Halaman

10,000 Langkah Harini

Dah dua hari tak berjalan, harini nak berjalan banyak sikit.
Hasilnya saya berjaya berjalan 10,000 langkah.
Yay.

Biasa-biasa dapat 5000 langkah je kalau berjalan petang-petang; dan 4000 langkah je kalau tak berjalan petang-petang.
Seeloknya kita patut berjalan 6000 langkah sehari kan...


Kat jam ni, default target dia 8000 langkah.

Ni la kali pertama saya capai 8000 langkah.
Itupun sebab tengahari tadi pi pasaraya beli barang dapur, pastu masuk diy beli mop.
Dan masuk tu pusing-pusing jap cuci mata.

Petang tadi mendung pula, saya berjalan kat rumah je la.
Harini target saya lain, nak berjalan selama sejam.
Biasanya target berjalan 2km, harini nak target sejam.

Berjalan sambil tengok Netflix dan layan anak borak-borak.
Laju juga berjalan harini. Sejam dah capai 3.5km.
Happy giler, biasa dapat 2-2.5km gitu.


Cerita Netflix tu membantu saya untuk tak rasa boring berjalan dalam rumah.

Saya dapati hari ni saya berjalan tak semengah dan tak sepenat bulan lepas masa saya mula-mula start berjalan.
Masa awal-awal berjalan haritu saya gila penat sampaikan dah sejam dah stop berjalan, tapi penatnya masih terasa. 
Tak rasa nak give up pun time tu sebab penat dia tu sedap je.

Namun begitu, berat badan saya masih lagi tak berubah.
Masih lagi 80kg.

Ya, saya tahu nak turunkan berat badan kene jaga diet.
Workout pula untuk bina otot, kekuatan serta kecergasan. Tak menyumbang sangat dalam proses kurangkan berat badan.

Kali ni saya tak kisah sangat dah pasal berat badan.
Saya nak workout kardio untuk kecergasan dan sistem dalaman badan.
Sebab badan saya sakit-sakit sejak tahun lepas, dan makin lama makin banyak sakitnya.
Saya ingat sakit-sakit macam ni akan berlaku pada usia 45 tahun ke atas, tapi saya baru 39 tahun dah sakit-sakit dan nak selalu sapu minyak angin. Hahaha. dah kenapa muda sangat dah macam tu? Badan nak pakai lama ni.

Mulai esok saya target nak capai 8000 langkah dan bakar 600 kalori setiap hari.
Kalau ikotkan target default jam ni cuma 300 kalori.
Saya dah ubah target jadi 600 kalori.

Bila dah effortless berjalan setiap hari, saya akan work on my mobility pula.
Sebab pergerakan saya ni dah kurang kemas, dah tak fleksibel. Sendi-sendi macam ketat.

Lepas dua perkara tu dah effortless, saya akan work on strength pula.

Saya tahu kita bole buat ketiga-tiga workout ni sekaligus, tapi saya juga tahu yang saya ni memang tak suka aktiviti yang melibatkan pergerakan [kecuali karate dan joget hindustan]. Jangankan bersukan, berjalan-jalan pun saya tak suka. Kalau bole saya nak jalan-jalan sambil duduk dalam kereta je. Itu la saya, malas bergerak.

Jadi untuk menjayakan program The Best Version of Myself ni, saya kena buat secara berperingkat dan perlahan-lahan supaya body saya dapat terima perubahan gaya hidup yang sihat ini tanpa dia sedari.

Azam Memasak Setiap Hari

Saya tak suka memasak.
Kebanyakan masa memang beli je. Cuma kadang-kadang je masak bila ada mood.

Selepas 10 tahun berkahwin, anak pun dah 2; saya rasa dah sampai masa untuk saya memasak sepenuh masa.

Tabiat memasak ni saya dah start awal tahun haritu.
Saya berazam nak masak tiga kali sehari, tapi mulakan dengan sekali sehari je dulu.
Sekali sehari tu saya start dengan makan malam.

Anak saya bukan bedal je apa-apa; Abang memang memilih. Adik pilih gitu-gitu je.
Tapi takde la sampai picky eater, tapi bikin sakit kepala juga la.
Dah beli tak makan, dah masak tak makan.

Saya tengok Abang suka nasi goreng merah untuk makan malam.
Jadi hampir setiap malam saya masak nasi goreng merah.
Nasi goreng tu saya pecah telur sampai dua tiga biji sebab nak masukkan protein dalam badan dorang. Alhamdulillah licin dorang makan.
Kalau hari saya buat nasi goreng kampung ke, nasi goreng cina ke, memang taknak makan. 

Selepas raya haritu saya upgrade sikit. Saya mula masak tengahari.
Alhamdulillah saya dah berjaya masak tengahari setiap hari, kecuali hari kami keluar jalan-jalan.

Tengahari tadi saya masak ayam kurma dan kacang buncis goreng.




Ayam kurma tu resepi ikot belakang paket.
Kacang buncis tu campak-campak ikot suka asalkan ada rasa.

Bila dah hari-hari masak ni baru rasa ok je masak ni, takde la sesusah yang saya hadapi masa zaman tak memasak dulu.

Punca saya tak suka masak bukan proses memasak tu.
Masak tu best je.

Yang tak bestnya mencuci lepas memasak.
Pinggan periuk dapur semua kene cuci, kene kemas lepas masak.
Saya malas betul part tu.

Sebelum tu kene siang ikan la, potong ayam la, kupas bawang la, potong sayur la.
Leceh betul buat satu-satu benda tu.

Pastu ada lagi...
Kene fikir nak masak apa harini.
Aiii, susah betul soalan ni.
Memang hari-hari masak yang sama je, tapi lama-lama tu jemu dan takde idea baru.

Lepas dah tahu nak masak apa, kene pergi beli barang-barang yang nak masak.
Hahaha. Banyak betul kerja la, nak masak je pun.
Untuk elakkan perkara ni berlaku, kene rancang in advance nak masak apa esok, atau dua hari lagi, atau minggu depan nak masak apa semua, jadi senang beli barang sekali harung.
Tapi bila dah beli, sampai masa untuk masak, rasa malas pulak nak masak benda.

Tu la macam ntah hapa-hapa je masalah ni.

Walaubagaimanapun semua masalah tu dah selesai.
Alah biasa tegal biasa.
Dengan menghadapi masalah tersebut bertahun-tahun lamanya akhirnya saya jumpa cara nak urus tugas memasak dengan cekap cara Isme Ulam Raja.

Caranya saya senaraikan lauk ayam dan lauk ikan yang saya reti masak.

Kemudian saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak lauk-lauk tersebut.

Kemudian semasa membeli bahan mentah, saya senaraikan lauk-lauk yang bole dimasak dengan menggunakan bahan mentah tersebut. Contohnya santan bole masak kurma, kari dan masak lemak.

Pastu saya pun beli la sekali bahan-bahan yang perlu untuk masak  lauk di atas. Sebab untuk  hari berikutnya saya akan masak 3 lauk tersebut [ 1 hari 1 lauk].

Itulah cara saya.

Cara ni simple je pun, tak payah cakap pun takpe.
Tapi kan saya ada blog, mesti lah cakap kat blog benda-benda simple pun.
Kalau benda-benda besar je bole cakap, better saya cakap kat akhbar.

Apapun saya tak enjoy pun memasak ni.
Saya rasa memasak ni satu tugas, bukan benda yang saya enjoy. 
Yang penting saya tak rasa memasak ni tugas yang berat dah, sebab otak saya dah terlatih untuk fikir in advance apa nak masak, pukul berapa nak masak.

Setakat ni saya baru berjaya masak 2x sehari; tengahari dan malam.
Pagi saya tak ready lagi nak masak.
Maybe tahun depan kot.

Pagi saya makan oats. 
Anak-anak pula makan nasi lemak beli kat gerai.
Kalau cuti, kitorang pergi makan roti canai.

Saya nak try bersarapan dengan telur.
Katanya untuk turunkan berat badan better makan protein pagi-pagi.
Setakat ni belom berjaya lagi sebab saya tak minat telur.


Dapat Order

Good nite.

Dah nak tido dah ni. Sebelum tido packing order dulu. Dapat order 3 biji amigurumi dari sorang adik ni. Happy giler sebab dah lama tak dapat order benda-benda kait ni. 


Amigurumi ni memang dah siap dah. Tinggal nak pos je.

Okay, nak packing jap. Esok pagi kita pos.

Dah kemas bilik

Semalam mengadu pasal tak tahu nak susun atur bilik tengah ni macam mana. 
Harini Alhamdulillah berjaya kemas.






Konon la kemas, semua sudut nak ditunjuk. Haha.

Sebenarnya ini belum siap lagi ni.
Harini saya punggah barang-barang dari dua kotak besar semalam dan letak barang-barang tu kat tempat masing-masing. Yang takde tempat tu saya kiv dulu, letak setempat je dulu. Nanti baru fikir nak buat apa ngan dorang. 

Barang-barang yang sedia ada dalam bilik ni saya susun balik supaya padat. Hasilnya dapat la kosongkan rak tu, boleh letak barang-barang yang takde tempat tu nanti.

Itu je la yang saya buat harini.
Itu je pun amik masa 4 jam jugak. Sambil-sambil layan anak kan.
Rasa puas hati sangat dapat kemas bilik ni. Dah lama sangat dah tangguh. 

Saya nak kemas rumah ni seelok yang boleh sebelum pindah nanti. Supaya masa pindah dah tahu barang apa nak bawa, barang apa nak buang, barang apa nak tinggal. Taknak lintang pukang macam dulu lagi. Serik.

Nak Kemas Bilik Tapi

Anak-anak dan suami dah tidur. Saya pula bersemangat masuk bilik tengah aka home office ni untuk kemas dan susun atur. Tapi baru 5 minit, saya terus surender. Saya tak pandai la nak kemas bilik tengah ni.

Inilah bilik itu

Ini video yang keseluruhan bilik dari kedudukan pintu.


Bilik ni tak sesemak ini pada asalnya. Cuma ada meja keje, rak printer dan barang niaga sahaja. Tapi lepas susun atur ruang tamu dan bilik tidur, ada beberapa barang yang terpaksa dimasukkan ke sini sebab dah tak ada tempat dah. Antaranya treadmill dan katil baby yang dipenuhi cadar tu. Treadmill tu jangan kata saya tak pakai ya. Saya pakai hampir setiap hari dah sekarang. Kalau dulu ye la beberapa kali setahun je. Bila berat badan dah over the moon ni kene juga ubah gaya hidup. Lama lagi nak pakai badan ni. cadar memang takde tempat nak letak, naseb  baek ada katil baby ni. Muat pulak cadar, selimut dan sarung bantal semua dalam tu. Kerusi tu pula baru je masuk dua minggu lepas sebab saya sakit, saya tak bole tidur baring. Sekarang dah beransur sembuh, namun saya masih tidur duduk sebab tak mahu sakit semula. Tengok la beberapa bulan ni macam mana. Doakan saya sihat ya.

Permandangan dari tempat saya menaip.

Saya baru je lipat-lipat selimut kait ni, tetibe hilang semangat. Tu yang saya duduk dan update blog ni.

Saya buntu la. Tak tahu nak start dari mana. Sebenarnya bukan nak kemas je, tapi nak susun atur balik bagi ruang nampak teratur dan lapang. Itu yang tak tahu nak buat macam mana. Dah lama sangat bilik ni tangguh. Saya ingatkan dengan mula pegang-pegang barang saya akan dapat idea nak susun macam mana. Tapi buntu. 

Idea yang saya dapat setakat ni:

  1. Barang kait dikumpul dan simpan kat dalam container dalam stor.
  2. Benang kait taruk dalam satu rak putih.
  3. Bahan jahitan taruk dalam satu rak putih juga.
Tu je la ideanya. Yang lain-lain tu masih kelam kabut takde tempat nak diletak.
Mungkin saya cuma penat kot. Dah malam dan saya patut rehat. Tapi sebok nak buat keje yang memerlukan otak dan otot. Better saya tidur je la. Siang baru buat.



Masak Sup Ayam

Harini takde apa dalam peti kecuali ayam. Sayur pun dah takde kecuali carrot. Saya tak minat carrot, tapi masuk je sikit² dalam masakan supaya dapat juga zat dari carrot tu sikit².

Jadi tengahari ni saya masak sup ayam je. Caranya mudah sangat. 

4 ketul ayam saya taruk dalam periuk kecik pastu taruk air bagi tenggelam ayam. Bawang merah 2 biji belah 4, bawang putih 2 ulas diketuk dan halia beberapa hiris (saya suka letak sampai 4-5 hiris). Taruk juga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Tiga beradik ni saya taruk sikit je sebab tak mahu rasa kuat. Rebus semua bahan ni tadi dengan api perlahan. Bila ayam dah empuk, tutup api dan taruk garam secukup rasa. Siap.


Itulah cara saya buat sup ayam. Simple² je.

Masa makan nanti perasakan sikit dengan lada hitam. Biasanya saya renjis lada hitam atas nasi bukan atas sup. Sedapppp.

Ni je la lauk harini, makan dengan nasi panas. Rasa janggal je sayur takde. Rasa tak cukup makan. Haha
Tapi saya takkan tambah nasi sebab tengah jaga makan.

Malam pula macam biasa buat nasi goreng merah untuk anak-anak dan saya makan nasi putih sup ayam, cuma tambah telur dadar sebab ayam dah habis kene bedal tengahari tadi. Huhuhuuu

Baki sup tu saya frozenkan manalah tahu nanti ada hari malas masak, panaskan je baki sup tu makan dengan telur dadar.

Esok pagi pergi pasar beli sayur. Nak sayur apa kali ni? Pak Choy pun okay.

Selimut Kait

Harini takde baju nak basuh. Baju anak dah basuh semalam. Baju saya dan suami ada beberapa helai je dalam bakul tu.

Bila tak basuh baju, saya akan basuh tudung ke, pakaian dalam ke, alas kaki ke, tuala ke, cadar ke, selimut ke. Macam tak lengkap je rumah bila ampaian tu takde jemuran.

Tetiba teringat pula selimut yang saya kait sepanjang tahun lepas. Selimut tu saya kait untuk dipakai pada musim sejuk, musim hujan. Setahun baru siap selimut tu. Siap pada Januari lepas.

Walaupun dah siap saya tak pernah pakai sebab masa siap tu musim panas. Pastu masuk pula el nino. Memang takde maknanya selimut tu diperlukan. Ni dah start hujan dan sejuk malam-malam ni bole la selimut tu berbakti.

Jadi harini saya basuh la selimut tu. Cara saya basuh selimut kait ialah dengan lipat dulu selimut tu dan masukkan dalam laundry bag. Pastu masuk dalam mesin basuh dan pasang setting "delicate" atau sesetengah mesin basuh panggil "gentle". Saya tak pakai sabun sebab tak kotor pun selimut tu, cuma belom pernah basuh selepas siap kait haritu. Dah siap tu, keluarkan dari laundry bag dan jemur kat tempat teduh.


Sepatutnya jemur flat lay, tapi tak pandai jemur gitu kat rumah ni, saya jemur kat ampaian macam ni je. 

Masa siap kait haritu nampak biasa-biasa je selimut ni. Tapi bila jemur under natural light ni nampak lawa bukan main. 

Dalam gambar ni tak selawa objek sebenar. Yang dilihat secara live lagi lawa.


Selimut ni amik masa setahun baru siap. Dan guna 34 gulung benang. Selimut ni simple je nak buat. Saya guna double crochet dari awal hingga akhir. Pastu tepi dia saya guna single crochet beberapa row. 

Purple bukan warna saya, tapi ntah kenapa nak kaler purple kali ni.

Tahun ni saya nak buatkan sehelai selimut untuk adik saya dan kebetulan dia nak purple. Alamak, tersama pula. Duk cari idea ni nak buat selimut purple yang macam mana untuk dia.


Abang Lulus Potty Training

Alhamdulillah.
Pada usia Abang 4 tahun 9 bulan akhirnya Abang lulus potty training.

Abang dah tak kencing berak dalam seluar dah.

Dah bagitau bila nak kencing nak berak. 

Siap masuk toilet sendiri, kencing sendiri, basuh sendiri, flush sendiri, pastu basuh tangan ngan sabun. Tak panggil mama dah. 

I'm so proud of you.

Abang kene tahu yang papa sangat involved dalam potty training Abang. Papa lebih banyak basuh berak Abang. Papa pun banyak mandikan Abang. Papa memang nak masuk campur dalam proses membesarkan Abang dan dia sungguh bersungguh-sungguh.

Memang Abang lewat free diaper.
Perjalanan free diaper Abang pun sangat panjang. 8 bulan panjangnya.

Mula-mula start potty training tu memang mama frust dan nanges-nanges dalam hati sebab Abang tak faham apa mama cakap. Sampai mama call nenek mengadu dan mintak tips. Dan nenek cakap kalau anak tu tak ready, meaning dia tak ready. Relax-relax sudah. Rupa-rupanya nenek sendiri pun tak potty training anak sangat sebab mertua nenek suruh pakaikan je lampin tu, kesian tengok nenek duk cuci kencing atas lantai. Last-last anak tu sendiri yang taknak lampin dan nak pi tandas. 

Masa mula-mula tu mama ajak setiap jam pi kencing. Pastu anjak ke dua jam pi kencing. Pastu anjak ke tiga jam pi kencing. Dan akhirnya Abang sendiri yang ajak mama teman pi kencing.

Masa mula-mula tu memang mama tunjuk kronologi cara guna tandas. Mula-mula buka spender, duduk atas jamban dan kencing. Lepas kencing berdehem 3 kali pastu basuh guna tangan kiri. Turun dari jamban, tutup penutup jamban dan pam. Last sekali basuh tangan dengan sabun. 

Mula-mula tu memang Abang susah nak ingat kronologi tersebut (steps sebenarnya. Saje la sebut kronologi) tapi satu hari tu masa masa tengah susukan adik, tetibe Abang buka pintu tandas, buka spender dan pergi kencing ikot kronologi yang mama ajarkan tu tanpa pedulikan mama (sebab Abang nak cepat, nak tengok kartun). Time tu mama rasa "wow, Abang dah besar". Mama.rasa nak nanges je sebab Abang dah besar, dah makin berdikari. 

Macam tu juga bila Abang siap makan, terus Abang angkat pinggan, buang sisa dalam tong sampah, taruk dalam singki dan basuh tangan dengan sabun. Abang buat semua tu tanpa pedulikan mama. Mama rasa proud sangat masa tu.

Sama juga bila Abang tetibe amik gelas sendiri dan amik air masak sendiri tanpa pedulikan mama. 

Biasanya mama nak tu, mama nak ni... Tetiba takde dah. Semua buat sendiri dengan relaxnya. Mama proud sangat.

Walaupun mama rasa sedih juga sebab mama makin tak diperlukan, tapi memang itulah tujuannya mama jadi mama. Untuk ajar Abang berdikari.

Dan Abang kene tahu yang papa banyak involved dalam menguruskan Abang. Masa mama berpantang pun papa yang mandikan Abang. Abang nanges malam, papa yang dukung dan dodoikan. Pergi jalan mana-mana papa yang dukung. 

Mama harap Abang baca coretan mama ni bila Abang besar nanti. 

Mama bangga ngan Abang ❤️


Quick Shopping

Pagi tadi lepas drive tru Mekdi, kami terus pi Aeon. Nak cari t-shirt untuk pakai kat rumah. T-shirt yang sedia ada ni dah reput dah, dah berlubang-lubang. Tapi itulah, yang reput dan berlubang-lubang inilah yang sedap pakai. Minggu lepas kemas almari baju suami. Baju-baju buruk semua saya minta dia buang, bagi laluan pada baju yang dah lama beli, tapi tak pernah pakai. Tapi baju-baju sya sendiri banyak yang buruk tapi masih pakai lagi. Huhu.. Akibat malu sendiri, saya pun ajak la dia pi cari tshirt kat Aeon.

Bab baju ni saya suka cari kat Aeon, sebab Aeon ada plus size. 
Biasanay jenama Scarlet Plus, Itized, dan beberapa jenama lagi ada saiz yang extra large.
Pasaraya lain payah. dah lama dah saya cari baju, penat je dapat. Bila dah jumpa jenama yang ada saiz tu terus tuju ke sana je.

Sampai sana saya pun cari t-shirt yang murah-murah je, pakai kat rumah je kan. Akhirnya dapat 3 helai RM50. saiz XXL. Ni saiz paling besar yang dia ada. Nampaknya saya tak boleh lebih besar dari sekarang. Kalau tak, memang takde baju murah nak beli. Selain tu saya ambil juga satu blouse. Tetibe terpandang blouse hitam,lengan panjang, labuh sampai lutut, kain cotton apalagi grab la. Jarang tetibe jumpa macam ni, biasanya tawaf beberapa kali baru jumpa. Harganya RM49. 

Lepas tu kami pi department kanak-kanak nak tengok ada tak baju Melayu warna hitam. Baju Melayu ada juga, tapi takde warna hitam. 

Sebelum keluar dari Aeon suami masuk al-Ikhsan, dia nak belikan saya kasut. Sandal saya ni dah lusuh tapi elok lagi, boleh dipakai. Alang-alang shopping tanpa Abang ni better pi cari kasut. Kalau ada Abang payah sikit nak mencari barang sebab duk layan dia bertempik, berlari, berguling dalam mall. Last-last barang tak jumpa, penat yang dapat. Dah beli ni tak semestinya pakai. Simpan dulu, nanti sandal dah rosak baru pakai. Camtu la style saya. 

Sebelum ni kalau beli kasut saya akan beli beberapa pasang sekaligus. Pakai sepasang je. Dah lusuh baru buka yang satu lagi. Camtu la sampai habis kasut dipakai. Senang sikit sebab saya ni tak minat shopping. Saya rasa penat la bershopping.

Belek punya belek akhirnya saya pilih sport shoes warna soft pink. Suami pula warna hijau tekois macam tu. Seluar trek al-Ikhsan ada sale, RM45 je sepasang, tapi takde pula saiz saya. Haha. Beg pun ada less, tapi saya dah ada beg.

Balik dari shopping tu terus pi amik Abang dari school. Bagitau teacher kitorang tak jumpa baju Melayu warna hitam. Teacher cakap takpe, murid lain pun ramai takde baju hitam. haha.. Selamat. So esok Abang akan pakai baju raya haritu yang warna hijau. 

Malam ni malas masak. Saya bakar sosej kontot-kontot tu dan makan dengan roti selek sos dan mayonis. Abang bukan main suka lagi sosej sebab sedap. Dia minta lagi. Tapi cukup la, dah banyak makan.

Cari Baju Melayu Hitam

Pening betul sekolah Abang ni. Ada je baju tema kena pakai untuk hari keraian.

Baru minggu lepas tema Hawaii/ Summer untuk sambutan birthday. Kami cari la dia baju gambar pokok-pokok untuk suit tema.

Minggu ni pula sambutan Aidil Adha kene pakai baju Melayu kaler hitam. Alahai...

Baju Melayu ni memang mak lemah la. Bukan lemah apa. Budak 5 tahun bukan pakai sangat pun baju Melayu. Next year takleh pakai dah sebab tak muat. Dah la bukan murah pun baju Melayu. Kalau cakap awal sikit bole la order kat shopee yang murah-murah tu. Ni nak order takot lambat sampai.

Saya pun tak faham kenapa la teacher bagi tema yang spesifik macam tu.
Haritu Maulidur Rasul nak baju Melayu hijau. Ada sekali tu nak tema estetik kaler coklat krim.

Sebenarnya kalau tak ikot pun bukan la kene halau dari sekolah ke apa. Tapi bila teacher post gambar² aktiviti tu kat group whatsapp, tetibe anak kita sorang je tak ikot tema. Rasa sedih juga la kita ni sebagai mak. Macam tak cakna ke anak. Anak orang lain elok mak² grooming to fit the theme, anak kita pakai redah je, asal siap.

Itulah awalnya nak pakaikan je baju raya kaler hijau tu, tapi fikir² balik kesian kat anak. Sebab saya dulu pun anak orang miskin. Memang terasa not belongs to anywhere. Kita cuba-cuba gak nak masuk geng tu geng ni tapi semua bolayan sebab kita ni tak up-to-date pasal apa² pun. Nak join itu ini pun tak bole sebab takde duit. Bila cikgu suruh bawa apa² yang mahal, kita pinjam kawan je tapi lama² kawan pun menyampah juga, meminjam je keje kau ni. Orang lain beli, kau pinjam.

Alamak, bila tulis camni rasa macam trauma respon pula. Maybe teacher okay je murid tak ikot tema, kita je yang melebih-lebih panik. Haha.

Akhirnya petang tadi pergi la ke Hari-hari. Kurta hitam dia RM45, baju Melayu pula Rm69. Tapi takde kaler hitam.

Pastu pergi Mydin pula. Sama juga la harganya. Baju Melayu rm69, kurta murah sikit rm39. Tapi takde kaler hitam. Ada kaler kelabu. Ingat nak amik kelabu je kalau dah takde sangat. At least nampak la effort kan.

Pastu pi makan malam kejap dan terus singgah bazar kot-kot buka. Ada 3 kedai buka. Masa tu dah pukul 9 malam. Tapi ketiga-tiga kedai takde baju Melayu hitam.

Pastu balik je la dengan hampa.

Esok nak pi cari lagi. Kalau takde juga amik baju Melayu kelabu je la. Dari pakai hijau lain pada orang, better kelabu. Nampak blended la juga.

Tangguh Tukar Tanah

Harini saya rancang nak tukar tanah pokok lengkuas saya yang belom jadi pokok tu. 

Masa tanam lengkuas haritu saya guna tanah yang beli kat nursery tu je. Kemudian baru terbaca kat group kebun-kebun, katanya lengkuas kene tanam kat tanah yang tak padat. 

Beberapa hari lepas dah beli cocopeat kat DIY konon nak tukar tanah harini . Tapi hujan lebat pagi tadi.

Lepas hujan reda, saya tengok tanah dalam pasu pokok lengkuas basah betul. Tak jadi la nak tukar. Mungkin esok baru tukar.




Susah juga ambil gambar pokok-pokok ni rupanya. Banyak foto saya ambil untuk dapat satu yang elok. Tapi macam semuanya tak elok je.
Ni antara yang terelok la yang saya letak.


Ni pula kangkung dah dah kene petik haritu. Cepat betul tumbuh. Bole la masak minggu depan.

Tak Sabar nak MAsuk Rumah

Petang tadi lepas beli barang dapur kami singgah kejap tengok rumah. Rumah tu kami dah beli cuma belum siap dibina. Dijadualkan siap dalam bulan 9. Tadi nampak rumah semua dah siap (dari luar la), dorang tengah korek parit dan bina pintu gerbang. Minta-minta la dapat kunci akhir tahun ni.

Rumah yang kami beli ni jenis townhouse. Kami ambil rumah atas, layout apartment. Masuk je rumah terus nampak dapur. Tu yang pelik sikit tu. Tapi rupa-rupanya memang rumah baru-baru semua layout dapur kat pintu masuk, pastu baru ruang tamu. Ntah apa-apa punya design.

Rumah tu takde pagar (yay), tapi perumahan tu dipagari sekeliling dan ada jaga. Dorang panggil gated and guarded.

Perumahan gated and guarded ni memang idaman saya sebab suami keje shift, saya ni pula jenis overthinking and selalu anxiety. Bila gated n guarded ni rasa tenang sikit la tidur malam.

Nak citer sikit la pasal pencarian rumah.

Ada beberapa rumah yang kami duk ushar. Antaranya apartment yang pernah kami sewa sebelum ni. Lokasi dekat dengan tempat kerja suami. Apartment pun baru juga. Kualiti baik. Cuma kelemahan dia parking dan trafik.

Di apartment sebelum ni tempat parking kereta saya kat tingkat 3A. Tingkat 3A tu maknanya tingkat 5 la. Bole bayang tak pusing 5 tingkat untuk keluar, dan pusing 5 tingkat lagi untuk balik. Memang menjemukan. Bayangkan pula bila anak dah start sekolah nanti. Hantar dan ambil anak sekolah setiap hari. Haha bole pengsan pusing² parking tu aje. Sekolah paling dekat kat situ kene drive jauh pastu u-turn. Pastu drive jauh lagi dan u-turn. Baru la sampai sekolah. Dekat je, tapi depan apartment ni highway. Tak boleh pergi ke kanan, semua ke kiri. Sekolah pulah sebelah kanan.

Trafik pula macam saya cakap tadi depan apartment ni highway. Jadi bila time nak hantar anak sekolah pukul 7 pagi tu, dapat agak tak macam mana dia punya jammed. Pastu agak-agak kita nak keluar simpang ni kereta bagi tak kita keluar. Ke kita kene jadi rambo baru dapat keluar. Saya pula jenis sopan santun kat jalanraya. Susah juga nak dapat can keluar simpang.

Disebabkan dua faktor ini makan kami tak jadi la ambil apartment tu. Tapi serius saya suka layout dia. Duduk atas angin, takde hiruk pikuk. Maintenance semua tip top.

Rumah kedua ni rumah dua tingkat dan layout dia lawa giler. Masa masuk tu saya rasa bahagia sangat. Hahaha. Tapi harga dia pula berat sikit la. Sebenarnya bole je tapi kene control gaya hidup dan berjimat cermat. Saya tak rasa nak korbankan gaya hidup yang elok ni demi bayar rumah. Better rumah murah tapi kualiti hidup tinggi.

Kualiti hidup yang saya maksudkan seperti makanan berkualiti, pakaian berkualiti, selalu bole balik kampung, vacation setiap tahun, mampu enroll class untuk anak-anak, mampu perubatan swasta jika perlu, ada lebihan untuk adik beradik jika mereka memerlukan kita kelak. Kualiti hidup tu la maksud saya. Bukan minum kopi mahal, beg mahal semua tu. Bukan tau.

Saya ada terfikir juga nak beli rumah lama (dan buruk) tapi murah dan kami renovate bagi lawa macam ada orang buat kat tiktok tu. Tapi suami tak mau. Dia nak rumah baru bina. Sebab dia tak mau ada masalah dalaman rumah. Betul juga cakap dia.

Akhirnya kami shortlist-kan kepada dua buah rumah. Kedua-dua rumah ni harga lebih kurang sama, projek kerajaan negeri. Harga pun kira murah la untuk negeri Pulau Pinang ni. 

Yang sebuah ni rumah dua tingkat, 3 bilik 2 bilik air. Dan memang kami nak rumah ni la pada mulanya. Tapi masa tanya tu, banyak dah lot terjual. Tinggal lot belakang je. Belakang tu pula ladang kelapa sawit. Jadi saya tak rasa selamat nak duduk lot belakang sebab suami kan keje shift. Takot la pencuri ushar-ushar ternampak rumah waktu malam takde kereta. Haaa takottt. Lagipun kawasan perumahan tu baru lagi, kedai pun jauh-jauh.

Rumah kedua ialah townhouse ni. 3 bilik dan 2 bilik air. Kawasan dah maju dan banyak kemudahan di sekitar. Cuma layout dia pelik. Masuk je rumah nampak dapur. Pastu bilik kedua ada sliding door. Saya pun tak pasti nak bagi bilik kedua tu kat Abang ke, kat Adik. Dah masuk remaja karang takot dorang curi-curi keluar. Harap² tak macam tu la kan.

Apapun kami dah ambil pun townhouse ni. Walaupun ada kelemahan tapi banyak kelebihan. Paling penting harga mampu milik, senang access ke tempat keje suami (walaupun jauh), dekat dengan surau, sekolah, kedai, restoran, klinik, gerai goreng pisang, etc, selamat sebab ada guard terutama bila suami shift malam.

Tak sabar nak pindah. Otak ni duk fikir design camana nak buat untuk kabinet dapur rumah tu nanti.

Tanam Kangkung

Salah satu minat saya ialah berkebun. Saya suka main game berkebun. Paling suka Harvest Moon dan Hay Day. Sebut game lama² je sebab saya memang dah stop dah pun hobi main game. Kalau tak dulu saya memang kaki game.

Walaupun minat kebun, tapi saya tak berkebun, takde kebun dan tak pandai langsung berkebun.

Apa-apa yang saya tanam semua mati. Mereka tak sudi hidup dengan saya. Saya pun tak ada bakat langsing pasal kebun-kebun ni. Biasa sangat la lepas tanam saya pun tak siram-siram. Memang la mati kalau tak siram. Ada tu siram selalu tapi tak baja. Haha. Memang la tak hidup pokok tu.

Bila dah makin dewasa ni saya sedar yang pokok-pokok tu mati bukan sebab saya takde bakat ke apa. Tapi sebab takde pengetahuan langsung dan takde pengalaman langsung. Kalau pernah tengok orang jaga pokok, pastilah saya tahu juga sedikit sebanyak betul tak.

Tahun lepas saya ada tanam bendi. Bendi tu giler hidup tapi akhirnya kecundang dek tangan saya. Dapat la juga 5 biji bendi.

Tahun ni saya cuba lagi tau. Mana la reti putus asa saya ni. Saya cuma kesedihan je setahun pastu nak cuba lagi tanam. Kali ni saya tanam kangkung.

Ada satu hari tu beli kangkung dapat sekali akar. Lepas potong kangkung tu, akar tu saya cucuk dalam tanah. Hidup kau....

Dalam 10-12 hari lepas cucuk

Lepas hidup tu dia membesar jugak la. Tapi tak berapa besar pun rupanya. Pendek-pendek je dan daun pun halus-halus. Siap ada yang baring-baring lagi.

3 minggu lepas cucuk tu nampak macam dah cukup matang, saya pun tuai. Dapat la banyak ni.

Banyak ni je. Okay la untuk newbie.

Inilah hasilnya lepas masak.
Ciput, tapi happy giler.

Ini ada video yang amik untuk tunjuk kat ibu hasil tanaman saya. Share kat sini juga untuk tatapan korang.


Saya ada baca-baca kat group kebun-kebun ni, katanya kangkung kalau dah tua dia akan menjalar. Pastu akan berbunga. Pastu akan keluar benih. Dan kangkung yang makin tua akan makin liat dan kurang hasil. Bila dah kurang hasil better tanam lain

Jadi kangkung yang saya tanam.ni maybe dah tua la kot sebab tu ada yang baring-baring pastu masa makan memang rasa keras sikit.

Apapun, saya nak tengok hasil tuaian kedua pula macam mana. Dan nak tengok jugak la bunga kangkung. Harap-harap sudi la kangkung ni berbunga di rumah saya.

Pastu ada lagi yang cakap kangkung suka air dan suka panas. Air tu memang saya siram banyak. Tapi panas tu kurang sebab duduk kat tempat teduh. Petang baru kene matahari. Kene pindahkan la ni. Tapi takde tempat yang sesuai la. 

Tempat panas tu dah jadi tempat sidai kain dan ruang anak-anak bermain. Mungkin saya tak akan pindahkan. Tapi kat rumah baru nanti kita bagi kangkung duduk tempat panas k.

Satu lagi ilmu penting yang saya dapat. Dorang tanam kangkung ni satu tempat dia taruk sampai 15 biji benih. Huhuhu patut la lebat. Saya pun plan nak semai biji benih kangkung lepas ni. Nak buat jugak la satu pasu 15 biji. Kot-kot jadi rimbun mac otai-otai.

Lagi seronok tu tengok orang tanam kangkung guna kaedah  hidroponik. Senang, tak payah siram. Saya memang dah lama nak try hidroponik ni, cuma tak yakin dengan ilmu dan kemampuan diri. Ada tu yang semai dalam bakul je kan. Giler senang.

Semoga saya berjaya jadi pekebun mini berjaya.



Mencari Kurus

Misi mencari kurus ni memang dah lama dah saya start. Dalam 10 tahun jugak la. Tapi macam tu la saya. Kejap naik pastu naik pastu naik tapi turunnya jarang.

Sebelum ni kan, berat paling berat saya hadap ialah 78kg pada 2017. Pastu mengandung, kene kencing manis pulak. Saya pun control la makan.

Lepas lahirkan anak, berat jadi 66kg. Bapak gembira masa tu. Dipendekkan cerita berat slow² naik.

Pada 2020 mengandung pula masa berat 72kg. Takde kencing manis, so takde la control makan.

Dipendekkan cerita lagi pda tahun ni 2023, berat saya nak melebihi berat paling berat pada 2017 itu, yakni jadi 82kg. Giler berat.

Baju memang semua sendat.

Saya gali balik baju zaman 78kg dulu, mujur muat. Ada 3 helai je. Pastu beli pula 3 baju lagi untuk keluar jalan.

Saya ni tak suka beli baju sebab takde saiz. Pusing berjam² cari saiz. Last² dapat baju yang tak kene selera tapi ngam ngan badan, jadi ambik je la. Kalau tak ambik kene pi cari lagi baju.

Malas...

Saya tak suka shopping kalau korang nak tahu.

Tahun ni saya cuba turunkan berat badan dengan moderate diet dan minum jus kurus terung yang lalu lalang kat facebook. Katanya tak payah diet bole turun sampai 5kg la, 7kg la.

Saya minum dua botol, tak turun sikit pun. Hahaha.. Kena tipu gitu je. Dah la mahal. Macam mana ya dorang makan duit hasil penipuan tu? Tak boleh nak bayang.

Start bulan lepas saya mula diet moderately dan berjalan 2km sehari. Tiap-tiap petang saya berjalan. Kalau tak sempat petang, saya berjalan atas treadmill bila anak-anak dah tidur.

Minggu lepas saya ubah lagi diet. Pagi makan oats. Tengahari makan suku suku separuh, petang makan je apa-apa (biasanya keropok, goreng pisang atau popiah kukus) dan malam malan nasi goreng. Semuanya portion kecik.

Tapi portion kecik ni tak best sebab cepat lapar. Bila lapar patutnya makan buah, tapi saya makan biskut dan kadang kala cicah Vico.

Air bergula dah banyak kurang tapi minum je setiap hari cuma kurang manis atau tawar je. Pengalaman misi kurus yang lepas-lepas, stop air manis buat saya craving dan menderita dah akhirnya saya akan berhenti diet.

Jadi kali ni taknak stop gula. Nak kurangkan beransur-ansur sampai la badam dapat terima hakikat kehidupan.

Setakat ni saya check berat badan dah kurang 2kg, jadi 80kg. Tapi kadang tu naik, pastu turun balik.


Ini ialah antara hasil misi kurus saya. Tengok la tu, asyik naik je. Sedih tau.

Melalui pengamatan saya berat naik bila saya minum manis kat kedai. Dah minta kurang manis, tapi selamba je dorang tak dengar cakap. Manis nak mampos dorang bagi. Saya minum separuh je la.

Nak tak minum kat kedai langsung macam tak realistik pulak. Kita berkeluarga kadang keluar jalan-jalan, singgah minum, dating ngan suami. Nak tukar lifestyle tu tak berapa syok la sebab itu aktiviti kami di masa lapang untuk bonding-bonding.

Saya taknak terlalu rigid sebab memang tak akan happy, tak akan bahagia jiwa. Pengalaman 10 tahun berdiet telah membuktikannya.

Sekarang berjalan 2km tu kacang je. Nak start jalan 2.5km pulak lepas ni. Tapi taknak paksa diri. Sebab kalau stress saya akan craving manis-manis. Haaa tak bole. 

Jadi jangan stress, jangan stress. Kita relax-relax aje ok.