Halaman

Azam 2023

Azam ni memang sedap tulis.
Tapi nak merealisasikan tu tak berapa nak buat.

Memandangkan sedap tulis, mari la kita tulis.

Azam Kaklong tahun ni ialah :

1. Nak buat 30 video Youtube
2. Nak tutup aurat dengan sempurna
3. Nak masak setiap hari
4. Nak mengaji setiap hari

Kurus?
Nak kurus tak tahun ni?
Memang la nak kurus, tapi asyik gagal je.
So tahun ni kita rehat dulu, tahun depan baru berazam untuk kurus.

1. 30 Video Youtube

Kaklong bukan maksudnya channel Kaklong TV, Channel tu memang sendu forever.
Kaklong maksudkan channel craft Kaklong.

Tahun ni Kaklong nak buat paling kurang 30 video.
Minggu lepas Kaklong dah mula planning nak buat video apa, publish pada hari apa, siap beli planner lagi khas untuk youtube aje.

Tahun-tahun sebelom ni Kaklong buat banyak azam yg berkaitan dengan kerja, tapi semuanya jadi sikit-sikit je.
Tahun ni Kaklong nak fokus pada satu azam je.
Tengok camana.

Kaklong dah siapkan video pertama yang akan publish isnin nanti.
Ahad ni akan rakam at least 3 video.
Dan cuba siap edit dalam tempoh seminggu.

Azam yang satu ni memang memerlukan kerjasama dari cik abang.
Time dia cuti kaklong kene gunakan cuti dia tu sebaiknya demi youtube tercinta.

2. Tutup Aurat dengan Sempurna

Sebenarnya Kaklong nak pakai purdah.
Tapi Kaklong rasa tak layak sebab Kaklong bukan warak dan ilmu agama sangat cetek.
Kaklong taknak merosakkan nama baik orang berpurdah.
Dan taknak juga orang fikir Kaklong ni berlakon warak.
Jadi Kaklong ketepikan niat berpurdah tu mungkin forever.

So fokus pada tutup aurat dengan sempurna.
Alhamdulillah Kaklong dah berjaya labuhkan tudung dan pakai stokin.
Cuma pergelangan tangan ni Kaklong selalu terlepas pandang. kaklong suka sinsing lengan macam nak ajak gaduh.
Inner lengan Kaklong tak minat pakai sebab yang kaklong beli ni ketat la, panas la, melorot la, gatal la. Rasa semak.

Jadi tahun ni Kaklong akan slow-slow tukar wardobe.
Baju semua tukar ke paras lutut.
Tudung semua saiz L atau kalau dah bole pakai shawl tu, labuhkan ke perut.
Inner lengan kene cari juga la sepasang dua, Kene balajar-belajar la pakai.
Pastu pakai face mask yang fabrik tu pengganti purdah (buat masa ni).
Dress atau jubah pun dah bole pakai dah tahun ni, anak pun akan putus susu tak lama lagi, takde masalah nak selak-selak dah.

Rasnya azam kedua ni tak susah nak dilaksanakan.

3. Masak Setiap Hari

Hooooo ni susah.
Punya la susah sampai Kaklong malas nak taip huraiannya.

Hmm.. (tarik nafas dalam-dalam).... Ok.
Kaklong memang tak suka memasak.
Sebenarnya Kaklong suka je masak. Yang tak sukanya proses memasak tu.
Kaklong tak suka proses fikir nak masak apa, pergi beli barang, potong, siang apa semua, pastu masak suka je, pastumembasuh, mengemas, mengelap, pastu makan suka je, pastu kemas meja, basuh pinggan.
Macam banyak sangat prosesnya la...
Banyak sangat.
Pastu ulang semula sampai tiga kali sehari.
It's so overwhelmed.

Walaubagaimanapun, Kaklong kene masak!
Kaklong nak anak dan suami makan air tangan Kaklong.
Dan Kaklong nak dapat pahala dengan masakkan untuk mereka.

Camana nak masak setiap hari?
Kaklong akan sediakan menu board yang dah ditulis senarai menu harian, tinggal Kaklong (atau ahli keluarga yang lain) pilih je nak masak apa. Diharap dengan cara ni Kaklong tak perlu duduk termenung fikir nak masak apa ek harini? Kaklong cuma perlu pilih dari  menu.

Kaklong akan fokus masak tengahari atau/dan malam.
Minimum masak satu kali sehari.
Sebaiknya masak dua kali sehari; tengahari dan malam.

Sarapan Kaklong taknak fokus, sebab kaklong bukan morning person.
Kaklong taknak stress pagi-pagi.
Pagi tu biar Kaklong buat persediaan mental untuk masak tengahari.

Tengok tu sampai persediaan mental padahal masak je punnn XD

4. Mengaji Setiap Hari

Usia nak menginjak ke 40-an ni kene fokus akhirat.
Puas dah berkejar-kejaran dengan dunia, masa untuk kejar akhirat pula.

Sebenarnya dah lewat pun Kaklong bermula sekarang.
Ada ustaz tu cakap "Amalam Waktu Tua adalah Momentum Amalan Waktu Muda"
Apa yang kita start buat zaman muda tu la tabiat yang akan kita buat masa tua.
Kalau tua baru nak start, camni la, tak jadi tabiat, tak jadi amalan.
Sebab masa tua baru nak start, struggle nak jadikan rutin sebab tak biasa.

So siapa yang masih muda tu, start je sekarang bina tabiat/ rutin ibadat supaya tua nanti relax je buat rutin tu cam pro.

Mengaji setiap hari ni Kaklong dah start tapi lama kelamaan stop sebab tak ingat nak teruskan T_T.
Sedihkan hidup Kaklong.

Jadi tahun ni Kaklong nak start small but daily.

Kaklong nak mengaji sekali sehari selepas Maghrib.
Tapi waktu tu Kaklong banyak keje.
Mandikan anak, makan malam (layan anak makan bukan sekejap), kemas meja, basuh pinggan dan periuk apa semua; pastu kadang time tu la nak mandi. Nak mandi lepas anak tido, kadang tu tak sanggup tunggu sebab dah rimas. Lagipun memang dah biasa mandi sebelom Maghrib.

Mungkin kene mengaji waktu lain.
Lepas Zohor ke, lepas Asar ke.

Ataupun Kaklong kosongkan sikit masa Maghrib tu.
Contohnya mandi pukul 6, pastu terus masak.
Pastu basuh pinggan mangkuk periuk tu pukul 8.30.
Lapang sikit la masa 7-8 tu.
Bole la cuba tapi rasa janggal je jadual tu, tak biasa buat camtu.
Tapi nak seribu daya kan..

Okay, itulah  azam 2023 Kaklong.

Korang ada azam tak tahun ni...

2 ulasan:

  1. Semoga berjaya. Memang mencabar kalau mengaji setiap hari tapi kena tetapkan. Sekurang-kurangnya 1 mukasurat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Saya baru start. Semoga istiqomah sampai ke akhir hayat.

      Padam

Komen la sikit ^^