Halaman

Plan Susun Atur Rumah Lagi

Borak-borak ngan suami pasal nak tukar susun atur rumah.
Haha. Tukar lagi. Asyik tukar je kita ni.

Saya dapati bila selalu tukar susun atur rumah, hati jadi seronok sikit.
Mungkin suasana baru buatkan jiwa ceria.
Atau sebab ada projek nak buat, jiwa jadi bertenaga.

Rumah kami ni 3 bilik.
Master bedroom tu bilik tidur kami bertiga.
Bilik kedua ni mini office.
Bilik ketiga pula stor.

Walaupun bilik ketiga tu stor, almari pakaian dan meja solek pun duduk situ jugak. Haha.
Puncanya sebab bila suami shift malam, dia kene bersiap malam masa anak-anak tidur.
Masa anak masih baby, selalu terjaga dengar dia bersiap, pastu mula la susah nak tidurkan semula.
Maka kami letak almari baju dan meja solek kat bilik hujung supaya tak dengar sangat kalau suami bersiap malam. 
Bilik kedua pula ada aircond, jadi kami jadikan home office dan letak barang niaga supaya selesa nak packing barang, main laptop dan mengait.

Kini saya fikir dah sampai masa kita ada bilik sendiri. 
Bisnes kecik saya pun dah sendu, jarang dapat order. Jarang juga packing barang apa semua.
Jadi semua barang niaga akan pindah ke stor.

Bilik kedua tu letak almari pakaian, meja solek dan meja keje.
Kalau muat kami akan taruk sofa 2 seater dan tv kecik yang beli haritu.
Tv tu memang beli untuk bilik papa mama, tapi Abang masa tu asyik nak tengok tv je, jadi kami simpan dulu la.

Apapun kami masih tidur kat master bedroom dengan anak-anak.
Ntah la kami memag nak tidur dengan anak-anak. 
Tak bole la anak takde depan mata.

Lepas susun atur nanti, bilik stor tu akan jadi semak balik la.
Bila dah semak tu kene la buang barang lagi.
Bagus juga buang barang ni. Senang nak pindah nanti.


Abang sekarang seronok main plasticine. Hari-hari main plasticine.
Ni la siput yang dia selalu buat.
Satu lagi dia suka buat octopus.


Buah hati pengarang jantung.

Buka Kedai Tiktok

Minggu lepas asyik main tiktok je.
Sebabnya nak buka kedai tiktok.
Duk tengok camana orang niaga kat tiktok.

Masak Kangkung

Hari Sabtu memang takde beza pun dengan hari lain kecuali Abang tak pi sekolah.

Kangkung dah tinggi. Saya petik buat makan tenghari



Saya sendiri pun dah bosan dengan masakan saya sendiri.
Sebenarnya sedap je pun saya masak, cuma bila saya masak saya kurang selera.
Lagi sedih anak pun tak berselera makan masakan saya.
Makan pun sikit je pastu taknak dah.

Sebenarnya makanan kedai pun dorang macam tu, tapi bila saya masak tak makan saya terasa la kan. Kalau tak makan masakan kedai saya tak terasa pun.

Dua hari lepas dah start bagi Lysine kat anak.
Saya bagi jenama Appeton.
Katanya Lysine ni bole bantu anak berselera makan.

Sebelum ni bagi kat Abang, memang betul berkesan. Abang makan je bila kita ajak.
Bagi Adik, semalam Adik makan tenghari. Tapi harini dia makan sikit je.
Kene bagi hari-hari kot baru berkesan.

Adik tu pun sebenarnya tinggi dia tu kategori bantut.
Abang dulu pun macam tu. Bantut jugak. Sekarang dah okay sejak masuk sekolah.
Sebab kat sekolah dia makan. Makan ngan kawan-kawan kot tu yang berselera.

Adik ni 2 tahun lagu baru masuk sekolah. Lambat lagi huhuuuuu

Tanam Kangkung Dalam Pasu

Tanam Kangkung dalam Pasu lagi.
Hahaha. Tak habis-habis kangkung. Takde tumbu-tumbuhan lain ke nak cerita.
Alaaa bagi la can. Kita suka kangkung.


Semalam selepas ke kedai eco, saya pi Big Aeon pula. Ternampak pasu panjang ni.
Menarik pula pasu ni sebab ada takungan air kat bawah.
Jadi saya grab la satu dan grab juga sepaket benih kangkung.

Haritu ada terbaca kat  group yang dia tanam kangkung, caranya dia buat batas dan buat dalam 10 ke 12 tompok biji benih. Satu tompok dia tabur 5 biji benih.

Saya nak cuba juga la.
Saya taruk tanah kompos yang beli kat nurseri campur dengan coco peat dan buat dalam tompok dalam tu. Setompok ada 5 biji je.
Nak try kot-kot jadi macam dia.


Ni yang dah siap siram. Lupa pulak nak amik gambar sebelum siram.

Kepada sesiapa yang pandai berkebun jangan la rasa cringe dengan apa yang saya buat ni kalau tak betul caranya. Saya dalam proses belajar sendiri cara berkebun. Maklum la takde tempat nak mintak tunjuk ajar. Semua try and error dan agak-agak je.

Tak sangka bila dah belia ni minat pula nak bercucuk tanam.
Betul la cakap orang, ciri-ciri mak-mak ni ialah kumpul tupperware/ periuk dan tanam pokok.

Tanam pokok memang dah masuk. Tupperware tu pun dah nak masuk sebenarnya cuma mahal je tak jadi beli. Tapi sebenarnya tupperware tak mahal bila kita tahu betapa berkualitinya jenama tupperware ni.

Pasal tupperware tu saya cakap lain kali la.
Yang pasti saya dah pun jadi mak-mak. Maybe saya kene pergi pasar bawa bakul pasni.


Alihkan Pokok Bendi

Selepas amik anak sekolah tadi terus lajak le depan ke kedai eco.

Saya bukan pembeli eco. Jarang la masuk. Mungkin 2 tahun sekali baru masuk. 

Kali ni masuk nak cari pasu kalau ada. Memang ada la. Huhuhu.. 
Dapat 3 ketul rm2.40.
Pasu kecik je saya cari.

Sampai je rumah tak tunggu terus je kerjakan kebun saya tu. Kebetulan redup je harini, bole la beramah mesra sikit ngan pokok. 

Saya alihkan pokok bendi.


Pokok haritu yang duduk dalam polybag tu dah saya alihkan ke pasu kecik (pasu atas).

Pastu ada 2 benih lagi yang bercambah dan kehijauan. Satu tu yang nampak kuat tanam kat pasu juga (gambar atas yang bawah)

Tapi takde piring pelapik pula. 
Kedai eco tadi takde pun piring tu. Esok-esok la cari kat tempat lain.


Yang satu lagi ni kecik je orangnya tapi hijau sihat warna dia.

Saya cuba amik tengok perlahan-lahan tapi tengok² akar dia seco'et je.. bole hidup ke awak ni.

Sorry la tangan tu comot sangat.


Try tanam dalam polybag jugak la kot² la dia besar.
Nanti dah besar kita letak awak dalam pasu. Ada satu lagi pasu tu.

Sebenarnya harini ada tanam kangkung jugak, tapi esok je la tulis.
Baru nampak produktif sikit blog ni.
Hew hew...

Hari ke 10


Hari ke 10 mengait selimut ungu yang menawan kalbu ni.

Makin besar makin lawa.

Warna dalam gambar memang tak sama dengan warna objek sebenar. Saya pun tak reti dah nak adjust camana bagi nampak real. Itu je la kemampuan phone saya.

Hari ke-10 ni berjaya kait sampai baris 41. 
Wow jauh lagi ni.

Baru teringat yang birthday adik saya tu bulan depan. Tak bole tangguh la ni. Kene siap cepat-cepat bagi surprise kat dia.

Turun 3 kilo

40 hari diet moderately dan berjalan 2km sehari, berjaya turun 3kg.


Sebelum ni saya minum 2 botol jus kurus terung. Takde 1kg pun turun.

Katanya tak payah berlapar, makan macam biasa yada yada bole turun sampai 4kg sebulan.

Saya makan moderately takde satu apa kesan pun. Memang scam. Ada sebotol lagi tu, malas nak makan. 2 botol pun takde kesan apa. 

Cara saya usaha kuruskan badan kali ni :

Makan pagi : 
- rolled oats masak ngn susu, atau; 
- telur rebus/ separuh masak + kicap

Tengahari :
- nasi berlauk suku suku separuh 
- nasi sesenduk je, ayam dua ketul, sayur separuh pinggan
- kalau malas mkn byk sayur buat suku pinggan sayur, suku pinggan lagi buah

Petang :
- biasanya lapar, makan nasi berlauk suku suku separuh jugak

Malam :
- nasi goreng sesenduk

Apapun diet saya ni moderate je. 

Kalau tetibe nak makan apa-apa saya alan delay sehari dua. Kalau craving juga saya makan je la tapi separuh dari biasa. 

Dan kalau makan benda sedap (berkalori tinggi) saya akan pastikan minum air kosong je sepanjang hari tu. Kalau minum berkalori tinggi, jangan makan manis dah sepanjang hari itu.

Lepas makan/minum yg berkalori tinggi saya pastikan tak makan/minum apa-apa dah sekurang-kurangnya dua jam. Pastu baru bole makan/minum apa-apa.

Itu diet.

Workout pula:

Tak workout pun. Cuma berjalan 2km sehari atau paling kurang 40 minit.

Saya cuba 30 minit berjalan tapi takde rasa apa. Bila 40 minit baru rasa penat.

Ada sains di sebalik kenapa berjalan bukan berlari, tapi saya malas nak explain sebab complicated dan saya tak pandai nak explain dengan bahasa mudah. 

Berlari akan bakar gula, berjalan akan bakar lemak. 

Sainsnya ialah semasa berlari badan guna tenaga dengan banyak dan cepat, badan tak sempat nak tukarkan lemak kepada tenaga, jadi kena gula.

Manakala berjalan pula tenaga digunakan perlahan-lahan. Jadi badan bole guna lemak sebagai bahan bakar.

Namun begitu (hmm ni malas explain ni sebab banyak sangat kesinambungan) sebelum badan guna lemak, badan tetap akan guna gula dulu.

Sebab tu kalau nak bakar lemak (kurangkan berat badan) kene berjalan lebih dari 30 minit. 

Kalau korang search gugel, banyak artikel yang saling bercanggah. Macam anti-vaksin vs pro-vaksin, bumi bulat vs bumi mendatar etc.

Apapun pengalaman saya, kalau saya joging 60 minit habis jogging tu saya penat 10 minit.

Tapi kalau berjalan 60 minit habis berjalan tu penat dia tak habis-habis sampai 3 jam pun penat lagi. 

Penat dia bukan macam mengah², tapi macam slow-burn gitu. Oleh itu saya pilih berjalan. Lagipun berjalan ni lagi senang dan enjoy berbanding berjoget.

Mungkin bila dah 60kg nanti bole la jogging. Badam gedempol macam ni memang tak syok berjoging.

Apapun ini usaha saya je la.

Saya pun tak mahu paksa diri sebab saya tahu saya ni macam mana. Saya nak turun slow-slow je. Target 1kg sebulan je. 

Slowly yet surely.

Malas berjalan


Dah 4 hari tak berjalan.

Hari pertama tu memang saje je rehat sehari.
Hari kedua tu pulak, rasa macam ala rehat dua hari la.
Hari ketiga pulak malas.
Bukan nak rehat, tapi malas nak keluar. 
Tak keluar pun takpe, boleh jalan atas treadmill, tapi malas jugak.

Hari keempat ni pun malas juga sebenarnya.
Dah sedap dah pakai baju kelawar sepanjang hari. Nak tukar kepada seluar, stokin apa semua tu malas pulak.
Akhirnya tak keluar jugak.
Apapun lepas maghrib saya berjalan kat rumah setengah jam.
Alhamdulillah, berjalan juga.

Lepas berjalan tu rasa tak peluh pun, tak penat pun. Patut anjak ke sejam atau at least 40 minit. Esok kene 40 minit la, indoor ke, outdoor.

Masa keluar beli keropok tadi nampak ada kedai nasi arab baru buka. 
Ajak suami tapau untuk dinner esok. Suami macam nak makan kat situ je.
Malas la makan kat situ.

Anak saya ni mulut bising.
Bukan setakat potpet potpet bercakap je, malah suka juga menjerit.
Selalu juga dia turun dari kerusi berjalan sana sini macam YB melawat kawasan pulak. Kadang tu dia berlari jugak, main sorang-sorang.
Malas la kalau orang terganggu.
Walaupun dia tak ganggu orang, tapi orang yang terganggu.

Satu lagi kalau makan kedai dia nak order milo ais.
Bila air sampai dia pun minum banyak-banyak. Pastu nasi tak makan.

Tu yang malas tu  bawa anak makan kat kedai.
Kalau makan kat kedai pun masa shopping ke, pergi jalan keluar kawasan ke, bole la singgah makan. Kalau kedai dekat-dekat sini better tapau je makan kat rumah.

Tanam Pokok Bendi

Beberapa hari lepas saya ada semai benih bendi yang saya beli tahun lepas.
Benih tu dah lama maybe dah tak elok.
Alhamdulillah, tumbuh juga beberapa tunas (tunas ke nama dia?)

Ada satu tunas yang besar dah patut dialihkan.
Malangnya takde pasu. Hahaha.
Nak tanam sangat tapi tak ready.

Akhirnya harini saya alihkan je dia ke dalam satu polybag yang dah sedia ada tanah dari pokok bendi tahun lepas yang dah mati.


Inilah tunasnya.
Duduk dalam ni dulu ya sementara saya beli pasu lain.
Yang lain tu tak berapa besar. Tengok dulu dorang berjaya tumbuh ke tak.


Ini pula pokok lengkuas.
Dah makin banyak daunnya.
Pasu macam tak cukup besar kan.
Nanti la kita tengok macam mana...

Alang-alang dah tunjuk ni, meh kita jenguk kangkung.


Dah lebih dua minggu sejak last dipetik.
Sihat daunnya. Mungkin sebab asyik kene hujan.
Takde bintik-bintik putih tu.
Dah bole petik dah ni kan. Esok la petik.


Ni pun kangkung dia tumbuh menjalar.
Saya ada baca kangkung yang dah tua akan menjalar.
Kemudian akan berbunga.
Pastu keluar biji benih.
Saya nak tengok sangat bunga dan biji benih kangkung ni.

Bila tengok hasil kecil yang menjadi macam ni kan, rasa nak jadi petani.
Mesti best kan jadi petani.
Tanam sendiri, makan sendiri.


Waist to Height Ratio

Tertengok kat TikTok sorang doktor ni cakap, menilai orang guna BMI tu kurang tepat. BMI ni berat badan bahagi tinggi. Kalau dapat 18 hingga 24 kiranya kita sihat.

Tapi doktor tu kata kurang tepat kira macam tu.
Sebab ada orang yang berat tapi berat otot. BMI dia tinggi tapi sebab otot dia besar. Dia tak obes tapi besar macam Christ Hemsworth macam Henry Cavill (saya sebut nama artis je la. Kalau sebut nama jiran saya nanti awak tak kenal pulak).

Cara yang lebih tepat untuk menilai tahap sihat seseorang menurut doktor itu ialah guna Waist-to-Height Ratio. Caranya ukur lilit perut bahagi dengan ketinggian badan. Badan yang sihat mesti dapat antara 0.4 hingga 0.49. 

Bila dengar ni kan saya rasa memang betul la cakap doktor ni.
Sepanjang hidup saya diet ni, saya asyik timbang je.
Dan bila berat tak turun saya jadi stress dan kecewa yang teramat sangat.
Sebab saya dah cut sugar, cut carbs; tak sentuh langsung makanan yang saya suka makan selama ni, minum air masak je sepanjang hari, telan sayur banyak sebab makan suku suku separuh. Last-last tak turun pun berat. Dah buat apa aku menderita tak makan sedap selama ni.
Kecewa punya pasal saya pun drive thru mekdi dan beli kek coklat.
Makan sedap gemuk, tak makan sedap pun gemuk. Baik makan sedap.

Tapi apa yang saya tak check ialah measurement.
Mungkin badan dah susut tapi berat tak berubah.
Berat tak berubah sebab otot naik dan satu lagi bila stress badan tampung air untuk kekalkan kawasan yang lemak dah dibakar (ntah betul ke ayat ni). Sebab tu berat masih sama.

Lepas ni saya akan check saiz pinggang je.
Berat tak bole peduli sangat sebab memang mengecewakan.

Saya dah lama sangat dah diet on off selama 39 tahun ni, memang berat badan yang tak turun-turun itulah sabotaj utama usaha saya.

Tempat Letak Hanger DIY Guna Batang Paip

Beberapa tahun lepas saya ada buat tempat letak hanger menggunakan kayu.
Asalnya kayu tu ialah tempat sidai tuala yang design macam tangga yang nampak estetik sangat tu.
Tapi bila sampai low kualiti je.

Kayu ringan sangat, kasar macma tak digosok.
Pastu selalu je jatuh.
Memang mengecewakan.

Jadi saya potong balik kayu tu jadikan tempat simpan hanger anak-anak.

Hanger anak-anak saya ni banyak, saiz kecik dan ada dua jenis.
Satu yang biasa; guna untuk gantung seluar.
Satu lagi yang ada hook kat leher; guna untuk gantung baju.
Senang simpan sepasang.

Jadi saya bina tempat letak hanger tu untuk memudahkan buat keje.
Korang paham la kan, hanger ni suka sangkut sesama sendiri.
Elok-elok keje bole siap 10 minit, jadi 20 minit sebab nak layan dorang punya sangkut.

Kini tempat simpan hanger tu dah nak roboh dah, jadi nak buat baru.
Ada nampak kat shopee orang guna batang paip, dia jual RM28 camtu.
Okay juga tapi dorang buat ada satu ruang.
Saya nak double sebab ada dua jenis hanger kan.
Nak beli dua buah, makan ruang pula. Dah la rumah kecik.

Jadi better buat sendiri ikot design yang lama tu.

Pagi tadi pergi hardware beli barang.
Tau tak berapa kos barang?
RM24. Hahaha. Hampir sama dengan harga barang dah siap.
Takpe, benda DIY memang tak murah.

Petang tadi bermula la proses memotong paip.


Suami buat semua kali ni. Saya tukang layan dan tukang larang anak.

Siap potong, test dulu tengok muat tak.

Inilah dua jenis hanger.
Yang kuning tu jenis biasa, yang hijau tu ada hook kat leher, bole sangkut hanger kat situ.

Siap!

Ini la kejadian dia. Macam tak impressif pun rupa dia kan.
Yang penting berfungsi dengan optimum.

Ini la tempat simpan hanger yang lama yang saya buat sendiri.
Saya paku-paku je sebab paku je ada masa tu.


Kalau korang nak buat, ini la design dia.
Yang 7 inci tu semua kene tukar kepada 6 inci je, baru muat hanger kanak-kanak.

Saya pakai paip 15mm.
Tee tu nak 4 biji dan elbow nak 8 biji (in case korang tak faham lukisan saya).

Ini lukisanyang sama saya wasap kepada suami, tu yang lebih kurang je lukis tu.
Kalau nak buat juga sila la ya.




Day Selimut Adik

Dah hari keempat sejak saya start mengait selimut untuk adik saya.
Harini saya siapkan row ke-13.

Cantikkan double crochet

Saya tengok 11 row dapat 6 inci.
Kalau buat 90 inci mungkin kene buat 165 row.
Saya sendiri pun tak pasti congakan saya di larut malam begini.
Esok-esok saya kira balik.

Masih panjang lagi perjalanan.
Harap-harap berjaya siapkan dalam 30 hari.
Tak sabar nak bagi adik peluk selimut ni.

Bila Dapat Baju Terletak

Sebelum keluar berjalan petang tadi, selfie dulu.


Abaikan je la rumah yang kelam kabut tu.

Ni baju yang saya beli kat Aeon haritu.
Sedap betul baju ni. Elok terletak bahu dia dan tangan pun labuh secukupnya.

Saya jarang dapat baju elok macam ni.
Biasa mesti bahu jatuh, tangan labuh. 
Kene alter, tapi saya malas. Huhuhu...

Disebabkan elok, saya selfie la sekali.

Hujung tahun ni saya nak tengok ada beza tak body saya yang sekarang dengan yang akan datang.
Harap-harap ada la beza sikit.

Saya nak pakai baju saiz L.



My Lunch

Harini berlalu dengan sangat biasa.

Abang dan Adik dah hiruk pikukkan rumah sejak pagi.
Mama masuk dapur la masak.

Maka inilah lauk tengahari kita.


Ayam panggal pakai bedal.
Kubis panjang masak lemak kuning.

Ayam tu saya buat pakai bedal je. Taruk serbuk paprik, mixed spice, kicap cair dan garam. Rasanya tu je la kot, ke ada yang tertinggal? Tu la  buat pakai bedal je tak fikir.

Sayur lemak tu pulak terlebih serbuk kunyit. Tu jadi terang je tu.

Makan nasi panas-panas dengan ini:

Sambal belacan Adabi.

Honest review k.
Tak kena dengan tekak.
RAsa dia memang bukan sambal belacan.
Rasa dia lain dan tak boleh pergi. Hahaha.

Apapun bole je makan, cuma sekali tu je la makannya.

Saya ni tak pandai buat sambal belacan.
Saya buat tak pernah sedap macam kat kedai.
Tapi saya lebih suka budu kerenyet cili dan perah asam limau.
Yang tu terangkat beb.


Selimut Untuk Adik



Benang yang saya order beberapa hari lepas dah pun sampai.
Harini saya start mengait selimut untuk adik saya.

Adik saya tak minta pun, saya nak buatkan.
Saya nak dia simpan satu air tangan saya sepanjang hayat dia.
Harap-harap selimut ni kekal elok sampai beberapa puluh tahun.

Selimut ni simple je cara buatnya.
Saya akan dc dari awal hingga akhir. Nak mindless project sambil-sambil jaga anak.
Warnanya purple gelap sebab adik saya suka purple. Ada jalur hitam sikit-sikit sebagai penmabah seri.
Saiz selimut ni nanti mungkin single size.

Saya nak cuba siapkan selimut ni dalam 30 hari.
In shaa Allah bole kalau saya tak sakit tangan.


Ni la benangnya. Saya order 30 ungu dia bagi 29 je. Saya order 3 hitam, dia bagi 4 hitam. Apa benda la kau labuuu.
Benang ni kene beli banyak sekaligus, tak bole beli sikit-sikit.
Sebab setiap badge warna dia tak persis sama, mesti ada lari, tak sikit banyak. 

Harap-harap cukup la 29 biji ni untuk sehelai selimut.

Kraftangan Farid

Harini first time Abang main plasticine dengan serius, sebelum ni main gumpal-gumpal je.
Harini Abang minta buka internet nak tengok tutorial.
Saya bukakan youtube, tutorial plasticine untuk kanak-kanak.
Video tu saya slow-kan ke 0.75x, jadi mudah sikit dia ikot.

Inilah hasilnya


Ada octopus, ikan, ladybug, turtle, ketam, starfish. Yang lain tu tak pasti.

Pastu Abang nak buat kereta pula. Tapi plasticine dah habis.
Esok la mama beli lagi ya.

Excited dia sampai tak tukar baju sekolah.

Malam sebelum tidur mama ajarkan Iqra'. Harini belajar huruf dhad.
Gelak guling-guling Abang bila mama sebut "dho".
Tak tau la suara mama kelako ke, atau muka mama yang kelako.



Potong Kaki Jubah

Tadi lepas sarapan kat luar mata saya duk ushar je kedai baju muslimah kat situ.
Masa tengah jalan ke kereta saya bagitau nak tengok jubah kat kedai tu, tapi takot mahal pulak.
Suami kata tengok je la, tak semestinya beli.

Saya ni malu kalau tengok-tengok tak beli.
Kalau niat taknak beli, memang saya tak tengok.
Kalau berniat nak beli baru saya tengok.

Kami pun patah balik nak tengok-tengok je. 
Tengok punya tengok nampak la jubah hitam. Kain dia elok ada saiz besar pula tu.
Saya pun masuk fitting room maka terbeli la jubah hitam saiz 3XL.

Sebenarnya saiz 2XL pun elok sangat dengan saya, cuma nampak cutting la, nampak ramping dan menarik.
Kalau nak lawa memang saiz 2XL tu yang kene.
Tapi kan saya nak tutup aurat, maka amik la saiz 3XL.

3XL ni memang longgar dan tangan dia besar sikit.
Memang tak menarik pun saya pakai.
Tapi itulah tujuannya kan. Tutup aurat.

Balik je rumah terus saya semangat lain macam.
Dan dan tu juga potong kaki jubah, macam la nak pakai urgent.


Potong kaki jubah ni tak susah pun. 
Cuma potong 4 inci (ikot ketinggian saya) kemudian jahit baby seam.
Baby seam saya ni tak berapa baby la, kasar je jahitannya.
Takpe, takde orang tengok pun.

Alang-alang dah turunkan mesin jahit (dari atas almari baju) ni, better la saya jahit apa-apa yang perlu dijahit lagi.


Saya ada 6 baju kelawar yang beli masa mengandungkan Adik.
Beli online je kat Shopee.
Baju tu labuh menyapu lantai tapi saya takde mood nak alter.

Lepas Adik lahir saya tak pakai dah baju kelawar sebab susah nak susukan dia ngan baju ni.
Tak lama lagi adik akan masuk dua tahun, dah bole start wean off.
Maka bole la saya pakai baju kelawar ni balik

Kesemua 6 helai baju kelawar tu saya alter harini.

Tak habis sampai disitu, malamnya saya sambung sikit lagi.
Ada dua helai blouse yang lengannya lebar dan labuh. Dia ada getah kat pergelangan jadi saya rasa tak perlu pendekkan lengan tu, cuma nak kecikkan sebab lebar dah macam sayap je aku pakai. Haha.
Lepas kecikkan tu baru nampak elok sikit.
Takde la elok sangat, sebab kat pergelangan tu nampak berkumpul juga kain. 
Tengok la nanti kalau rasa kurang selesa juga, mungkin saya akan potong juga lengan tu.

4 Hari Makan Fast Food

Elok-elok je konsisten jaga makan, mula la timbul mengada dia.

4 hari kebelakangan ni saya makan fast food tau.
Ya Allah kenapa la macam ni?

Pada Rabu lepas, lepas kami beriadah petang tu, suami ajak beli je makanan. Pastu teringat ada voucher KFC RM20. Jadi kami drive thru la KFC

Khamis Raya Kurban makan elok je kat rumah.

Jumaat saya tengahari saya masak nasi je, suami beli lauk pauk. Tapi kedai semua tutup, jadi dia beli la KFC

Sabtu nak beli je untuk dinner, dah jemu makan nasi goreng. Suami malas pi cari kedai sebab rasanya kedai banyak tak buka, malas nak drive cari sana sini. Tanya anak nak apa? Anak nak piza. Beli la pizza hut. Paling best kisahnya dia order 2 keping piza regular, sekali dapat yang kecik. Ntah macam mana silap, suami pulak jenis tak check tolak duit berapa. Jadi dia order lagi sekali regular 2 keping. Jadi 4 kotak la piza haritu. Hahaha.

Ahad saya demam. Menggigil badan saya demam. Tak masak la haritu. Tengahari ok beli nasi dan lauk pauk. Petang saya rasa sihat sikit kesan telan panadol, tapi perasaan murung sangat. Saya mintak burger McD sebab nak comfort food. Nak rasa hidup. 

Walaupun makan tak banyak 4 hari tu, tapi 4 fast food tu agak melampau jugak la.
Saya tak timbang pun. Taknak murung.

Walaupun peristiwa ni dah kaw kaw sabotaj saya punya diet, tapi saya kena remain calm.
Ingat "focus on system, not goal" "fokus pada proses, bukan result".

Apa yang berlaku telah pun berlaku, kita cuma perlu kembali ke sistem yang kita create tu.

Pada hari Isnin saya dah kembali ke diet yang betul. 
Pagi oats, tengahari nasi dan lauk pauk, malam bihun sup.
Semoga kekal istiqomah. Terbabas tu memang kene terima la sebab hidup kat Malaysia. Yang penting cepat-cepat masuk balik ke landasan yang betul.


Progress Azam Tahun Baru

Separuh tahun dah berlalu, saya nak recall balik azam tahun ni dan bandingkan dengan progress.

Azam tahun ni ialah nak :

1. Buat 30 video youtube

Setakat ni berjaya buat 1 je. Memang dah siap planning dah nak buat video apa semua. Beberapa video pun dah rakam. Tapi saya sendiri yang stop sebab tak mampu. Saya ambil keputusan nak tengok anak membesar dan in shaa Allah bila kedua-dua anak masuk sekolah nanti, barulah saya akan buat video tu pada waktu pagi masa dorang kat sekolah. Ada setahun setengah lagi sebelum Adik anak masuk pre-school.

2. Tukar Wardrobe / Tutup Aurat dengan Sempurna

Walaupun tak susah, tapi tak buat-buat pun lagi. Puncanya susah nak cari baju. 
Pertama tu susah sebab saiz. Baju tu banyak je tapi saiz saya yang takde. Bila jumpa saiz, bentuk baju pula tak menepati ciri-ciri. Tak cukup labuh la, lengan pendek la, itu la ini la. Susah betul orang badan besar ni.

Kedua pula susah cari baju sebab anak duk berlari dalam gedung. Tiba-tiba je dia hilang. Bila saya panggil, dia nyorok. Bila saya mai kat dia, dia ingat saya main kejar-kejar, dia pun lari ke sana ke sini. Aku ni dah la gedempol, nak lari laju macam dia pun tak bole. Selalu je dia berjalan sampai ke department lain. Keje aku ni mencari anak je la, bukan mencari baju. Baju belom jumpa tapi dah penat. Maka gagal la tukar wardrobe lagi kali ini.

Apapun saya plan nak jahit beberapa helai jubah menggunakan kain yang banyak saya beli tapi tak jahit-jahit. Saya tak pandai menjahit walaupun ibu saya tukang jahit. Saya akan usahakan juga buat beberapa helai jubah. Pakai ngan legging dan kasut sport. 

Tudung takde masalah sangat, beli je kat kedai. Cuma saya macma tak berapa ready nak pakai tudung saiz XL ni. Pasti saya nampak kementot pakai tudung XL. Maybe saya patut beli satu dulu. Cuba try test.

3. Masak Setiap Hari.

Alhamdulillah ini dah berjaya. Saya berjaya masak tengahari dan malam setiap hari. Sarapan je masih tak berjaya (tak cuba pun sebenarnya).

Masak pagi ni senang je sebenarnya. Masak nasi lemak je sebab Adik suka nasi lemak pagi-pagi. Sambal masak siap-siap dan frozenkan. Bilis pun goreng siap-siap simpan dalam tupperware. Telur dah siap rebus malam masa masak makan malam. Pagi tu cuma masak nasi je la.

Sebenarnya ada je cara, cuma saya ni tak usaha untuk pagi.
Untuk pengetahuan, saya ni bukan morning person. Bangun pagi saya bingung-bingung je duduk kat ruang tamu termenung sambil tengok anak main. Pukul 10 baru la saya "hidup" dan mula buat kerja rumah. Secara logiknya bole je start subuh-subuh lagi buat keje rumah semua tu tapi memang pagi saya bangun je, tak hidup. Lepas ni bole slow-slow "hidup" di waktu pagi.

4. Mengaji Setiap Hari

Memang gagal. Masa bulan puasa tu ok lagi. 
Lepas raya, slow-slow ke laut.
Apapun sekarang sebelum tidur saya ajar anak Iqra'. Lepas baca Iqra' bole je saya baca Quran kejap. Cuba la buat macam ni.

Ok tu je progress saya setakat ni.
Tak berapa nak progress kan.
Yang penting jangan give up.

Tak Sampai 10,000 Langkah

Apakan daya.
Kelmarin bukan main lagi dapat 10,000 langkah. Harini tak dapat pun. 

Semalam pun lingkungan macam ni juga.

Harini saya duduk rumah je sepanjang hari. 

Suami balik keje, kitorang pun keluar ronda-ronda dalam kereta je.

Pastu singgah taman layan anak main playground. 

Malam tak jalan atas treadmill. Layan anak main origami. Saya yang buat origami, dia bagi sokongan je kat tepi.

Gitulah...