Halaman

Hello 2019

2018 menutup tirai.
Tahun yang mengujakan dan memenatkan bagi kaklong.

Teruja kerana dapat mengandung selepas 5 tahun menanti.
Penat kerana pembawakan budak selama 9 bulan.

Apapun, pengalaman itu sangat bernilai, terutama bila melihat zuriat kami buat kali pertama. Selama ni berangan je dapat zuriat. Kali ni benar² hadir.

Azam 2018 ialah nak baby dan nak kurus.

Dan kaklong berjaya dapat baby dan turun 12kg. Yay!


Selamat datang 2019.
Tak tahu la apa yang menanti kaklong pada tahun ini.

Yang pasti, bermula la rutin baru kaklong sebagai seorang ibu.

Blog yang terbengkalai.
Bisnes yang terbengkalai.
Rumah yang terbengkalai.
Ya, gara² budak kecik itu la.

Sebenarnya kaklong yang belom dapat cope dengan rutin baru ni.
In shaa Allah perlahan² kaklong adapt.

Azam tahun ni pula, tak ada.
Tahun ni cuma fokus jaga baby je.
Dan breastfeed baby selama 2 tahun.
Ini kira azam jugak kan.

Apapun, tahun ni kaklong ada wishlist.

1. Nak beli spek mata baru
Spek mata ni sah dekat 4 tahun dah pakai. Cermin pun sah calar.

2. Nak tukar gaya pemakaian.
Baju seluar banyak dah longgar. Nak tukar kepada gaya yang lebih minimalist.

3. Nak jalan kat Melaka.
Dah lama tak jalan sana.

4. Nak start bisnes baru.
Memandangkan ada baby, nak start slow je.

Semoga keempat² wishes ni menjadi kenyataan tahun ni. In shaa Allah.

Apa korang punya wishlist tahun ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^