab dapat email dari adsense.


Alhamdulillah, terima kasih.
Akhirnya berjaya dapatkan kembali iklan adsense ke blog kaklongchan ni.

Kisahnya, blog kaklongchan ni dah start sejak 2016. Semuanya berjalan lancar. Trafik tinggi (la bagi kaklong) adsense pun duk melekat dimana². 

Pastu pada awal tahun 2019, iklan tiba-tiba hilang. Yang ada cuma ruang kosong je kat petak adsense.

Pada masa yang sama trafik menjunam teruk sampai 1-2 views je sehari. 

Pastu untuk menerukkan keadaan, blog kaklong takde pun dalam search enjin.

Kaklong cuba perbetulkan berkali-kali tapi gagal. Sebab kaklong pun tak tahu kat mana puncanya. Tambahan pula time tu kaklong baru lahirkan baby dan pindah rumah. Agak genting la nak godek² masalah ni secara terperinci.

Perkara ni buatkan kaklong takde mood dah nak berblog. Walaupun kaklong cuma dapat beberapa sen je, tapi beberapa sen itu buat kaklong seronok.

Itu yang korang nampak kaklong jarang sangat update blog bermula 2019. Memang takde hati betul time tu.

Pastu pada tahun lepas kaklong nak try la lagi sekali apply adsen. Tapi gagal. Dia kata low quality content. Hahaha sampai hati.

Kecik hati punya pasal kaklong pindah ke blog baru. Tak lama tu rasa tak syok je duduk kat blog baru yang kosong.

Pastu kaklong cuba la cari jalan untuk memunculkan blog ni kat search enjin. Try punya try punya try akhirnya berjaya senaraikan blog di search engine.

Bila dah tersenarai tu rasa hepi la.

Terus update entry bila ada kelapangan dan kekuatan. Idea tu selalu ada tapi bila sampai masa nk menulis, otak dah penat nak mengarang lalu tergendala la banyak post.

Memang banyak tu post kat draft kaklong. Ada yang dah outdated, tak relevan lagi nak sambung dan publish.

Beberapa hari lepas kaklong mekap blog sikit, tergerak pula hati nak apply adsense lagi sekali.
Cuma kali ni tak harap pun dapat.

Tapi...

Alhamdulillah, dapat!

Tu yang kaklong happy sangat tu. Tak jangka.

Terima kasih adsense.
Makin semangat dah nak update blog.

Yeehaaa!





5 Fakta Mengenai Saya

Cabaran hari pertama 15 hari menulis blog bermula.

5 Fakta mengenai Kaklong?

Photo by Towfiqu barbhuiya from Pexels

Kaklong nak tulis yang rare² la sikit ek.

1. Kaklong dilahirkan di rumah nenek dan disambut oleh bidan kampung. 

Semasa lahir tu, kaklong tak bernafas. Tubuh kaklong dah biru. Mujur bidan tu berpengalaman, dia baca² dan alhamdulillah kaklong bernafas kembali.

2. Kaklong membesar sebagai tomboy. 

Suka berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki. Kaklong tak suka pakai payung sebab nampak macam perempuan. Kaklong rasa susah nak 'masuk' dengan pakaian perempuan. Tapi bila masuk U kaklong dah start berkeperempuanan. Kaklong suka baju cute² dan kaler pink (sekarang pun suka pink). Sekarang dah jadi makcik, memang baju makcik² la kaklong pakai. Baju pakcik² macam tak 'masuk' pulak. Haha.

3. Mudah jatuh hati pada lelaki pendek atau lelaki yang feminin. 

Lelaki yang feminin ni bukan la bermaksud muka macam k-pop. Bukan. Muka k-pop kaklong tak minat. Feminin dari segi kelakuan dan kecenderungan dia. Feminin pun tak semestinya lembut.

4. Born as Minimalist.

Kaklong pernah satu ketika nak berubah jadi minimalis. Pastu kaklong cari la maklumat pasal minimalis. Rupa-rupanya kan kaklong memang minimalist. Tak perlu ubah apa² pun. Memang dah minimlaist tatkala awal kejadian.

5. Tak suka masak dan iron baju.

Kaklong dah 8 tahun kahwin dan sampai sekarang masih tak suka masak. Kaklong masak sedap je. Tapi proses memasak tu sangat tak enjoyable. Kaklong try hard untuk suka masak tapi tetap tak suka. Apapun kaklong masak la jugak kan, walaupun bukan setiap hari.

Yang iron baju tu pula (haha), kaklong punya la tak suka iron baju sampai kaklong pastikan bakal suami mesti keje yang tak perlu iron baju, baru la kaklong consider untuk jadi isteri dia. Aku tak sanggup dah nak iron baju setiap hari. 

Tapi anak sekolah nanti kene iron juga kan. Haha to my face.

Itulah 5 fakta yang rare (kot) mengenai kaklong.

Amacam best kan.
Kalau best datang la lagi esok.

Ada 14 cabaran lagi kaklong kene sahut.

Hoyeh!


Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Assalamualaikum

Macam biasa la kan, bila tahun baru je semangat semacam je nak buat itu la, nak buat ini la.

Malam tadi kaklong semangat pula nak mekap blog ni. Lepas anak-anak tidur kaklong pun buka lappy dan cari theme yang simple² gitew, maka terpilih la theme Carolina dari Theme Expose.

Nak kata puas hati dengan theme ni, tak berapa puas hati jugak la. Tapi theme free kan, terima je la, asalkan berfungsi.

Sementara bersemangat ni mari la kita menulis blog.

Tapi kan, takde idea. Hahaha.

Dah takde idea ni, jom la kita berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Jalan punya jalan terserempak la dengan post Mulakan Tahun Baru Dengan Cabaran 15 Hari dari blog Hannailly.

Cam best je ada orang bagi tajuk.

So, jom la kita join sekali cabaran ni.
Walaupun dah pertengahan Januari, takpe je, buat je. Huhuu..


So, kita start esok la ya.

Kaklong ni kene tulis masa anak dah tido.
Tapi takleh lama² sangat sebab kaklong pun kene tido awal. Kalau tak, esok kaklong lemau dan tak cergas nak uruskan Dak Farid dan Mek Fatin.

Kalau korang pernah atau tengah join juga cabaran ni, sila drop link kat komen. Kaklong nak walking² time free nanti.

Adioss


Azam 2022


Hidup pun kelam kabut nak azam² pulak.

Rasa tak lengkap je tahun baru kalau tak tulis azam kan.

Capai tak capai tu tak penting, yang penting tulis. Huhu.

Memandangkan hidupku kelam kabut dengan anak 3 tahun dan baby, maka azam kita ni simple² je la.

1. Nak ada kebun mini
2. Nak kait selimut sehelai
3. Nak turun 10kg

Simple je kan.
Haha.
Tulis tu simple, buat tu tak simple.

1. Kebun Mini

Kebun mini ni sebenarnya dah start dah. Tapi baru je menyemai dan dah ada daun sikit².


Tengok la tu. Cute kan.
Kitorang try semai bendi.

Walaupun pak mertua kaklong seorang tukang kebun, tapi anaknya tak pandai pun berkebun.

Macam kaklong la.
Walaupun anak tukang masak, tak pandai pun masak. Huhuhuuu.

Akhir tahun nanti kita tengok apa jadi ya. Hidup ke mati..


2. Selimut

Lama gila kot tak mengait. Kaklong kene trigger thumb haritu (lama dah), so kaklong stop dulu mengait. Ni pun masih belom sembuh, tapi tak sesakit macam mula² dulu.

Tahun ni tak rasa nak mengait.
Tapi better kaklong mengait la satu benda.

Baru-baru ni ternampak satu selimut yang interesting betul. Paling syok dia sertakan sekali tutorial. Kaklong pun terus la excited.

Nak link dia:


Kalau korang nak mengait jugak, jom la.
Crochet along.

Apapun kaklong tak tau la akan berjaya ke tak. Maybe selimut ni amik masa 40 tahun kot baru siap. Hahaha


3. Turun 10kg.

Ni la azam yang paling boring sekali dalam dunia sebab tak pernah berjaya.

Tak pernah berjaya takpe.
Tapi putus asa tak bole okay.

Berat kaklong sekarang 74kg.
Kaklong nak capai 64kg hujung tahun ni.

Cam kaklong cakap la, berjaya tak berjaya tak penting. Yang penting tulis. Huhuhu...

Sapa² yang macam kaklong, tak pernah berjaya kurus, korang jangan la sedih sangat.

At least dengan azam ni korang workout la jugak, jaga makan la juga. Walaupun masih gemuk tapi sebenarnya badan korang sihat sebab jaga badan la juga walaupun sikit².

Jangan sedih tau, teruskan je.


Okay, nanti kita jumpa tahun depan kita tengok, setakat mana berjayanya azam ni.