Siapa kat sini dalam proses kurus?
Semua orang kot. Hohoho.
minta-minta la kurus! |
Bertuah betul.
Kaklong ada check kalori harian Kaklong. Tau tak? Tak cukup pun 1000 kalori.
Dalam 500-600 je.
Kalau makan kat luar tu baru dapat capai 1200 (kadang2 lebih. Huhu)
Untuk kita yang nak kurus disarankan amik 1000-1200 kalori je.
Dapat turun berat secara berperingkat kalau ikut saranan ni.
Malangnya walaupun Kaklong amik hanya 500-600 kalori sehari tetap tak turun juga.
Huwaaaaa!
Disebabkan itulah Kaklong selalu sangat rasa fed-up dan putus asa nak berdiet.
Namun begitu, I keep on reminding myself 5 sebab kenapa saya perlu kurus.
1. Nak baby
in shaa Allah |
Ni dah masuk tahun ke-5 perkahwinan, namun masih belom ada rezeki baby.
PCOS ni juga membuatkan Kaklong susah nak turunkan berat badan.
Doktor takde pun bagi ubat kurus ke apa; cuma dia suruh jaga diet.
Walaupun jaga, masih tak kurus juga.
Untuk pengetahun korang, macam mana Kaklong bole consume hanya 600 kalori je sehari, sebab Kaklong minum air masak sahaja. Air manis tak minum. Lepas tu nasi pun elak sedaya upaya, cuma makan ayam goreng, jemput-jemput, sup sayur atau sayur campur macam tu.
Sekali sekala tu ada la makan kek ke, makan cikedis ke, makan ais-krim ke.
Tapi jarang la, dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Tapi tak kurus-kurus juga.
Camana tak fed-up.
Demi baby akan ku teruskan perjuangan sehingga ke nafas terakhir!
2. Tak ada saiz
selalu macam ni. Tapi tak kurus macam ni pun.. |
Terminat kat baju cantik, tapi takde saiz. Paling besar XL, tu pun tak muat!
Buat penat je masuk fitting room.
Lepas tu cari baju lain, masuk fitting room lagi, tak muat lagi..
HAdoiiii, sakit hati..
Baju mana yang muat?
Baju yang tidak lawa tu je yang muat.
Upset!
Bukan baju lawa je tau.
Baju T-shirt pun sama..
Terminat kat design T-shirt wanita berharga RM50/3 helai.
Tapi saiz maximum cuma L je.
Hampeh!
Sales girl tu kata, T-shirt lelaki ada saiz XL.
Erm....
T-shirt lelaki design dan warna tak kena dengan selera.
Saiz lelaki Kaklong muat je M atau L.
Tapi tak boleh pakai..
Kenapa tak boleh pakai..?
Kalau boleh pakai kenapa kena ada T-shirt khas untuk lelaki, dan khas untuk perempuan?
Kerana (Kaklong tanya, Kaklong jawab), cutting T-shirt lelaki berbeza dengan wanita.
Lelaki punya cutting betul-betul macam huruf T.
Wanita punya cutting, bahu dia kecik sikit, pastu ada shape pinggang dan pinggul besar sikit.
Maka selesa la kita memakainya walaupun saiz XXXXXXL.
Sebab tu tak minat T-shirt lelaki walaupun muat.
Kurang selesa.
Kalau rajin boleh je alter, jahit balik bagi cutting.
Tapi macam biasa la.. Malas... Huhu..
3. Mudah mengah/penat
I feel you.. |
kalau pergi shopping, balik rumah nanti sakit la tumit tu.
Masa mula-mula start exercise kan, ya Allah, bapak penat!
Padahal jalan 4km sejam je.
Dorang suruh lari a.k.a joging barulah berpeluh katanya.
Haaa... kau boleh la..
Aku ni gemuk tau..
Beza tak orang yang lari sambil bawa sekampit beras; dan orang yang lari sambil bawa 5 kampit beras?
Tau pun beza.
Itu la beza orang gemuk berlari dan orang kurus berlari.
Selain dari itu, disebabkan paha dan pinggang yang besar, nak drive kene adjust seat paling depan sebab kaki pendek tak sampai.
Tapi bila nak keluar, kene adjust balik ke belakang sikit sebab tak muat nak keluar.
Perut dan pinggul besar.
Kalau pergi beriadah ke, travel ke, ada aktiviti lasak macam kene panjat ke, kene masuk gua ke, masuk terowong ke, kene lompat; macam susah sangat la aktiviti tu.
PAdahal orang lain relax je.
Kita ni kalau silap langkah karang terguling.
Orang kurus guling comel je, kalau Kaklong guling memang tidak sedap mata memandang.
Kalau dah kurus sikit nanti in shaa Allah tak penat sangat, nak bergerak pun nampak tangkas sikit macam kamen rider.
4. Elak kena penyakit
minta jauh.. |
Kedua-dua ibu bapa Kaklong ada kencing manis.
Atuk dan nenek meninggal akibat kanser.
Kaklong pula ada PCOS dan nampak ada tanda-tanda insulin resistant.
Selain tu pernah check, kadar kolesterol Kaklong tinggi sikit berbanding normal.
Oleh itu, sebelum mudarat, better kawal.
Cara nak kawal ialah kawal jenis makanan yang masuk dalam perut.
Dan stay fit supaya pengaliran darah dan kandungan oksigen seimbang dalam badan.
5. Suami awet muda
Kalau betul2 lebih muda takpe la juga |
Walaupun suami lebih tua 7 tahun, tapi dia tu awet muda tau!
Owner rumah ni ingatkan dia fresh graduate (time tu umur dia 37), bukan main happy lagi dia kena puji.
Malangnya bila dia awet muda; Kaklong kena la nampak setanding dengan dia.
Kalau tak nanti orang ingat kakak ke, mak ke, adoii takutnya...
Sebenarnya takde pun orang ingat kakak.
Tapi takut wooooooo...
Sebenarnya bukan la nak kurus sangat pun.
BMI yang normal untuk ketinggian Kaklong ialah maksimum 54kg.
Target Kaklong 55kg.
Kalau dapat 60kg tu dah kecik sangat dah tu rasanya.
Sekadar tak gemuk pun dah cukup..
Itulah 5 sebab kenapa saya perlu kurus
Korang pula?
Cuba bagi satu sebab.
nak kekal sihat
BalasPadamYeah!
Padamuwaaaa.. nak kurus jugak tapi pantang nampak makanan mesti lapar
BalasPadambila la nak hati kental ni
Sama la kita.
PadamBila dah diet tapi tak kurus2, makan je laaa :D
He..he..salam perkenalan kak long..saya paham perasaan kak long..saya telah melaluinya daripada susah nak dapat anak jadi berderet terus..dan bab kurus ni tak yah cakap la kejap naik kejap turun..tapi Alhamdulillah sekarang dah maintain walau beranak 4..
BalasPadamAlhamdulillah..
PadamSemoga Kaklong pun dapat anak ramai cam Aisyah. Aaminn
print entri ni saiz poster, tampal kat pintu rumah sebagai motivasi..hehe.
BalasPadamapapun, usaha ke arah matlamat secara sihat dan positf okayyy
Yeah! (y)
PadamHahaha yg last tu comel. Apapun good luck Kak long!
BalasPadamTQ mai ^^
Padam