Halaman

My Poor Bounce Rate T_T

Salam.

Tukar template lagi..
Semenjak wujudnya responsive template ni kan, makin tak syok je template2 yang ada ni..
Kenapa tak syok?
Sebab takleh nak edit..
Kalau nak edit juga bole, kene beli la yang full version punya..
Yang kita dapat free ni kebanyakan limited version.

Nak tukar font, tukar kaler , tukar width semua tu takleh la..
Kecuali kita terror tukar coding-coding tu..

Walaupun blogspot dah sediakan responsive template; tapi tak cantek.
Kaklong try guna haritu, macam hape jer.
Last-last guna yang third party juga.

Masa 20-an, Kaklong rajin je explore-explore coding ni
Sejak masuk 30-an ni dah tak berapa nak rajin dah..
Kalau bole semua nak orang buatkan, kita bayar je servis dorang.
Tanda-tanda penuaan maybe.. Haha..

Satu lagi mata kaklong dah tak berapa kuat nak menatap laptop lama-lama.
Lama sikit sakit kepala.
Lama sikit berair mata.
Dia nak rehat, kita bagi je la dia rehat.

Lepas Subuh tadi Kaklong cari template lain..
Malas juga nak tengok satu-satu. Grab je yang berkenan.
Walaupun takde la benar-benar puas hati, namun tukar je la.
Takpe, next time tukar lagi.
Huhuhu...

Dah lama juga Kaklong tak check Google Analytic.
LAst sekali akhir tahun lepas, dalam 60% camtu
Semalam check balik..
Terkejut aku. bounce rate sampai 83%
Terus rasa down sangat. :(.

gambar culik kat weknowyourdreams.com

Selepas melalui tempoh bertenang, Kaklong pun godek-godek blog; tengok apa yang tak kena.
Fikir punya fikir; akhirnya sedar.
Bounce rate tu tinggi apabila ramai pembaca tekan "back" atau "exit" (pangkah).
Apabila ramai pembaca yang tekan link link lain dalam blog kita, in shaa Allah bounce rate tu akan rendah.
Camtu la lebih kurang, walaupun ada penambahan beberapa faktor lain.

Oleh itu, nak kawal bounce rate kene cari jalan supaya pembaca tertarik tekan link lain, sama ada dalam entry atau selepas entry.

Dan kebiasaannya blog yang ada niche bounce ratenya rendah sebab link lain tu pun berkaitan dengan apa yang pembaca cari.
Contohnya, dia search "sport rim cantik dah murah". Lepas abes baca, dia pun ternampak link entry kita yang lain bertajuk "sport rim untuk gadis moden dan ceria"; "sport rima 2017", "sport rim paling hodoh pernah direka", "sport rim mahal hanya 3 orang sahaja dalam dunia memilikinya". Si pembaca tu pun berminat nak tau kerana berkaitan dengan pencariannya tadi.

Ini dapat dilihat dalam blog craft Kaklong.
Bounce ratenya cuma 11%.

Namun blog kaklongchan yang bersifat campur-campur je semua benda dalam ni susah la sikit nak kawal bounce rate tu.
Harap-harap lepas banyak entry tahun depan, terkawal la sikit percent dia tu.
Dapat 40% pun jadi la.

Okay..
Kaklong ni ada banyak sangat queu content nak tulis, namun masa sangat mencemburui diriku ini.
Kaklong teringin nak cakap je, lepas tu laptop ni menaip sendiri..
Haha.. Pemalas betul.
Kakak sulung sape la ni..

Wassalam

8 ulasan:

  1. InsyaAllah kadang bila tukar template cerca merba sikit..sebab PC macam tu...nanti lama2 ok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 la. Nampak template ni kemas sikit kedudukannya..

      Padam
  2. Auni macam malas dah nak tukar template walaupun rasa geram sebab template sekarang simple dan tak cantik. Pening kotttt kalau tengok coding.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar template, banyak pula kene tukar coding2 dia. Template zaman dulu senang kan. Tukar2 kaler, saiz, font macam tu je kat dashboard.

      Kaklong suka template Auni, nampak kemas dan mudah baca. <3

      Padam
  3. Ana first time tukar template sendiri awal tahun ni. Berpinar mata edit sana sani. Lepas ni nk upah org je kaklong.

    Bounce rate ana lagi teruk. Kena belajar byk perkara nak jadikan dia cantik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la. Ni pun Kaklong banyak tak edit lagi ni.
      Banyak juga kene belajar. Ada je benda baru muncul setiap tahun. Tak bole berhenti belajar. Mmm.. penatnyaa.. T__T

      Padam
  4. unni masih lagi mcari template ni..nk mesra seo.. sakit otak memilih..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaklong lagi la tak tau apa-apa pasal SEO. Walaupun dah baca blog kawan2 mengenainya, masih tak faham.

      Ada sekali tu Kaklong tukar template kat blog kraf, lepas tu dalam sebulan juga la tak update sebab malas. Sekali tu tengok ramai gila people online dan UV pun naik sekali ganda. Tiap2 hari check memang banyak. Sebelum ni tak ramai macam ni. Cuma template tu buruk sikit muka dia. Tapi SEO dia okay kot. Bila tukar je template lain, UV drop dan kembali seperti biasa. Tak ingat dah nama dia nanti Kaklong check.

      Padam

Komen la sikit ^^