Halaman

Check-up pregnancy 5 bulan

Salam...

Asyik cakap pasal pregnancy je.
Takpe la ya. Topik ni je yang rasa rajin nak taip.

Tadi Kaklong gi check-up pukul 10 pagi.
Macam smooth la sikit berbanding pukul 8 pagi.
Kalo pukul 8 pagi tu kan, tak sampai pukul 8 dah penuh giler orang.
Pastu kene tunggu dalam sejam baru start check-up routine.
Tu yang Kaklong boring giler nak pi tu.
Pastu pasang pulak TV3.
TV3 ni drama ni mesti pasal bergaduh je tak habis-habis.
Nak muntah duk ngadap citer cenggitu.

Sampai kat klinik kesihatan tadi, terus masuk bilik 1.
Timbang, amik tekanan darah amik sampel air kencing dan darah hantar ke makmal.
Pastu tunggu masuk bilik 7.
Dalam 15 minit juga la tunggu.

Harini check perut lain sikit.
Selain ukur perut, dia guna alat untuk dengar bunyi baby.
For the first time Kaklong dengar bunyi jantung baby..
Laju juga dia berdegup.
Suka sangat!

Lepas tu nurse pun explain pasal kencing manis, memandangkan Kaklong ada kencing manis.
Dia remind apa yang boleh makan, apa yang takleh makan.
Semua tu ada citer masa jumpa pakar pemakanan haritu, tapi nurse remind balik memandangkan Kaklong tak diberi insulin.

Pastu nurse citer lagi pasal hipoglisemia dan hiperglisemia.

Hipo tu bila kita rasa lapar, badan menggigil, dan jadi tak keruan.
Tu tandanya gula rendah dalam badan.
Solutionnya, amik gula-gula sebiji atau minum air manis sikit cam sirap ke, milo ke..
Nurse kata jangan makan nasi.
Sebab nasi tu kompleks, nanti lambat nak cerna jadi gula, takut terpengsan.
Huuuuu...
Patut la bila hipo dan Kaklong pekena teh o ais, badan jadi lega dengan cepat.

Hiper tu pulak bila kita rasa haus sentiasa.
Tak habis-habis haus walaupun dah minum air..
Pastu kerap kencing.
Lepas minum air, pi kencing. Lepas minum air, pi kencing.
Itu tandanya gula tinggi dalam badan.
Bila kene macam ni cepat-cepat gi klinik untuk check gula dalam darah dan dorang akan bagi solution berdasarkan result gula tadi.

Alamak.
Kaklong selalu je hiper rupanya..
Tapi bila check gula, macam okay je.
Semua bawah 5.5.
Kadang tu hipo; dapat 3.8.
Biasanya hipo lepas Kaklong makan nasi.
Ntah apa sebabnya tak tau la..

Lepas ni Kaklong kene betul-betul jaga la..
Sejak balik kampung haritu Kaklong start minum manis..
Sebab kan, Kaklong control makan seperti yang disarankan tapi selalu hipo.
Bila Kaklong minum manis, baru okay, tak kene hipo dah.
Takde la minum selalu dan banyak, tapi ada amik la..
BAdan rasa sedap sikit bila tak hipo.
Tapi masalahnya jadi hiper pulak..
Aiii, susahnya jadi Kaklong ni T___T

Hiper ni bahaya.
Nurse cakap ia bole menyebabkan pendarahan belakang mata, kerosakan buah pinggang, dan ganggu kesihatan baby; silap-silap gaya boleh keguguran.
Takutnyaaa...
Minta dijauhkan...

Okay, lepas dah jumpa nurse tu, tunggu giliran pula untuk jumpa doctor.
Dalam 10 minit juga la tunggu.
Kali ni dapat doktor lain.
Dia scan perut Kaklong dan Kaklong terkejut sebab tengok baby dah besar..
WooHooo!

Nampak kepala baby tu bulat.
Doctor kali ni detail juga la scan.
Bukan main serius lagi dia godek-godek perut Kaklong, nak tengok dnegan teliti keadaan bayi.
Dia tunjukkan Kaklong jantung baby, dan for the first time Kaklong nampak jantung dia berdegup.
Nampak 4 ruang dalam jantungnya.
Pastu dia tunjuk tulang belakang baby, nak nangis bila nampak tulang tu.
Dah lengkap tulang tu dari kepala hingga punggung.
Pastu dia tunjuk juga kaki baby.
Sekali sekala ternampak jari kaki baby tu. Comelnya!

Pastu kan doktor tunjuk jantina..
Katanya lelaki, tapi tak confirm.
Kalo nak confirm kene scan 3D.
Tapi dah nampak batu 2 biji.
Kaklong tak kisah lelaki ke perempuan, yang penting selamat dilahirkan kelak.

Seronok betul scan kali ni.
Sebelum ni, doctor lain yang scan dan dia tak cakap apa-apa pun.
Dia cuma ukur je.
Bila Kaklong tanya, baru dia jawab "ya" "tak" camtu je..
Kita ni bukan doctor, bukan pandai pun tengok scan tu.

Nasib baik doktor kali ni okay. ^__^

Lepas tu doktor tengok result bsp (blood sugar profile) - gula dalam darah.
Katanya dah salah amik bacaaan.
Masa puasa kene amik bacaan 3x iaitu pukul 8 pagi, 3 ptg dan 10 mlm.
Laaaa...

Oleh itu kene repeat la amik bacaan ni.
Pukul 3 ptg dna 10 malam harini.
PAstu pagi esok pukul 8 dan terus jumpa doctor.

Walaupun sebenarnya Kaklong tak puasa, tapi taknak bagitau sapa-sapa (kecuali Cik Abang dan kornag yang baca blog ni)
Takot orang cakap macam-macam, dan bagi nasihat macam-macam.
Biarlah rahsia je.

Kaklong takde masalah sangat pun selain lapar dan dahaga macam puasa sebelum-sebelum ni.
Cuma hati Kaklong risau sangat kat baby membuatkan Kaklong amik keputusan tak nak puasa.
Kalo jadi apa-apa kat dia semata-mata sebab Kaklong sayangkan puasa, yang meraung nanti aku juga bukan orang lain.
Time tu orang ramai pula cakap, "kenapa puasa juga kalo rasa tak sedap hati? Kan Allah bagi kelonggaran bla bla bla.."
Biar la, Kaklong taknak amik risiko..

5 tahun tunggu baby ni beb!

Memandangkan harini pun Kaklong tak puasa (dah minum air masak sebelum pi klinik tadi), maka Kaklong kene juga la puasa sampai pukul 3 petang untuk amik bacaan darah.

Lepas keluar bilik doctor tu, pulangkan buku dan nak balik.
Pastu Cik Abang tanya, "ubat tak amik ke?"
Ye la.. Ubat..

Kaklong pun gi tanya kaunter dan dorang suruh minta kat nurse yang tadi tu.
Bila jumpa nurse tu, dia terkejut "ubat?" sambil membeliakkan mata.
Ye la, ubat merah tu..
"Ooo.. vitamin.. Awak jumpa doctor tu kenapa tak minta?" dengan nada sinis.
Aik, aku confuse dah ni..
Nurse lain suruh jumpa kau, kau suruh minta kat doctor pula. Selama ni pun nurse yang bagi vitamin tu. Kaklong pun tanya la, habis tu patut minta kat sapa.
Pastu dia gelak dan jawab "takpeeeeeee" (A'ah, panjang "peeeeee" dia tu).

Ntah la, apa kau cakap pun aku tak faham..
Selepas dia selesai dengan patient, dia pun bagi prescription vitamin tersebut.
Kaklong malas nak minta tukar ubat lain; sebab nurse tu pun jenis sinis-sinis je..
Bila nurse lain datang tanya pun dia sinis-sinis juga jawab.
Sabar je la orang macam ni..

Apapun, yang penting sekarang Kaklong kene monitor gula dalam darah.
Pastikan tak hipo dan tak hiper..
Hipo tu ada solution, yang hiper tu yang takut tu..
Kene stop terus la minum air manis.
Tapi bila stop air manis jadi hipo pulak..
Adoiiii, susahnyaaa..

Kaklong baru je beli air soya Yeo's tau.
Teringin nak minum soya.
Nampaknya kene buang la. Abang pun tak minum soya gak..

Dan baru juga beli biskut, kene sorok la biskut tu.
Tak sorok karang aku makan pulak.
Hohohoho..

Next month pula check-up selepas raya.

2 ulasan:

  1. Moga kandungan selamat ye kaklong. Happy for you. setuju untuk jaga diri n baby. Take care .

    BalasPadam

Komen la sikit ^^