Halaman

Kad Raya Handmade Kaklong



Salam...

Tahun ni mood raya Kaklong ke laut.
Tak balik raya..
Tak beli/buat kuih raya..
Takde baju raya..
Tak rasa pun suasana nak beraya..

Dah puas beraya zaman kanak-kanak dulu gamaknya..
Dah tua ni tak merasa mana la..
Mungkin kalo ada anak seronok sikit kot nak buat persiapan raya.
Baju raya untuk anak2.
Nak bawa anak jumpa atuk neneknya..

Takpe la..
In shaa Allah tahun depan ada baby...

Okay..

Tahun ni Kaklong masih lagi mengamalkan rutin tahunan Kaklong iaitu buat kad raya handmade.
Tahun-tahun sebelum ni kad raya handmade Kaklonng lagi dasyat tau..
Banyak menggunting, melipat, mewarna, menghias dan macam-macam lagi..

Tahun ni mood beraya kurang, maka Kaklong buat simple2 je..
Memandangkan beberapa sahabat dah maklumkan bahawa kad raya handmade Kaklong yang kiyut giler tu (minta puji) dah selamat sampai ke tangan mereka; maka bole la Kaklong tulis entry ni.

Yay!

Jom tengok camana la rupa kad raya handmade Kaklong tu yer..

Jeng jeng jeng
Hihi..
Simple-simple je..

Kaklong design guna MS Word dan print guna printer inkjet biasa ke atas kertas putih yang tebal.
Sebenarnya tak cukup tebal pun kertas tu..
Silap beli..
Takpe la.. Pakai je mana ada..

Satu kertas A4 tu Kaklong buat 3 keping.
Saiz tu muat untuk masuk dalam sampul surat..
Sampul surat Kaklong beli kat Mydin je, warna putih..
Siap bawak sample kad lagi kot-kot la tersilap beli..

Belakang pun ada tau
Disebabkan tak berani nak print depan belakang (takot alignment lari) maka Kaklong print pantun simple-simple kat atas kertas berwarna lain..

Sekeping kertas tu muat empat biji pantun.
Kita bagi kecik sikit supaya nampak kiyut gitew.. 

Nak cepat, potong guna pisau je..

Bahagian depan dn belakang.
Yay!
Siap pun potong..
Kini tibalah masanya menampal pantun tersebut kat belakang kad itu.

Cam biasa la, Kaklong guna double sided tape yang kaler putih tu je untuk lekatkannya..
tak pandai guna gam..
Selalu nampak basah dan bergelembung je bila kering..
Guna tape ni nampak profesional sikit..
Konon.. Haha..

Siap!

Tepek setem 50sen dan pos je..

Ada juga satu kad dipos ke Sweden tau.
Blogger Melayu yang duk kat Sweden..
Lambat tu nak sampai.. Raya Korban kot baru sampai.
Kaklong pakai setem RM2.30

Minta-minta la sampai..Aaminn..

Wassalam

25 ulasan:

  1. simple tapi sangat bermakna tauuu. Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  2. Alaaa comelnya Kak Long...Belum sampai lagi kat rumah saya ni,, haish cepatlah abam posmen, ai tak sabar, haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa, tak sampai lagi ke.
      Minta2 la sampai minggu ni. Silap juga Kaklong pos lambat. :(

      Padam
  3. Kaklongchannn..mekacih kad raya dah sampai~ Muuaahh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! Dah sampai.
      U r most welcome.. MUaahh! ^___^

      Padam
  4. Kreatif kaklong.. cantik Pula Tu. Utk mama xde ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, Kaklong pos kepada blogger yg isi borang haritu je.

      Padam
  5. Kaklong. Nak satu! Kita pm alamat deh deh. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait. PM kat FB. Tak pon whatsapp Kaklong kat kaklongchan.wasap.my :)

      Padam
  6. Satu inovasi dri kaklong.
    Selamat hari raya.

    BalasPadam
  7. Kreatifnya kak long. Comel-comel kad rayanya.

    BalasPadam

Komen la sikit ^^