Halaman

Review Filem Geran


Baru tengok citer Geran kat Netflix.

Sedap citer ni.

Mengisahkan seekor tahi judi pergi cagarkan geran tanah ayah dia disebabkan kalah judi.

Si tahi judi ni pun pergi berjudi lagi dan lagi untuk dapat duit tebus geran tu. Akhirnya dapat pun duit pi tebus geran, tapi ceti suruh bayar lagi banyak dengan alasan merepek².

Padahal itu memang cara ceti cari jalan nakkan tanah orang Melayu dengan mempergunakan mereka yang ada masalah kewangan.

Walaupun si tahi judi sekor tu je buat hal, tapi si ceti ni sampai ganggu satu keluarga tahi judi ni. Gi kaco pak dia, kak dia, abang dia semua supaya depa bagi tanah tu.

Tapi silap la.
Famili ni famili silat.
Kene silat aje dari awal citer sampai la abes citer.

Pendek kata 80% citer ni duk bersilat je manjang.

Sebenarnya kaklong tak minat cerita style macam ni. Style stressfull, muram, kene aniaya, perangai² bangsat dan samseng.

Kaklong kalo tengok samseng ornag putih ke, samseng cina ke, samseng tamil ke, samseng korea ke, kaklong ok je, citer je kan.

Tapi bila tengok samseng Melayu, adoiii mendidih rasa darah tengok muka sorang². Kaklong kene pause kejap citer ni nak cool down kan darah kaklong yang mendidih.

Ntah kenapa ntah macam ni.

Tapi kualiti citer ni memang tip top.
Gambar dia lawa.
Lakonan bagus.
Skrip pun bagus.

Kaklong nak puji semua pelakon dalam citer ni terutama si tahi judi dan penjahat yang merokok tak abes² tu. Haiii, panas je hati tengok mereka berdua.

Penjahat yang merokok tu memang jahat habis muka dan style dia. Bila dia bercakap tu rasa nak kerenyet² je muka dia.

Satu lagi nak puji babak pertarungan.
Wow, best gila.

Biasa tengok movie Melayu ke, Hollywood ke, time lawan mesti kamera tu kelam kabut je; nak tunjuk aksi tu konon cekap dan mendebarkan. Betul tak.

Tapi citer geran ni tak macam tu.

Aksi berlawan dia tunjuk detail beb.
Setiap pergerakan tu kita nampak step by step dia.
Tak kekok lalu.
Cekap gila masing² bersilat.

Sedap sangat tengok.

Satu lagi yang best, citer ni tak merendahkan watak wanita.

Biasa la kaklong tengok mana² citer pun, watak wanita ni hanya sebagai penaik seri je. Kene culik, hero pergi selamatkan. Bila time gaduh, wanita nyorok atau duk dalam umah senyap². Bila kene serang, wanita jerit² nangis² minta tak diapa²kan.

Tapi citer ni tak macam tu.

Perempuan dalam ni, bersilat mengalahkan lelaki.
Dah ler bersilat pakai kain batik, sampai tercampak samseng tu keluar tingkap.

Ganas tak ganas perempuan Melayu bila dah kene kaco.

Kannn.

Sape tak belom tengok, pergi la tengok kat Netflix.

Jangan tengok versi pirate, tak baik.

Masa buat citer ni, mereka hadapi kekangan bajet tau. Tapi sebab masing² semangat nak naikkan semula seni silat Melayu untuk tontonan anak bangsa, mereka buat juga sampai jadi.

Sila support usaha mereka dengan tengok citer ni kat Netflix.

Kaklong bagi 9/10 bintang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^