Tak prepare kerana saya alami keguguran. Bila dah tau yang kantung kosong dan kene reconfirm seminggu lagi, saya dah tak fokus pasal puasa dan raya. Asyik fikir dan risau aje.
Bila dah confirm tak ada nadi, saya ke tunggu gugur sendiri. Tapi tak gugur sendiri, maka kene cuci rahim.
Semua ini buatkan saya tak fikir pun pasal raya. Lepas selesai cuci rahim, baru la kembali ke realiti dan raya.
Apapun, saya sempat tempah baju sedondon dari adik. Risau juga tak sampai memandangkan kurier dalam berlambak-lambak barang nak kene hantar.
Naseb baek sampai. Saya suruh adik guna dhl tapi tak jumpa ofis, adik pun guna city link. Alhamdulillah, sampai pun..
Baju dalam gambar itulah baju raya
kami sekeluarga. Sama warna dengan baju YDPA pada malam raya. Hepi sangat tengok warna sama.
Juadah raya pun simple-simple je.
Lemang dan ketupat tu beli je. Sate tu buat sendiri tau. First time buat sate, naseb baek sedap. Resepi gugel je. Huhuuu.
Kuih raya pun beli. Dah separuh balang pun kita habiskan sebelum raya. Sendiri beli, sendiri habiskan. Kesian kan. Maklum la raya pkp.
Famili besar saya buat peraduan video raya berdurasi 2 minit. Meh saya kongsikan dengan korang. Bukan la best pun video ni. Video suka² je.
Selamat Hari Raya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^