Halaman

Citer Seram zaman Belajar

Hai...

Kisah seram ni tak seseram dalam filem..
Sebab filem ada sound effect, visual pun mantop.


Kisah seram yang Kaklong nak paparkan ini benar-benar berlaku masa kat U dulu..
Cuma yang bestnya, Kaklong tidak berada di tempat kejadian kerana buat study group kat library.
Sayang betul.

Kesah ni berlaku pada waktu siang.
Dalam rumah sewa kami tu ada 3 orang, nama dia Siti, Izah dan Nana (bukan nama sebenar)

Siti tengah baca buku kat ruang tamu, duduk kat meja studi mengadap komputer yang off. (masa tu laptop belom popular).

Izah study sambil baring kat ruang tamu depan pintu master bedroom.

Nana pula tidur kat master bedroom. Pintu tak bertutup.

Tengah2 study tu, Siti (yang duk kat meja) ternampak reflection dari komputer yang off tu..
Dia nampak Nana (yg tido tadi) keluar bilik dan berjalan ke dapur..
Siti sambung je study macma biasa, malas tegur..

Tak lama kemudian, Siti nampak lagi refection Nana berjalan dari dapur menuju ke luar rumah (pintu tak tertutup).
Tanpa menoleh, Siti menegur, "Nak pi mana Nana?"

"Tak pi mana..," jawab Izah.

Siti nak tergelak, dia toleh memandang Izah seraya berkata, "Tak, aku tanya Nana tadi, dia pi mana tu.. Laju je..."

"Nana?" Izah buat muka pelik, "Nana tidur tu."

"Aik, bukan dia dah bangun ke.. Aku nampak bayang dia tadi kat komputer ni." Siti explain.

"Nana tidur," Izah menuding pen ke arah bmaster bedroom.

Tak puas hati, Siti masuk ke bilik, nak tunjuk kat Izah yang Nana dah bangun.

Kat dalam bilik tu, tanpa disangka kelihatan Nana tengah baring, matanya berkelip2 mamai, baru bangun tidur.
Siti macam tak percaya dengan apa yang dia nampak.

"Kau baru bangun ke ni?"

Nana terpinga-pinga tak faham.

Siti pun ceritakan apa yang dia nampak tadi. Izah pun masuk gak bilik lepas dengar suara Siti yang kecoh-kecoh.

Selesai bercerita, Nana pula membuka cerita.

"Tadi masa tidur, aku mimpi yang perut aku lapar sangat.
Kemudian aku bangun pergi dapur makan roti.
Lepas makan aku pegi ke beranda.
Aku nampak jiran tengah duduk kat kerusi sambil baca buku. Dia pakai short dan baju putih"

Cepat-cepat mereka bertiga keluar ke beranda nak tengok sama ke tak dengan apa yang Nana mimpi.
Tengok-tengok, memang betul sama dengan apa yang Nana describe.
Jiran pun terkejut tengok tiga dara pingitan jenguk dia tiba-tiba macam tu..

Mereka bertiga terdiam.
Tak tau nak cakap apa..
Tak tau nak explain apa di sebalik cerita yang paranormal itu.

Malam tu Kaklong balik rumah, kecoh dorang citer kat Kaklong..
Rasa cam rugi pulak tak berada di tempat kejadian..

Sejak haritu kan, Kaklong takot pula nak mengadap laptop yg tertutup atau tv yang tertutup.
Takot ternampak reflection yang tak sepatutnya.

Bye

2 ulasan:

  1. Uishh... hebatnya kuasa manifestasi mimpi Nana ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la.. Sampai sekarang tertanya-tanya, adakah mas tidur roh kita keluar berjalan2?

      Padam

Komen la sikit ^^