Halaman

Perkongsian untuk Lelaki

Salam..

Perkongsian yang penting untuk para lelaki.


DARI LELAKI UNTUK LELAKI
Sepanjang aku memantau kes depresi dan tensi di kalangan umat di zaman ini, aku hampir-hampir dapat konklusi.
Mungkin, dengan satu perkataan,
LELAKI.
Mungkin ini terjawab, kenapa betapa ramai wanita semakin mandiri, kerana lelaki yang baik dan kuat semakin kurang di atas muka bumi kini.
****
Menurut kajian di Barat, selepas berdekad pasangan suami isteri itu bercerai, anak-anak yang duduk di bawah jagaan ayahnya (duda), dikatakan hampir tiada kes jenayah dibuat.
Sedang anak yang tinggal bawah jagaan ibunya (janda), lebih banyak kadar rekod jenayah.
Barat melihat ini, bahawa ibu tunggal dikata dominan mendidik anak dengan EMOSIONAL SAHAJA jika tanpa kehadiran suaminya.
Ditambah, fahaman Barat menganggap anak sangat-sangat perlukan sentuhan RASIONAL juga dari seorang ayah.
Entah kenapa Barat salahkan ini dari sudut wanita semata-mata. Entah-entah, yang mengkaji ini pro-maskuliniti.
Sedangkan, bagi aku, ketiadaan lelaki dalam hidup anak dan ibu, ITULAH "JenAYAH" DARI SEORANG AYAH.
****
Aku pernah diberitahu, oleh seorang lelaki yang baru ceraikan isterinya, "Irfan, aku ni ibarat Nabi Noh A.S yang terpaksa berlayar tinggalkan anak dan isterinya."
Pui. Aku ludah di dalam hati.
Alasannya, dia tak dapat mendidik isteri dan anaknya. Alasan dia lagi, mereka telah jauh terpesong.
Jika kau ingin samakan amalan berlayar tinggalkan anak isteri itu sama dengan amalan Nabi Noh A.S, kenapa tidak kau samakan ketabahan baginda mendidik mereka selama BERATUS-RATUS TAHUN?
Allah panjangkan usia baginda, sebagai SIMBOLIK ketabahan Nabi Noh, sedang kau kutip amalan tinggalkan anak isteri TANPA MELIHAT USIA ketabahannya.
Dia sambung lagi, "No wonder wanita itu lebih ramai di neraka berbanding lelaki."
Pui lagi.
Alasan, demi alasan.
Teringin sekali aku ludahinya dengan kata-kata ini,
"Jika ramainya wanita di neraka kelak, bukan bermakna si lelaki itu berbahagia ke syurga. Tempat kau pun belum ditempah lagi! Jangan mimpi!"
Bukankah jika wanita itu terheret, punca itu datangnya dari lelaki jua?
Mana mungkin kau lelaki bersenang-lenang di syurga, sedang 'hasil tangan' kau pun bukan semulia Nabi?
Tak logik! Amat tak logik, bila kau guna alasan berpisah dengan isteri dan anak perempuanmu, (yang katanya tidak lagi patuhi seruan Allah dan tidak taati kamu), dengan alasan kau samakan kisahmu dengan Nabi Noh A.S??
ITU HANYA ALASAN!!
Wahai lelaki,
Jangan beralasan, sebelum kau berhenti berusaha, dan mencuba.
Bukankah alasan itu memberi tanda yang kau belum cukup BEKERJA KUAT?
Ya, kita lelaki kena bekerja, lagi dan lagi.
Apa kerjamu?
Dakwahkan isteri dan anakmu.
Cukupkan kelengkapan hidup mereka.
Beri motivasi dan inspirasi.
Ajak setia pada Yang Maha Beri Rezki, bukan sekadar atas slip gaji, tapi dengan mengajar mereka NIKMATNYA RASA CUKUP, sambil tidak kau culas bersantai-santai.
Itu semua termasuk tugasmu, wahai lelaki.
"Tidak semua lelaki sempurna. Ada kurang di sini sana." --- Aku tahu ada yang ingin jawab begini.
Cuma pesanku,
JANGAN BERHENTI!
Sabar, kerja kuat lagi.
Phew... Aku pun tidak tahu apa kesudahanku. Konon berpesan pada lelaki, bagai aku menggali kuburku sendiri. Namun, aku menulis ini demi ingatan diri semata-mata.
*****
- "No wonder wanita itu lebih ramai di neraka berbanding lelaki." << COME ON! Asyik-asyik kau sebut ini, bila lagi nak asah cara kamu berfikir?
Ya memang ada disebut Rasulullah S.A.W betapa ramainya wanita terhumban ke neraka (rujuk peristiwa Israk Mi'raj).
Ya, peristiwa ini benar, siap dibenarkan lagi oleh As-Sidiq, Abu Bakar R.A.
Namun, tidak ramai yang berfikir dari sudut yang baru.
Mari, saya 'menampar' persoalan ini buat para lelaki,
"Takkanlah para wanita itu dicipta Allah hanya untuk penuhi neraka?"--- Di mana logikmu, melihat hadis itu dari sisi berat sebelah?
Bukankah lelaki punyai daya kritis dan analis lebih tinggi dari perempuan?
Lelaki, kalian perasan tak, pesanan Nabi itu punya ibrah DARI SISI STATISTIK!
Buka mata! Lihatlah di zaman ini. Berapa ramai ratio kelahiran wanita lebih ramai dari lelaki.
Tidak akan 100% wanita ke neraka.
Kalaupun 90% itu adalah wanita, maka siapa lagi 10%? Tidak syak lagi, itulah lelaki yang mengheret mereka.
Saya tidaklah pakar Hadis, tapi saya juga lelaki. Saya tahu ada juga rahsia Allah yang terselindung; Namun, apa salahnya kita ambil ibrah hadis ini dari logika seorang hamba?
Pesanan buat lelaki,
kita mesti kuat, mental, fizikal. Rohani, jasmani. Ukhrawi, Duniawi. Kita harus lebih kerja keras lagi.
Jika wanita itu ramai ke neraka, kelak lihatlah dengan siapa lelaki yang bersamanya.
Jangan ingat kau terlepas, bersenang-lenang, siap berangan berpayungkan emas.
Boleh jadi 3, 4 wanita terheret,
puncanya dari SATU LELAKI.
Isteri kau stres dan kecewa, kau kena kuat mental lagi.
Anak kau hilang identiti, kau lah patut jadi idolanya.
Anak dan isteri sedikit lari dari 'imannya', kau pimpin kembali ke lorong suci.
Itu kerja kita!
LELAKI,
JANGAN LEMBIK!
Yang ikhlas,
Al Irfan Jani
Lelaki yang tidak sempurna, namun insyaAllah tidak mahu berhenti mencuba.

Terima kasih Saudara Al Irfan Jani 

Kaklong tak boleh tulis pendapat macam ni kerana Kaklong seorang perempuan.

Orang akan kata kita ni bercakap dari sudut emosi dan berat sebelah.

Kaklong hargai sangat bilamana seorang lelaki yang matang memberi peringatan kepada kaumnya sendiri.

Bukan sekali dua, tapi banyak kali juga Kaklong dengar lawak, perbincangan, sindiran dan ceramah yang banyak bahan kaum wanita.
Ustaz yang Kaklong hormati pun ada juga bahan isu-isu wanita tu.
Buat Kaklong rasa menyampah pula kat dia..

Yang menyampah tu bukanlah kerana kandungannya.
Tapi cara penyampaian yang konon engkau la yang paling betul dalam dunia ni.

Kaklong harap semua lelaki buka mata dan sedar bahawa awak adalah seorang pemimpin.
Jadi, pimpinlah!

Jangan suruh perempuan pula pimpin awak.
Buat malu je...

Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^