Tanam Kangkung dalam Pasu lagi.
Hahaha. Tak habis-habis kangkung. Takde tumbu-tumbuhan lain ke nak cerita.
Alaaa bagi la can. Kita suka kangkung.
Semalam selepas ke kedai eco, saya pi Big Aeon pula. Ternampak pasu panjang ni.
Menarik pula pasu ni sebab ada takungan air kat bawah.
Jadi saya grab la satu dan grab juga sepaket benih kangkung.
Haritu ada terbaca kat group yang dia tanam kangkung, caranya dia buat batas dan buat dalam 10 ke 12 tompok biji benih. Satu tompok dia tabur 5 biji benih.
Saya nak cuba juga la.
Saya taruk tanah kompos yang beli kat nurseri campur dengan coco peat dan buat dalam tompok dalam tu. Setompok ada 5 biji je.
Nak try kot-kot jadi macam dia.
Ni yang dah siap siram. Lupa pulak nak amik gambar sebelum siram.
Kepada sesiapa yang pandai berkebun jangan la rasa cringe dengan apa yang saya buat ni kalau tak betul caranya. Saya dalam proses belajar sendiri cara berkebun. Maklum la takde tempat nak mintak tunjuk ajar. Semua try and error dan agak-agak je.
Tak sangka bila dah belia ni minat pula nak bercucuk tanam.
Betul la cakap orang, ciri-ciri mak-mak ni ialah kumpul tupperware/ periuk dan tanam pokok.
Tanam pokok memang dah masuk. Tupperware tu pun dah nak masuk sebenarnya cuma mahal je tak jadi beli. Tapi sebenarnya tupperware tak mahal bila kita tahu betapa berkualitinya jenama tupperware ni.
Pasal tupperware tu saya cakap lain kali la.
Yang pasti saya dah pun jadi mak-mak. Maybe saya kene pergi pasar bawa bakul pasni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^