Halaman

Progress Azam Tahun Baru

Separuh tahun dah berlalu, saya nak recall balik azam tahun ni dan bandingkan dengan progress.

Azam tahun ni ialah nak :

1. Buat 30 video youtube

Setakat ni berjaya buat 1 je. Memang dah siap planning dah nak buat video apa semua. Beberapa video pun dah rakam. Tapi saya sendiri yang stop sebab tak mampu. Saya ambil keputusan nak tengok anak membesar dan in shaa Allah bila kedua-dua anak masuk sekolah nanti, barulah saya akan buat video tu pada waktu pagi masa dorang kat sekolah. Ada setahun setengah lagi sebelum Adik anak masuk pre-school.

2. Tukar Wardrobe / Tutup Aurat dengan Sempurna

Walaupun tak susah, tapi tak buat-buat pun lagi. Puncanya susah nak cari baju. 
Pertama tu susah sebab saiz. Baju tu banyak je tapi saiz saya yang takde. Bila jumpa saiz, bentuk baju pula tak menepati ciri-ciri. Tak cukup labuh la, lengan pendek la, itu la ini la. Susah betul orang badan besar ni.

Kedua pula susah cari baju sebab anak duk berlari dalam gedung. Tiba-tiba je dia hilang. Bila saya panggil, dia nyorok. Bila saya mai kat dia, dia ingat saya main kejar-kejar, dia pun lari ke sana ke sini. Aku ni dah la gedempol, nak lari laju macam dia pun tak bole. Selalu je dia berjalan sampai ke department lain. Keje aku ni mencari anak je la, bukan mencari baju. Baju belom jumpa tapi dah penat. Maka gagal la tukar wardrobe lagi kali ini.

Apapun saya plan nak jahit beberapa helai jubah menggunakan kain yang banyak saya beli tapi tak jahit-jahit. Saya tak pandai menjahit walaupun ibu saya tukang jahit. Saya akan usahakan juga buat beberapa helai jubah. Pakai ngan legging dan kasut sport. 

Tudung takde masalah sangat, beli je kat kedai. Cuma saya macma tak berapa ready nak pakai tudung saiz XL ni. Pasti saya nampak kementot pakai tudung XL. Maybe saya patut beli satu dulu. Cuba try test.

3. Masak Setiap Hari.

Alhamdulillah ini dah berjaya. Saya berjaya masak tengahari dan malam setiap hari. Sarapan je masih tak berjaya (tak cuba pun sebenarnya).

Masak pagi ni senang je sebenarnya. Masak nasi lemak je sebab Adik suka nasi lemak pagi-pagi. Sambal masak siap-siap dan frozenkan. Bilis pun goreng siap-siap simpan dalam tupperware. Telur dah siap rebus malam masa masak makan malam. Pagi tu cuma masak nasi je la.

Sebenarnya ada je cara, cuma saya ni tak usaha untuk pagi.
Untuk pengetahuan, saya ni bukan morning person. Bangun pagi saya bingung-bingung je duduk kat ruang tamu termenung sambil tengok anak main. Pukul 10 baru la saya "hidup" dan mula buat kerja rumah. Secara logiknya bole je start subuh-subuh lagi buat keje rumah semua tu tapi memang pagi saya bangun je, tak hidup. Lepas ni bole slow-slow "hidup" di waktu pagi.

4. Mengaji Setiap Hari

Memang gagal. Masa bulan puasa tu ok lagi. 
Lepas raya, slow-slow ke laut.
Apapun sekarang sebelum tidur saya ajar anak Iqra'. Lepas baca Iqra' bole je saya baca Quran kejap. Cuba la buat macam ni.

Ok tu je progress saya setakat ni.
Tak berapa nak progress kan.
Yang penting jangan give up.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^