Halaman

Buat Website Ecommerce Sendiri dengan Opencart

Salam..

Sambungan dari kisah Website E-commerce Kaklong yang Pertama

Selepas website ecommerce hilang hari tu, Kaklong belajar buat website sendiri.
Guna sistem ecommerce percuma Opencart


Hosting rm100/yr.
Domain dah ada masa mula2 guna lot(dot)my dulu.
Beli ngan GoDaddy, 1st year dapat rm4.99 guna kupon, pastu tahun seterusnya rm35 yearly.
Rasanya bole kot dapat murah guna kupon, tapi malas cari.😃😃

Kos keseluruhan rm135 setahun.

Amik masa yang lama sangat nak complete, sebab memang zero pun pasal benda.
Baca tutorial sampai pening. Akhirnya siap.

Opencart ni paparan dia sangat basic macam rangka.
Tapi penggunaan takde limit.

Boleh setting semua currency, cukai, store credit, reward point, ejen, grouping, unlimited variation, payment variation, shipping variation.
Pendek kata kalau subscribe ecommerce yang dah siap, seolah-olah amik pakej paling mahal (ya, yang ribu2 tu)

Walaupun rupa dia macam rangka, kita boleh upgrade paparan dan features dengan guna extension yang disediakan.
Ada extension percuma.
Ada yg $10, ada $30, ada $100.
Tengok pada penggunaan.

Kaklong suka je pakai extension free.
Kebanyakan extension ni direka oleh programmer India, org putih dan Indonesian.
Yang khas utk Malaysia sikit je.

Nasib baik ada programmer dari Sabah buat extension untuk payment, shipping dan payment confirmation versi Malaysia.
Of course la Kaklong beli.

Kepada korang yang nak website ecommerce, nak jimat dan ada banyak masa menggodek, bole la try opencart.
Tapi kalo cepat pening dan masa mencemburui dirimu, beli je yang dah siap.

Macam mana nak buat website ecommerce dengan menggunakan opencart?

1. Beli hosting dan domain
    - search "hosting Malaysia". Biasanya dorang jual both hosting dan domain.

2. Pergi kat opencart.com dan download latest version

3. Selepas masukkan domain ke dalam hosting, boleh login ke Control Panel

4. Guna software FTP utk transfer semua file opencart tu ke dalam control panel hosting tersebut.
    - search "FTP transfer", ada beberapa pilihan untuk korang cuba
    - tutorial ada kat internet dan juga youtube

5. Selesai upload, website dah boleh buka. Setting currency, bahasa, shipping, payment, product dan sebagainya..
   - tengok tutorial kat website opencart > documentation

5. website opencart > marketplace untuk tukar template, tambah apa2 features yang menarik. Ada free, ada berbayar.

Apa-apa yang tak tau dan tak faham search je "how to....... opencart"
Nanti tubik la tu.

Selamat mencuba :)


Selepas dua tahun pakai website tersebut, Kaklong pun upgrade ke version baru.
Malangnya, dah tersilap setting lalu sistem dia corrupted.

Dah buat back-up, tapi buat full back-up.
Sepatutnya buat partial back-up. Kaklong tak tau kenapa kene buat partial backup, tutorial dia tulis macam tu. Kaklong pun dah tersangat panik masa tu.

Sebenarnya ada cara nak preserve tapi Kaklong tak reti.
Kebetulan sangat, itu adalah bulan terakhir sebelum hosting Kaklong expire.
Macam dah sampai masa je kan

Akhirnya Kaklong download fail products, sales dan customers dan mulakan pencarian website ecommerce baru.

8 ulasan:

  1. ok juga ada e-commerce sendiri kalau nak jual produk ..
    #afbdotmy
    mrs pip dtg melawat ....

    BalasPadam
  2. Ok..surrender bab nie..xphm lgsng..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Memang susah mula2. Kaklong siap nangis lagi time tu :'(

      Padam
  3. Teringin juga ada kedai online sendiri.. tapi taktau nak jual apa >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kita dapatkan target market/customer dulu, kemudian baru decide barang apa yang boleh dijual kepada mereka/barang apa yang mereka perlukan.. :)

      Padam

Komen la sikit ^^