Halaman

2024 Terkesan



Masa PKP dulu kan, kaklong sekeluarga okay je.
Sebab okay punya pasal Kaklong selalu order grab dan beli makanan tepi jalan sebab nak saling memanjangkan rezeki kepada orang yang terkesan sampai kene buka gerai tepi jalan.

Tapi masuk 2024 ni dah mula ada tanda-tanda terkesan.
Sampai Kaklong kira kalau kami sekeluarga makan luar (sama ada dine-in atau tapau) sepanjang hari, habis sampai RM100.

Kalau Kaklong masak 2 kali sehari, iaitu tengahari dan malam (pagi tapau nasi lemak atau roti canai biasanya); habis dalam RM35.

Kalau Kaklong masak 3 kali sehari pula (sarapan, tengahari dan malam) habis dalam RM20.

Sampai gitu sekali aku kira.
Hohoho.

Korang pun kira macam ni ke?

Kaklong bukan la nak kupik ke apa.
Cuma tahun ni dah start bayar pembiayaan rumah; ditambah lagi rumah sewa ni pun kami belom keluar, jadi banyak tu kene bayar.

Pastu harga makanan dan bahan makanan pun naik. Masalahnya semuaa naik.
Makanan kat kedai makan pun naik.
Pastu BLR baru je naik haritu,bajet dah lari dah kat situ.

Pastu cukai naik pulak.
Bila cukai naik, barang dan makanan pun naik.
Walaupun ada orang kata makanan mana naik, sebab dah dikecualikan cukai.
Memang makanan dikecualikan cukai; tapi logistik dan macam-macam perkhidmatan yang dorang guna untuk makanan tu datang dari pengeluar sampai ke pengguna, banyak tu cukai atas cukai.
Sebab tu kene naik juga.

Ayah Kaklong ada kedai makan.
Adik Kaklong dua orang mengusahakan kedai makan.
Adik Kaklong sorang lagi pengusaha kuih.
JAdi Kaklong paham sangat yang peniaga memang kene naikkan harga sebab kos naik.

Macam tahun lepas kan, adik Kaklong jual air buah bulan puasa.
Laku air buah dia.
Tapi lepas kira-kira tengok-tengok balik modal je awak.
Untung takde. Kesian dia.

Tahun ni dia tak jual dah air buah bulan puasa.
Sebab kos naik dan dia takot silap letak harga, takde untung jugak.

Camtu la.

Sebab tu kalau harga makanan mahal Kaklong tak salahkan pekedai.
Memang kos tinggi.
Silap letak harga nanti takde untung.
Takde untung nak hidup pun payah.

Memandangkan dah mula terkesan kene ubah sikit la cara belanja.
Kene masak.
Kene beli barang kat kedai runcit berdekatan (untuk mengelakkan terbelanja benda yang tak perlu).
Kene stop makan dan minum yang fancy-fancy macam kopi mahal, kek mahal.
Pastu kene melancong di dalam negeri dan negeri jiran sahaja.
Pastu apa lagi.

Takde apa dah kot.
Kaklong ni memang dah minimalist; memang dah minimum pun dari segi material.
Cuma makan je susah nak minimum.
Betul tak geng?

Tukar Template Blog yang Zaman Dulu Dulu



Beberapa hari lepas masa kaklong tiba-tibe semangat nak berblog balik kan, kaklong pun cari la template yang lawa-lawa.

Dan akhirnya kaklong pilih template Genki.

Memang lawa template ni.
Clean je dan cukup cute.

Tapi satu je kaklong ralat.

Dia punya archive tu.

Archive dia tak bole buat hirarki.
Dia automatik macam tu je. Tahun sebelah kiri dan jumlah entry sebelah kanan. (tak screen shot pula bagi korang
tengok)

Kaklong tak minat betul archive macam tu.
Kaklong menulis blog ni, selain nak ajak orang baca, kaklong sendiri pun nak baca balik entry lama-lama. Jadi lagi senang kalau dapat view je tajuk-tajuk tu sebagaimana option hirarki yang viasa ada tu.

Tapi takde pulak dia.

Tapi kebanyakan template memang macam tu.
Dia disable hirarki tu, mungkin sebab nak kita amik yang premium ke apa kaklong pun tak sure la.
Maybe jugak kan.

Apapun kaklong pasrah je la.
Lalu kaklong teruskan je update blog tu.

Lepas dah siap edit, copy paste blogpost dan facebook apa semua (rujuk sini untuk pemahaman lanjut), kaklong pun start blogwalking.

Dan masa blogwalking tu kan, kaklong dapati kebanyakan blog yang masih aktif, kebanyakan dorang guna template blogspot yang zaman dulu dulu tu. Template Simple, Awesome Inc, Picture Window dan seangkatan dengannya tu. Template yang bukan mobile responsive la senang citer ni.

Kaklong kagum juga la tengok dorang tak peduli sangat pun nak up-to-date dengan teknologi dan trend; sebab mereka lebih fokus pada content.

Dan memang betul.
Sejak kaklong pakai template yang mobile reponsive ni kaklong sendiri pun rasa malas nak update, sebab kita tak rasa syok dengan blog sendiri. 
Kita tak bole pilih-pilih sangat kaler, font dan letak sana-sini.
Semuanya dah tetap dan kita takde la suka mana pun tapi itu je yang ter-okay.

Bila tengok otai-otai tak cara sangat ke template, kaklong pun terus pertimbangkan untuk pakai template oldschool ni.

Harini pada masa blog ni ditulis kaklong pakai template awesome inc yang kaklong dah tukar-tukar kaler dan font. Akan datang tak tahu la macma mana.

Kaklong harap blogger bole amik berat sikit la pasal blogspot ni.

Sebabkan, dah la update dia langsung tak lawa dan tak function dengan optimum; pastu blog yang guna blogspot pun jarang keluar kat search engine tiap kali kaklong search.

Walaupun hasilnya tak terperinci, tapi okay la dari takde kan.


Susahnya nak Quit Social Media

Photo by Thought Catalog: https://www.pexels.com/photo/silver-iphone-2228555/

Kann
Susah kan..

Kaklong dah lama dah quiting social media.
Kalau tak silap sejak 2021.

Kaklong dah berjaya dah stop semua social media; kecuali Facebook. Kaklong ada citer pasal ni kat Quiting Facebook.

Dan bila kaklong berjaya stop facebook, kaklong pergi main Tiktok pulak.
Padahal kaklong dah berhenti pun main Tiktok. Ada kaklong citer pasal ni kat Kenapa Kaklong Berhenti Main Tiktok?

Bila kaklong tersedar dan stop Tiktok, Kaklong pergi main Facebook balik.

Nampaknya Kaklong perlu ada satu social media yang Kaklong gunakan untuk buang masa.
Tapi Kaklong taknak!

Kaklong taknak gunakan masa kaklong dengan scroll social media.
Sebab aktiviti tu tak berguna.
Mungkin Kaklong dapat juga info-info penting, tapi info-info yang tak penting lagi banyak dapat.

Bila diteliti balik apa punca masalah kaklong, kaklong rasa la kan; kaklong ni takde kawan.
Sebab tu kaklong guna phone untuk bergembira.
Mungkin kaklong sunyi dan takde orang untuk bersosial jadi kaklong cari kawan kat social media.

Mungkin itu la yang perlu kaklong buat; cari kawan.

Yang kedua ialah, kaklong kene cari aktiviti lain untuk dibuat setiap kali kaklong bosan.
Setakat ni alhamdulillah kaklong berjaya dah buat beberapa aktiviti tatkala bosan iaitu:
  • mengemas atau membersihkan rumah
  • berjalan atas threadmill
Ni la dua aktiviti yang kaklong berjaya konsisten.
Sebab dua aktiviti ni tak perlukan tumpuan.
Kaklong bole je stop kejap-kejap atau buat sambil-sambil layan anak bergaduh.

Ada beberapa aktiviti lain yang kaklong nak buat bila bosan antaranya:
  • membaca
  • menulis
  • berkraf
  • melukis
  • memasak / baking
  • menjahit
Tapi aktiviti-aktiviti ni memerlukan tumpuan, dan bilamasa bersama anak 6 tahun dan 3 tahun memang tak berapa nak tumpu la aku. Asyik bergaduh, asyik menyakat je dua beradik tu. Kaklong kene buat keje sambil-sambil tengok. Bila membaca ke, menulis ke, memang takde maknanya nak sambil-sambil tengok.

Apapun, kaklong patut cari juga aktiviti untuk dibuat bersama anak-anak kan. 
Mungkin origami, plasticine tu kaklong bole buat dengan anak-anak.

Kaklong pun ada plan juga nak ajak anak workout sama-sama sambil tengok video workout.
Atau ajak anak jalan petang-petang kat taman.
Tak lama lagi nak pindah dah, taman baru tu pulak kecik je pun.
Maybe kene cari taman lain yang ada jogging track dekat-dekat sini.

Yang ketiga pula, kaklong fikir mungkin kaklong patut alih perhatian dari scroll facebook kepada blogging dan blogwalking.

Inilah yang kaklong buat sejak 2009. Berblog dan berblogwalking.
Memang seronok time tu sebab aktif je blogging ni.
Sekarang kawan-kawan blog kaklong dah tak update, kaklong pun tak jumpa blog baru nak dikunjungi.

Namun begitu kaklong terjumpa juga la banyak blog yang masih lagi aktif menulis dan berkunjung ke blog kaklong.
Kaklong ni nak balas kunjungan tapi tak buat-buat sebab bila free je buka facebook, free je buka facebook.

Lepas ni kaklong bole intentionally buka blog setiap kali free.
Tapi tak tau lagi nak start bila.
Mungkin dalam beberapa hari ni baru start masuk ke dunia blogwalking utk replace dunia scrolling.

Apa bezanya blogwalking dan scrolling?
Sama je kan.

Mana ada sama....

Blogwalking kita memang sengaja pergi ke rumah orang.
Kita pilih nak pergi ke rumah sape dan luang masa dengar dia cakap dan beri respond pada dia.

Scrolling pula, semua orang yang kita tak kenal lalu depan muka kita pastu cerita pasal itu ini yang kita tak tanya pun. Malangnya kawan-kawan yang kita kenal tak lalu pulak sebab algoritma sengaja taknak bagi kita nampak kawan-kawan kita. Dia nak bagi strangers je semua kat kita dan bagi macam-macam cerita sampai kita dah naik semak.

Camtu la lebih kurang.

Jadi sebagai seorang wanita yang memerlukan ketenangan dan kewarasan, kaklong nak kembali blogwalking dari cari cirle yang sesuai ngan kaklong.

Gitu la lebih kurang ceritanya.

Kalau korang blogger yang masih aktif menulis, sudi-sudi la drop komen.
Nanti kaklong berkunjung ke blog korang k.

Sedih sikit


Anak sulung kaklong nak masuk tadika dah minggu depan.

Kaklong pun cari la maklumat pasal sekolah rendah. 
Lama sangat dah tinggalkan sekolah.
Pada usia 41 tahun (tahun depan) baru anak masuk darjah satu. 
Alahai sedihnya jadi mak tua 😭

Kaklong baru je tahu yang kelas KAFA tu 5 hari seminggu.
Selama ni ingatkan 2x seminggu.

Kalau gitu setiap hari la anak-anak kaklong takde kat rumah dari pagi sampai petang.
Dah nak malam baru jumpa?
Alahai sedihnya.

Perkara ni normal je bagi ibu bapa yang bekerja.
Tapi bagi kaklong seorang surirumah, ini tidak normal. Hahaha

Habis tu kaklong nak buat apa kat rumah sorang-sorang? Hahaha

Okay, let's look at the bright side...
Takde orang kat rumah sepanjang siang membolehkan kaklong start balik bisnes kecik kaklong yang dah pause lama tu.
Kaklong kan selama ni tak dapat fokus sebab anak nak itu ini setiap kali kaklong nak buat keje.
Haaa lepas anak masuk sekolah ni bole la fokus.

Pastu kaklong bole start balik youtibe channel kaklong dan beberapa perancangan yang digendalakan.
Sebenarnya ada banyak positif la kan.

Tapi tu la...
Tak dapat tengok anak.

Lepas ni kaklong akan lebih sunyi.
Sebab bukan saje takde kawan, tapi juga takde anak.
Sedihnya kaklong.
Korang tak sedih ke...?

Apapun, ada setahun lagi sebelum Farid masuk sekolah rendah.
Dan ada 4 tahun lagi sebelum anak kedua (bongsu la tu) masuk sekolah rendah.

Semuanya akan okay, in shaa Allah 😢



Selamat Kembali Kaklong


Kaklong memang dah pindah pun ke blog Isme Ulam Raja. 

Tapi Kaklong tetibe rasa nak duduk kat blog Kaklong Chan ni balik.
Ntah apa-apa kan...

Ada 36 post kat Isme Ulam Raja yang akan kaklong copy n paste sini.
Amik masa jugak la sebab kaklong ni dah tak rajin online.

Ada perkembangan pasal rumah baru tau.
Nanti kaklong citer.
Kaklong nak copy paste blog Isme Ulam Raja kejap. 


Update 29.2.2024

Ada 11 post lagi belom dikopi pasta. Kaklong copy paste guna laptop sebab senang sikit.
Guna phone pun senang juga kan cuma banyak kali silap tap, jari gemuk agaknya. Hew hew...

Selain dari blog isme ulam raja, maybe kaklong patut copy paste juga post kaklong kat facebook tu.

Kaklong memang banyak post kat facebook terutama pasal rumah baru.

Tapi korang tau je la, facebook tu tak mudah nak cari post lama². Kat blog ni senang sikit (walaupun takde hierarki archive). 

So better kaklong simpan kat blog je, bole juga baca time tua nanti.


Update 1.3.2024

Siap copy paste semua post dari blog isme ulam raja.
Nak copy paste post dari facebook pula.

Bukan semua post la.
Sesetengah post yang rasa bernilai (buat kaklong).

Tapi nak mencari kat facebook tu tricky sikit kan.
Kita cuba la sedaya mampu.