Halaman

Buku Baru Dak Farid


Farid dah berusia 3 tahun.
Kaklong belikan dia buku baru.

4 buah buku tentang Jojo.

Buku ni kaklong beli selepas baca perkongsian Hanis Athirah pasal bedtime story.

Katanya luangkan masa 10 minit sehari bacakan buku untuk anak sejak anak baby lagi.

Alhamdulillah.

Memang sejak Farid baby lagi kaklong bacakan buku untuk dia.

Dulu bacakan card book, buku yang tebal macam kad tu kan. Dia pun memang rajin belek dan suruh bacakan ulang-ulang kali.

Disebabkan Farid suka Lightning McQueen (Cars) kitorang belikan buku Cars untuk dia.

Tapi buku tu ayat panjang², belum habis kaklong baca dia dah buka mukasurat seterusnya.

Ada kawan bagitau budak kecik fokus dia memang tak lama.

Tu yang kaklong try beli buku Jojo.

Buku ni ayat dia pendek² je tiap muka surat.
Lukisan dia pulak besar², kemas dan tak crowded. Farid selalu duk perhati lukisan tu. Dah la muka Jojo tu macam Farid. Kaklong tengok pun happy.

Kertas dia pun tebal dan tak mudah koyak. Berkualiti.

Farid tidur pukul 9 malam.
Dalam pukul 8.30 kitorang bacakan kejap buku tu untuk dia.

Kitorang tak bacakan kat bilik tido, sebab dah tutup lampu. So baca kat ruang tamu sebelum dia masuk bilik untuk tido.

Kaklong paling suka Jojo Ingin Tahu.
Buku ni pengenalan untuk organ seks. Sesuai jadi buku pertama pendidikan seks kanak-kanak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^