Halaman

Kemas Rumah Day 4 & 5

Ni kaklong copy paste je post yang kaklong tulis kat Facebook

Semalam kami susun atur bilik kedua dan ketiga.


Inilah hasil sususan bilik kedua. Yippi!
Memandangkan bilik kedua ni ada ekon, jadi kami jadikan bilik kedua ni living room di kala musim panas (haha musim panas la sangat kaklong oi).
Tapi memang kan. Bila musim panas tu bahang betul dalam rumah ni. Duk tengok tv kat ruang tamu pun tak selesa, nak ekon.
Kaklong biasa mengait kat bilik kedua ni bilamana cuaca panas sangat. Pastu anak² pun ikot main dalam bilik ni juga. Sempit² pun dorang main semacam.
Jadi kami clearkan bilik kedua ni. Taruk tv kecik, sofa 2 seater, pastu rak yang tak tau nak letak mana. Bagi ruang untuk anak main.
Meja keje tu ingat nak letak luar tapi letak sini pun nampak okay je kan.

Cuma sekarang ni bilik ketiga tu la yang tengah hiruk-pikuk. Ada lagi beberapa barang kat luar bilik yang tak bole nak sumbat dah dalam tu.
Apapun ada beberapa barang besar yang berjaya dilepaskan. Tapi masih tak tau nak susun macam mana.
Beberapa barang kraf kaklong pun telah berjaya dibuang dengan sungguh berat hati. Kaklong nanges² dalam hati semasa memasukkan barang tu dalam plastik sampah. Pastu kaklong gagal teruskan lalu duduk kat bilik kedua yang ada ekon ni untuk tenangkan hati.
Cik Abang pula tetibe buka Astro dan pasang citer The Flash. Hmm aku apa lagi. Terus join tengok dengan sungguh excited. Pastu masuk tido.
Patutnya hari ni sambung kemas bilik ketiga tu, tapi kaklong tak dapat buat. Kaklong mengelat ajak cik abang jalan². Petang baru balik.
Pastu malam buat² busy sambut birthday Farid yang ke-5.
Ni anak dah tido patutnya kaklong sambung kemas bilik ketiga tu. Tapi takkkk.
Kaklong buat² busy pegi goreng ikan bilis dan rebus telur untuk sarapan nasi lemak esok. Sambal dah siap frozen, esok panaskan je.
Pastu kaklong buat² busy lagi konon kene update facebook ni macam la ada orang ternanti-nantikan update dari kaklong. Hahaha.
Lepas kaklong post status ni tak tahu la apa yang kaklong buat.
Adakah kaklong tido?
Atau adakah kaklong kuatkan semangat mengemas bilik ketiga?
Kita nantikan sambungannya esok hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^