Halaman

Tukar ke Responsive Template untuk Blog yang lebih Mobile Friendly

Hai.

Dua hari Kaklong amik masa untuk cari template yang sesuai untuk blog..
Akhirnya dapat juga yang kena dengan jiwa..
Yay!

Walaupun bukan 100% suka, okay la juga..

Tujuan utamanya kenapa perlu tukar blog template ni ialah:

Template asal tak mobile friendly
Kaklong guna template yang memang dah sedia ada dalam blogger ni dan tak tukar kepada mobile template sebab nak bagi orang nampak widget kat tepi tu.
Disebabkan kecik, pengunjung yang baca blog menggunakan smartphone terpaksa scroll untuk tengok widget2 tu, ia agak menyusahkankan.
Kalo malas dorang akan cepat-cepat tekan back.
Tak best la camtu...

Versi Mobile Template Tak Syok
Kaklong akui ia kemas dan mudah dibaca.
Tapi macam Kaklong cakap tadi, pengunjung tak dapat nampak widget kat tepi.
Penat je buat widget macam-macam tapi tak dapat tengok.
Nak tengok post lama-lama pun macam susah sikit kan.

Oleh itu Kaklong dah adjust interface dia bagi font tu mudah baca walaupun view kat phone.

Tapi...

Kalau Tak Tukar kepada Mobile Friendly (cuma web version sahaja) nanti Susah nak Muncul kat Search Engine (yang search guna phone)
Pulak dah....
Penat-penat update blog pastu orang tak jumpa pula..
Bukan tak muncul, cuma susah sikit nak muncul..
Kalo yang otai tu in shaa Allah muncul je..
Baby macam kita ni la yang susah sikit..

Abes tu camana ek..

Godek punya godek akhirnya Kaklong jumpa satu species template jenis baru yang diberi nama "Responsive Template".

Sebenarnya dah ramai blogger pakai template ni cuma Kaklong je baru tau nama dia..
Hahaha.. Ketinggalan betul.. :P

Responsive Template untuk Blog ni memang best sebab dia akan berubah bentuk.
Bila kita view guna laptop, muka dia lain..
Bila kita buka kat smartphone pula, cepat2 dia jadi muka lain..
Memang fleksibel tahap gaban..

 Ni screenshot dari phone..
Kaklong cantumkan dia bagi senang tengok..


Semua widget ada..
Cuma perlu scroll je sampai bawah.

Tapi pelik tak?
Kenapa ambil masa yang sangat lama untuk install Responsive Template kat Blogger ni?
2 hari tu..

Hahaha..

Ada beberapa reason..

Perlu setting semula html
Selepas install, ada banyak juga coding yang perlu tukar dan setting semula bagi sesuai dengan blog kita. Disebabkan Kaklong tak familiar, ia makan masa juga nak siapkan.

Tutorial Tak lengkap
Ada beberapa template tu diberi tutorial yang tak lengkap..
Dah penat-penat install, tetibe tergantung macam tu..

Terutama sekali part nak setting menu bar
Tutorial suruh klik "benda ni", tapi "benda ni tak wujud pun
Bila kita tanya, dia suruh rujuk pada tutorial yang diberi.
Dah rujuk tapi takde pun.. Erm, malas la buang masa..
Cari template lain..

Tak mahu "read more"
Kaklong suka full view. Bila orang nak baca lain dorang bole terus klik "older post"
Senang sikit macam tu..
Bagi Kaklong la..
Kebanyakan blogger suka "read more" sebab pengunjung bole pilih nak baca yang mana-mana..

Sebagai blogwalker, Kaklong sendiri pun tak suka bila tengah2 syok baca tetibe kene tekan baca lagi. Potong stim la..
Kene baca balik dari mula atau tercari2 balik kat mana berhenti tadi..

Ini membuatkan Kaklong terpaksa cari template yang takde function ni.
Tapi tak jumpa.. T____T

Disebabkan tak jumpa Kaklong cari setting camana nak buat read more tu.
Namun setting tu semua takde yang berkenaan..
Mungkin kerana coding dia lain..
Semua tak menjadi..

Kedudukan image besar gedabak takleh adjust
Oleh itu Kaklong pun cari yang jenis "grid".
Grid tu macam ada gambar petak2 berserta tajuk blog post sahaja..
Kalo gambar sahaja, takde la potong stim sangat kan bila kene tekan "read more"
Cuma masalahnya kalo gambar tak cantek dan tajuk tak bermaya, orang malas nak baca lagi..

Ni contoh template jenis grid
gooyaabitemplates.com
Dah jumpa beberapa jenis dan test kat blog..
Malangnya gambar tu jadi stretchy..
Ada yang kembang la, ada yang kurus la.. Ada yang satu gambar makan semua page. Hahaha.. Buruk betul..
Nak tukar setting, takde pula dalam tutorial.
Search pun tak jumpa.
Terpaksa cari lain..

Tak bole tukar warna/font/dan sesetengah perkataan yang dah fixed
Kebanyakan templat ni tak boleh tukar font, tak boleh tukar warna apa-apa..
Kene terima je la seadanya..
Kaklong kalo bole nak colour sikit at least kat link ke, kat widget bar ke, kat garisan ke, untuk enhance sikit blog kita ni..

Ada tu lagi best tak boleh buang gambar background dan gambar header.
Tulisan pada header pun tak leh buang..
Camana...
Gambar makanan, header pula tulis "Makanan sedap" (bahasa lain); cam takde kene mengena je dengan blog Kaklong..

Tak menjadi kat mobile version
Yang ni lagi best..
Semuanya dah ok, dah cantek dah Kaklong setting..
Tetibe buka kat phone; eh, dia jadi pun mobile version..
Masih lagi web version..
Kene zoom untuk baca..

Dah cari tutorial dan coding semula tapi sama juga..
Hadoiiii, penatnya.. T__T
SAbar je laaa...

Akhirnya....
Akhirnya Kaklong pilih templat ni..
Walaupun ada read more, tapi ni yang paling ok berbanding yang lain..
Pastu gambar pun besar gedabak bukan main (kalo view kat laptop)..
Itu disebabkan dah crop ke ratio 1:1 (untuk instagram)
Pasni kene buat landscape je la semua bagi gambar kecik sikit..

Nak dapatkan Responsive Template untuk Blog koraang?
Cari kat sini:

themexpose.com
gooyaabitemplates.com
oddthemes.com
mybloggerthemes.com

Ada lagi tempat lain, tapi kat sini pun dah banyak.

Bye

12 ulasan:

  1. nsblah yui xpndai edit blog sndiri.. untung kak long.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, kan Yui pandai..
      Blog Yui bukan main comel lagi tu... Suka tengok..

      Padam
  2. wahh. cantik template ni.. simple dah sejuk mata memandang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Lebih kemas berbanding semalam punya.. :>

      Padam
  3. lawa template..huhu aritu tkr template seminggu pun tak setel. Ni pun bloglists masih huru hara :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun amik masa lama gak nak settle..
      Kebanyakan templat ejenis ni berbayar. Yg free macam ni banyakbetul glitch..

      Padam
  4. Siqah suka responsive template. Guna template begitu juga for my blog :)
    Suka template kak long jugak. Clean and minimal. Memudahkan mata readers :)

    Salam perkenalan kak long :) Siqah singgah sini dan follow. Jemputlah datang blog siqah jugak. Hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Siqah sudi singgah blog Kaklong..
      Okay ek template Kaklong ni.. Sekali tengok macam majalah pula.. Haha..

      Salam perkenalan.. JAp lagi Kaklong ziarah blog Siqah.. ^_^

      Padam
  5. Rumit juga ni, huhu, tak bersedia nk tukar lagi. Readmore tu org selalu letak sbb naikkan page view kan, tapi tulah, tak best nak blogwalking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, gitu ke.. Patut la..
      Tapi mmg tak best blogwalking, terutama kalo blog dia berat atau kuota kita dah tahap siput sedut.. T__T

      Padam
  6. Saya pun dalam proses nak edit blog mesra mobile, kalau pakai yang sedia ada tak syokkan...

    BalasPadam

Komen la sikit ^^