Halaman

Lot.My : Website Ecommerce Kaklong yang Pertama

Salam..

First time Kaklong ada website ecommerce adalah pada tahun 2011.
Kaklong guna perkhidmatan Lot.my


Paparan dia cantik, kemas dan bersih.
Senang navigate.
Proses listing mudah.
Harga pun berpatutatan, boleh bayar secara bulanan.

Kemudian smartphone mula diperkenalkan dan makin ramai pengguna online menggunakan smartphone.
Malangnya lot(dot)my tak upgrade kepada paparan mobile friendly menyebabkan customer Kaklong yang remaja dan muda mudi malas nak drop order melalui website

Pastu Kaklong pun cari ecommerce lain sebagai ganti.
Cari yang murah-murah je, bisnes pun kecik lagi masa tu.
Murah pun ratus juga.
Kalau yang bagus time tu dalam Rm2500 ke atas.
Namun hasilmya tak setanding dengan sistem lot(dot)my

Selain paparan yang mengelirukan seller dan buyer, setting postage dan variation pun limited.
Selepas 2x dapat hampas nyior je, kali ketiga Kaklong dapat juga website ecommerce yang okay.
Okay tu bukan bagus, boleh tahan je la.
Lalu Kaklong pun guna la website itu dengan gembiranya!

Pada suatu hari, website Kaklong hilang!
Web developer tu pun turut sama hilang!

Bila gagal hubungi dorang, Kaklong pun pm kat FB page dia, tiada balasan.
Pastu Kaklong tulis kat wall FB dia pula dengan harapan dia nampak dan hubungi Kaklong semula.
Esok tu komen Kaklong pula hilang.

Rasanya mereka kene kidnap oleh alien (termasuk komen Kaklong tu sekali)
Customer pun duk tertanya-tanya pasal website tu. Dorang nak drop order.

NAseb baek website lot(dot)my masih ada.
Cepat-cepat Kaklong re-direct dorang ke website tu.

Yang paling menyedihkan bukan sahaja customer database Kaklong hilang (dimana Kaklong berjaya retrieved balik melalui carbon copy Poslaju sebelum carbon dia hilang - proses tu lama beb 😢 ); 100 produk yang penat-penat Kaklong listing tu juga hilang.

Yang paling super saiya sedih sekali ialah domain Kaklong yang cantik tu pun hilang (selama-lamanya la nampaknya 😭)
Kalau korang search asmafeltbox(dot)com ; ia on sale dengan harga yang tinggi.
Dorang siap email Kaklong ajak beli domain tu.
Banyak cantik muka kau!

Sebab tu la ni Kaklong beli domain sendiri.
Apa-apa hal domain tu milik kita sepenuhnya, dalam akaun kita, under nama kita.
Time tu Kaklong tak tau apa-apa pun tentang benda ni..
Serah kat dorang yang pandai2 je la. Kita ready duit.
Tak sangka la haprak gak hasilnya.

Akibat peristiwa buruk ni la, Kaklong cari jalan camana nak bina website ecommerce sendiri.

2 ulasan:

  1. Banyak cabaran juga nak buat website ecommerce ni kan.. sampai ada alien lagi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Sekarang Kaklong malas nak buat sendiri dah. Haha

      Padam

Komen la sikit ^^