Halaman

Resepi Butter Cake Mudah

Salam...

Baru-baru ni Kaklong browsing instagram, pastu ternampak la gambar marble cake.
Tak semena-mena Kaklong teringat marble cake yang makan masa kecik-kecik dulu kat rumah mak sedara..
Allah, sedapnya...

Kek tu rasa dia tak sama cam kat kedai.
Kek kat kedai, walau mahal macam mana pun tak terlawan dengan rasa kek klasik yang mak mak kita buat.

Mula-mula ingat nak minta abang beli kek kat kedai kek..
Pastu terfikir pula confirm rasa tak sama seperti yang Kaklong nak..
Nak beli kat pasaraya, lagi la tak sama...

Last-last Kaklong mengadu kat Angah, siap tunjuk lagi gambo kek tu.
"Buat sendiri je la Kaklong," jawab Angah dengan confidentnya..
Alah, Angah memang la..
Dia memang amik kulinari zaman belajar dulu, pastu buat praktikal kat hotel, pastu jadi tukang masak, pastu macam-macam makanan dia boleh masak..

Kaklong ni?
Hahahaha.. Masak maggi bole la..

Lagipun tak pernah seumur hidup buat kek secara solo.
Mesti orang lain buat, Kaklong tukang tengok atau tukang borak je duk sebelah.
Tetibe nak buat kek sendiri?
Oh noooooo..
Kalo bantat camana..?

Pastu Angah pun whatsapp resepi kek butter yang mudah.
Katanya sedappppp sangat. Anak-anak dia asyik makan je tak berhenti..

Okay la Kaklong try buat kek for the first time in my life.
Punya la mengidam nak kek makcik-makcik buat time kecik-kecik dulu..

Selepas berhempas pulas akhirnya kek itu berjaya dimasukkan ke dalam oven.

sila abaikan refelection tu ya..
Time amik gambar ni bajet nak hantar kat Angah je, tak terfikir pula nak guna untuk blog.
 Lepas hantar gambar ni, Angah tanya "itu kek dah naik ke?"
"Belom, ni baru masuk. Nape?" jawab Kaklong, curiga.
"Takde la. Macam penuh je.."

Aiyoyooooo!
Tak bole penuh ke?
Camana ni....?

Alah, jangan la tak jadi.. T___T

Takpe-takpe, kita tengok dulu...

Tak lama lepas tu, dia start naik.. WoHooo!
 Time ni Kaklong debor giler..
Debor la takot dia melimpah ke, apa ke..
Tapi nampaknya dia well behave.. ^^

Lepas sejam, Kaklong pun keluarkan dan cucuk ngan lidi..
Wuuuuu... macam jadi je ni ^___^

Sepanjang sejam tu Kaklong duduk depan oven tau.
Punya la debor taknak tinggal dia..

Selepas diangkat
 Nampak menyelerakan sungguh kerak dia tu..
Walaupun merekah di tengah, I don't care..
Yang penting rasanya; bukan rupanya..
Cewah, gitew...

Katanya, kek merekah sebab bekas kecik..

Kaklong nak tunggu sejuk dulu, tapi Angah kata lepas masak dia terus je keluarkan dari loyang..
Hah, okay la. Ikot cakap sifu.

Laaaahh, berjerawat..?
Hahaha..
Nak tergelak je tengok kek berjerawat ni..
Kalo berjerawat camni maknanya pukul butter dan gula tak sempurna.
Mungkin kene lama lagi kot..

Tak sabar punya pasal, Kaklong terus kerat kek tu..


Inilah kejadiannya..
Sempurna!

Rasanya pula..?
Sempurna!
Yay! Sama seperti yang Kaklong impikan..

Allahuakbar.
Rasa sungguh bahagiaaaaa..

Disebabkan Kaklong ada kencing manis dan abang pula tak makan banyak dan bulan puasa pula, maka nampak sangat tak bole dibiarkan je kek tu kat rumah.
Kalo dibiarkan, confirm Kaklong makan septong demi sepotong tak henti dan akibatnya gula pun naik sokmo sokmo.
Demi baby, mama berkorban. T___T

Kaklong pun potong-potong dan bungkus dan bagi kat kawan-kawna shift abang (8 orang kesemuanya).
Walaupun dapat sikit-sikit sorang, takpe la..
Yang penting ikhlas..

Apapun, Kaklong tinggal juga sikit, bole la ngap ngap ketika lapang...

Abang pula selalu je lupa nak makan (bulan puasa kan, bole makan waktu malam dan semasa sahur je. Siang tengok je la kek tu)

Keesokan hari tu lepas sahur Kaklong ingatkan abang; "Abang jangan lupa tau makan kek tu sebelum azan."
Dia cam biasa la tak jawab..

Lepas solat Subuh tu, Kaklong ingat nak makan la sepotong, tetibe nampak pinggan kosong je..
Hahahaha.. Aku tergelak kat situ.
Habis semua kek Cik Abang makan..
Abes tu, aku ni camana..?
Tak sangka pula dia makan semua.

Kaklong maksudkan makan la sepotong, dua potong, 3 potong..
Rupa-rupanya semua dibedalnya..
Hahaha...
Takpe la, salah Kaklong juga, sape suruh cakap tak jelas..

Apapun, hikmahnya Kaklong tak perlu risau pasal gula naik lagi..
Dan Kaklong pun puas hati dah dapat makan kek yang rasanya seperti Kaklong makan masa kecik-kecik dulu kat rumah saudara mara.

Okey, nak resepi tak?

Resepi Butter Cake Mudah:

Bahan-bahan:
  • 1 buku butter
  • 180g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 250g tepung gandum + sesudu kecik baking powder (ayak)
  • 1/2 cawan susu segar
Cara-cara:
  • Panaskan oven 180 darjah celcius selama 30 minit.
  • Pukul butter dan gula sampai kembang sampai warna dekat-dekat nak putih.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan tepung gandum. 
  • Masukkan susu segar dan sebatikan.
  • Tuang dalam loyang pembakar. Jangan lupa lapik baking paper
  • Bakar dalam oven dalam 45 minit-1 jam.
  • Siap!


Jom buat untuk raya ni.
Sedap tauuuuu

2 ulasan:

  1. Wah naik gebu kek butter Kak Long. Bab tunggu depan oven bila baking macam LZ juga.. Excited nak tengok hasilnya.. By the way, well done Kak Long..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you LZ. Memang excited giler time. Maklumlah first time buat kek ^^

      Padam

Komen la sikit ^^