Halaman

Review : Pengalaman Membeli di Chilindo

Salam..

Sepanjang balik kampung haritu, hari-hari Kaklong tengok dorang ni update pasal beli barang kat Chilindo..
Rasa geram je nak beli jugak.

Disebabkan kat kampung tu Kaklong busy menikmati hidup, maka masa bersama smartphone pun sedikit terabai..
Haha.. Boleh gitew..?

Akhirnya bila balik sini, aku sikit punya excited lagi buka chilindo.com nak shopping.

Baru je buka website dia, terpening kejap..
Apa ni?
Kenapa barang-barang dia kejap-kejap hilang?

Rupa-rupanya chilindo bukan seperti marketplace yang lain.
Dia marketplace khas untuk membida..
Website ni dari Thailand, tapi dia ada cawangan kat KL.
Barang-barang pun mungkin made in Thailand kot.

Belek punya belek akhirnya Kaklong bida satu benda, pastu benda lain pula, pastu benda lain pula sampai naik syok pulak..

Namun begitu apa yang boring sikit ialah ada je orang Thailand muncul dan bida dengan harga tinggi.
Contohnya ada satu meja laptop tu kitorang bid sampai RM9.
Kemudian muncul si Thailand ni terus bida RM16. Apa kejadah?
Akhirnya harga meja laptop tu jadi RM24 dan dapat kat orang lain yang nak bida RM9 tadi tu..

Pastu Kaklong bid lagi dalam next bid dan perkara yang sama berlaku.
Sampai 5x Kaklong next bid; harga meja tu takkan kurang dari RM24.
Macam rancang-rancang je kan..

Appun bidding ni memang addicting la jugak.
Banyak juga barang nak bid (walaupun logically tak nak guna pun barang tu)
Oleh itu sebelum over-excited better Kaklong stop.

Semasa buat pembayaran, ada dua jenis penghantaran yang Chilindo sediakan; iaitu kurier dan COD.
Kaklong pakai kurier sebab dah biasa beli online, cam confident je barang akan sampai.

Selepas Kaklong baca banyak komen dan status kat FB, sebaik-baiknya korang pilihlah COD.
Bila barang sampai baru bayar..
Sebab ada barang yang tak sampai-sampai 2 3 minggu. Mahal-mahal pula tu dorang bid.

Alhamdulillah, selepas 3 hari, barang yang Kaklong bid pun sampai..

Jangan jeles...
Kotak yang Kaklong dapat ni kecik je.
Tak besar macam orang lain..
Logik la kan Kaklong bid benda kecik-kecik of course la kotak kecik.

Jom tengok apa Kaklong beli.

Ada 7 barang kesemuanya.. Yay!
Kaklong bida barang murah-murah je..
Ramai cakap kualiti barang macam pasar malam.
Ya, memang pun..
Kaklong pun dah agak dah macam tu..

BArang-barang yang Kaklong bida ni takde la nak pakai sangat.
Gedik je lebih.
Hahaha..

Untuk menambahkan lagi kegedikan, Kaklong buat satu video "Unboxing Chilindo" ni..
Sape yang banyak data tu sudi-sudi la menonton video yang tak seberapa ni..


RAsa pelik giler bercakap sorang-sorang depan kamera..
Gugup semacam je, padahal bukan ada orang pun..
Huhuhu..

Kaklong tau video ni teruk.
Sila kawal diri anda dari mengecam ya..
Bagi la can Kaklong nak syok sendiri sekali sekala. :P

4 ulasan:

  1. Terjah je laman chilindo . Tapi tak pernah bershoppingg sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru 2x beli. Rasa dah malas dah nak beli sana. Barang2 yang sama je. Ada tu masa bida dia sampai setengah jam. Malas juga nak tunggu. :(

      Padam
  2. Wah nanti elsa nak try lah! Jealous nie dah ramai yang try chillindo hikhik

    https://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/5-tips-menjadi-top-referral.html

    BalasPadam

Komen la sikit ^^