Halaman

Susun Atur Bilik SImple

 Kami susun atur rumah tau.

Pelik kan, dah raya baru nak susun atur.

Kisahnya saya nak asingkan anak tidur kat bilik lain. Walaupun Farid baru nak masuk dua tahun, tapi duk fikir better asingkan awal-awal sebelum dia pandai tantrum. Karang dah pandai tantrum kita pulak takleh tidur asyik pujuk dia.

Ni cuma pendapat saya je la. Tak tahu betul ke tak pendapat ni.

Maka bilik tengah tu kami jadikan bilik anak. 

Sayang juga sebenarnya.
Bilik tengah tu selama ni dah jadi bilik kraf dan home office cik abang. Barang niaga pun kat situ.
Sayang nak pindahkan.

Apapun, mama lebih sayang Farid.
Maka dengan berat hati kami pindahkan la juga. 

Kami tak pandai hias-hias.
Asal selesa cukup.


Kami taruk tilam dan rak baju Farid je.
Pastu mainan dia sikit supaya dia sukakan bilik ni.


Sofa tu tak tahu nak taruk mana, maka taruk je la sini, kebetulan ada kosong tu. Ruang tamu tu macam sempit je nak taruk sofa panjang ni.

Bantal dan tempat sidai tu pun tak tahu nak taruk mana, kami taruk je sini dulu. Nanti-nanti la fikir balik.


Ini pula bilik mama papa.
Tilam tu ada dua biji sebenarnya kami tindih dua. Katilnya dah kami buka simpan kat stor sejak awal pindah lagi.

Home office cik abang kita letak dalam bilik ni la senang. Sebelah tu pula meja saya. Meja kosong je. Nak menjahit ke, mengait ke, menulis ke baru letak barang. Takde aktiviti kita biar je kosong.


Rak tu untuk letak mesin jahit dan barang kraf saya.

Simple je kan..
Takde deco deco.
Kitorang tak pandai deco.

Sebenarnya teringin juga nak hias rumah lawa-lawa cam orang lain. Tapi tak pandai.
Mata ni tak pandai menengok hiasan cantik.

Dalam next post saya akan tunjukkan ruang tamu pulak k.

*maaf, saya tulis post ni pukul 3 pagi. Bahasa pun simple-simple sangat. Tak dapat nak fikir ayat canggih-canggih. 

Sangat mengantuk tapi gagahkan juga menulis. Dah lama bertangguh. Takot lupa terus.

Bye

2 ulasan:

Komen la sikit ^^