Kereta Kaklong pernah dilanggar sekali.
Lepas perlanggaran tu, kaklong jadi terkejut, keliru dan kebingungan. Kaklong macam tak tahu nak buat apa. Fikiran kaklong macam jadi serpihan. Tak dapat nak decide apa yang kaklong kene buat sekarang.
Orang yang langgar tu pangkat pakcik dan dia cakap elok je ngan kaklong, tapi kaklong yang kebingungan ni tak tahu apa dia cakap.
Lepas tu tengok punggung kereta kaklong ok je, takde apa². Calar pun takde.
Pakcik tu kata, sikit je ni takde apa2.
Kaklong pun ok je la dan kami pun berpisah.
Balik rumah citer kat ayah kejadian tadi. Ayah bebel² sikit.
Kaklong bagitau la yang kereta ok je, takde rosak.
"Luar tak rosak. Dalam mana tahu." ayah bebel.
Ye tak ye jugak kan...
Beberapa tahun kemudian, ayah bawa kerete kaklong pada waktu malam dalam hujan.
Tetibe kereta depan brake mengejut.
Ayah pun brake, tapi disebabkan jalan basah kereta terseret juga ke depan lalu langgar juga bontot kereta depan.
Rupa-rupanya ada 3 kereta berlanggar, kereta kaklong yang paling belakang.
Pastu mereka bertiga bincang² dan settle macam tu je. Masing-masing minta maaf dan saling memaafkan dan bawa haluan masing-masing.
Kaklong ada baca satu perkongsian kat facebook apa yang patut kita buat bila kemalangan.
Kaklong share sini la nanti senang nak rujuk balik.
Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau x nak tertipu
Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?
Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.
Jadi apa tindakan anda?
Pertama jangan tandatangan dokumen tu.
Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.
Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).
Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.
Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.
Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.
Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.
Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.
Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.
TAHUKAH ANDA?
Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.
Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.
Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.
Tak tahu sapa penulisnya.
Kalau korang tahu, sila bgtau kat ruangan komen. Kaklong akan link-kan kat dia.