Halaman

Azam Memasak Setiap Hari

Saya tak suka memasak.
Kebanyakan masa memang beli je. Cuma kadang-kadang je masak bila ada mood.

Selepas 10 tahun berkahwin, anak pun dah 2; saya rasa dah sampai masa untuk saya memasak sepenuh masa.

Tabiat memasak ni saya dah start awal tahun haritu.
Saya berazam nak masak tiga kali sehari, tapi mulakan dengan sekali sehari je dulu.
Sekali sehari tu saya start dengan makan malam.

Anak saya bukan bedal je apa-apa; Abang memang memilih. Adik pilih gitu-gitu je.
Tapi takde la sampai picky eater, tapi bikin sakit kepala juga la.
Dah beli tak makan, dah masak tak makan.

Saya tengok Abang suka nasi goreng merah untuk makan malam.
Jadi hampir setiap malam saya masak nasi goreng merah.
Nasi goreng tu saya pecah telur sampai dua tiga biji sebab nak masukkan protein dalam badan dorang. Alhamdulillah licin dorang makan.
Kalau hari saya buat nasi goreng kampung ke, nasi goreng cina ke, memang taknak makan. 

Selepas raya haritu saya upgrade sikit. Saya mula masak tengahari.
Alhamdulillah saya dah berjaya masak tengahari setiap hari, kecuali hari kami keluar jalan-jalan.

Tengahari tadi saya masak ayam kurma dan kacang buncis goreng.




Ayam kurma tu resepi ikot belakang paket.
Kacang buncis tu campak-campak ikot suka asalkan ada rasa.

Bila dah hari-hari masak ni baru rasa ok je masak ni, takde la sesusah yang saya hadapi masa zaman tak memasak dulu.

Punca saya tak suka masak bukan proses memasak tu.
Masak tu best je.

Yang tak bestnya mencuci lepas memasak.
Pinggan periuk dapur semua kene cuci, kene kemas lepas masak.
Saya malas betul part tu.

Sebelum tu kene siang ikan la, potong ayam la, kupas bawang la, potong sayur la.
Leceh betul buat satu-satu benda tu.

Pastu ada lagi...
Kene fikir nak masak apa harini.
Aiii, susah betul soalan ni.
Memang hari-hari masak yang sama je, tapi lama-lama tu jemu dan takde idea baru.

Lepas dah tahu nak masak apa, kene pergi beli barang-barang yang nak masak.
Hahaha. Banyak betul kerja la, nak masak je pun.
Untuk elakkan perkara ni berlaku, kene rancang in advance nak masak apa esok, atau dua hari lagi, atau minggu depan nak masak apa semua, jadi senang beli barang sekali harung.
Tapi bila dah beli, sampai masa untuk masak, rasa malas pulak nak masak benda.

Tu la macam ntah hapa-hapa je masalah ni.

Walaubagaimanapun semua masalah tu dah selesai.
Alah biasa tegal biasa.
Dengan menghadapi masalah tersebut bertahun-tahun lamanya akhirnya saya jumpa cara nak urus tugas memasak dengan cekap cara Isme Ulam Raja.

Caranya saya senaraikan lauk ayam dan lauk ikan yang saya reti masak.

Kemudian saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak lauk-lauk tersebut.

Kemudian semasa membeli bahan mentah, saya senaraikan lauk-lauk yang bole dimasak dengan menggunakan bahan mentah tersebut. Contohnya santan bole masak kurma, kari dan masak lemak.

Pastu saya pun beli la sekali bahan-bahan yang perlu untuk masak  lauk di atas. Sebab untuk  hari berikutnya saya akan masak 3 lauk tersebut [ 1 hari 1 lauk].

Itulah cara saya.

Cara ni simple je pun, tak payah cakap pun takpe.
Tapi kan saya ada blog, mesti lah cakap kat blog benda-benda simple pun.
Kalau benda-benda besar je bole cakap, better saya cakap kat akhbar.

Apapun saya tak enjoy pun memasak ni.
Saya rasa memasak ni satu tugas, bukan benda yang saya enjoy. 
Yang penting saya tak rasa memasak ni tugas yang berat dah, sebab otak saya dah terlatih untuk fikir in advance apa nak masak, pukul berapa nak masak.

Setakat ni saya baru berjaya masak 2x sehari; tengahari dan malam.
Pagi saya tak ready lagi nak masak.
Maybe tahun depan kot.

Pagi saya makan oats. 
Anak-anak pula makan nasi lemak beli kat gerai.
Kalau cuti, kitorang pergi makan roti canai.

Saya nak try bersarapan dengan telur.
Katanya untuk turunkan berat badan better makan protein pagi-pagi.
Setakat ni belom berjaya lagi sebab saya tak minat telur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^