Halaman

Kecukupan

Salam..

Pasti korang dah baca post dari Ustaz Hanafi ni kan..

Ustaz Hanafi

Entah kenapa rasa ustaz bercakap tentang diri Kaklong..

Kaklong dah berniaga online dari rumah selama 7 tahun..
Kini Kaklong rasa nak stop sebab dah boring..
Rasa nak buat benda lain pula.

Malangnya, sayang nak tinggalkan..
Mungkin sebab dah sebati dengan jiwa.

Oleh itu Kaklong cari jalan macam mana nak detach dari perniagaan ni.
Caranya senang je tau.

Kaklong cuma  perlu sewa ofis, pindahkan barang ke ofis dan gajikan seorang pembantu..
Itu je..

Tapi Kaklong tak buat-buat benda tu..?

Persoalannya kenapa?

Cik Abang pun dah pening dengan Kaklong..
Sekejap nak..
Sekejap tak nak..

Lepas baca kata-kata Ustaz Hanafi ni, baru Kaklong faham kenapa..

Kaklong rasa selesa dengan keadaan Kaklong sekarang..
Kaklong rasa cukup..
Hidup ni dan cukup.. Tak ada kekurangan..

Mungkin kalau sebut tentang kehendak, of course la kita mengkehendakkan macam-macam.
Nak rumah besar lagi..
Nak kereta besar lagi..
Nak anak..
Nak cantik dan sebagainya..

Tapi bila scan semula hidup ni kan..
Semuanya cukup..

Bila jumpa ofis yang sesuai, Kaklong duk fikir, susahnya kene pi ofis setiap hari sebelum staff pandai buat kerja.
Sedangkan sebelom ni Kaklong berniaga sambil golek-golek kat sofa tengok movie.
Bila rasa ngantuk tido je pada bila-bila masa..
Dah ada ofis, Kaklong kene lebih berdisiplin.
Belum kira lagi duit minyak, parking, bil air, bil api ofis tu..

Pastu counter back balik; jadi enterpreneur mesti la hadapi benda kecik ni..
Lagipun benda kecik je, semua orang keluar pagi2 pergi kerja..
Apa masalah..

Dan ia berterusan berbolak balik macam tu sampai la setahun dua..

Mungkin Kaklong perlu terima hakikat bahawa jiwa Kaklong ni tak sampai ke tahap mendambakan sesuatu yang sangat besar dan banyak..
Kerana bila Kaklong rasa cukup macma sekarang; dah takde selera nak banyak lagi..

Kadang-kadang Kaklong tengok dunia ni tawar je..
Takde apa yang Kaklong nak dah..

Ada suami yang jaga Kaklong dengan baik.
Ada tempat tinggal, ada kereta viva, ada duit belanja dari bisnes kecik..
Lepas tu... Takde apa dah nak..

Mungkin itu adalah satu sebab kenapa takde rasa enthusiasm dah nak apa-apa..

Teruk kan..

Biasanya orang tua je rasa macam ni..
Orang yang dah bersara..

Adakah Kaklong dah bersara?
Haha..

Tapi kan, menikmati kecukupan ni sedap tau..
Mungkin Kaklong perlu nikmati je hidup ni..
Instead of kejar dia..

Makin dikejar.. Makin dia lari..

Wassalam...

Nota ni ditulis kerana Kaklong sentiasa cara semangat dan motivasi untuk besarkan perniagaan ni; tapi tak dapat-dapat pun semangat tu. Mungkin kerana kecukupan ni sesuai dengan kemampuan Kaklong. Atau mungkin masanya belum tiba.. Mungkin...

1 ulasan:

  1. buat apa yang kak long rasa mampu membahagiakan kak long...

    BalasPadam

Komen la sikit ^^