Halaman

Kad Raya Handmade Kaklong



Salam...

Tahun ni mood raya Kaklong ke laut.
Tak balik raya..
Tak beli/buat kuih raya..
Takde baju raya..
Tak rasa pun suasana nak beraya..

Dah puas beraya zaman kanak-kanak dulu gamaknya..
Dah tua ni tak merasa mana la..
Mungkin kalo ada anak seronok sikit kot nak buat persiapan raya.
Baju raya untuk anak2.
Nak bawa anak jumpa atuk neneknya..

Takpe la..
In shaa Allah tahun depan ada baby...

Okay..

Tahun ni Kaklong masih lagi mengamalkan rutin tahunan Kaklong iaitu buat kad raya handmade.
Tahun-tahun sebelum ni kad raya handmade Kaklonng lagi dasyat tau..
Banyak menggunting, melipat, mewarna, menghias dan macam-macam lagi..

Tahun ni mood beraya kurang, maka Kaklong buat simple2 je..
Memandangkan beberapa sahabat dah maklumkan bahawa kad raya handmade Kaklong yang kiyut giler tu (minta puji) dah selamat sampai ke tangan mereka; maka bole la Kaklong tulis entry ni.

Yay!

Jom tengok camana la rupa kad raya handmade Kaklong tu yer..

Jeng jeng jeng
Hihi..
Simple-simple je..

Kaklong design guna MS Word dan print guna printer inkjet biasa ke atas kertas putih yang tebal.
Sebenarnya tak cukup tebal pun kertas tu..
Silap beli..
Takpe la.. Pakai je mana ada..

Satu kertas A4 tu Kaklong buat 3 keping.
Saiz tu muat untuk masuk dalam sampul surat..
Sampul surat Kaklong beli kat Mydin je, warna putih..
Siap bawak sample kad lagi kot-kot la tersilap beli..

Belakang pun ada tau
Disebabkan tak berani nak print depan belakang (takot alignment lari) maka Kaklong print pantun simple-simple kat atas kertas berwarna lain..

Sekeping kertas tu muat empat biji pantun.
Kita bagi kecik sikit supaya nampak kiyut gitew.. 

Nak cepat, potong guna pisau je..

Bahagian depan dn belakang.
Yay!
Siap pun potong..
Kini tibalah masanya menampal pantun tersebut kat belakang kad itu.

Cam biasa la, Kaklong guna double sided tape yang kaler putih tu je untuk lekatkannya..
tak pandai guna gam..
Selalu nampak basah dan bergelembung je bila kering..
Guna tape ni nampak profesional sikit..
Konon.. Haha..

Siap!

Tepek setem 50sen dan pos je..

Ada juga satu kad dipos ke Sweden tau.
Blogger Melayu yang duk kat Sweden..
Lambat tu nak sampai.. Raya Korban kot baru sampai.
Kaklong pakai setem RM2.30

Minta-minta la sampai..Aaminn..

Wassalam

Review Filem The Nice Guys


Salam..

Korang dah tengok ke citer ni?
Filem ni ditayangkan kat pawagam tahun lepas.
Kaklong dah ready dah nak tengok time nampak poster dia tahun lepas.
Pada hari yang dinantikan tengok2 takde pun filem ni dalam show time.
Confuse saya.
Abang cakap, maybe movie ni ditarik tanyangannya atas sebab-sebab tertentu..

Baru-baru ni tengok ia ditayangkan kat TV.
Meh dengar Kaklong review filem The Nice Guy ni


Sinopsis:

Filem The Nice Guys mengisahkan seorang gengster upahan dan seorang penyiasat persendirian yang terlibat secara tidak sengaja dalam satu kes yang sama melibatkan seorang wanita yang terbunuh dan seorang wanita lagi tengah dikejar oleh orang jahat atas sebab-sebab yang tidak dikenalpasti.

Review:

Best sangat!

Paling best adalah skrip yang megandungi humor selamba badak dan chemistry antara kedua-dua pelakon utama iaitu Russel Crowe dan Ryan Gosling. Kaklong tak sangka pula Ryan tu lawak camtu..
Sebenarnya lawak yang dorang buat ni bukan la macam MaharajaLawak tu; tapi lawak yang diselitkan dalam skrip dan situasi awkward yang tak semena-mena.
Kalo ikutkan dorang semua tak buat pun mimik muka yang lawak-lawak..
Namun lawak dorang boleh tahan la jugak bijaknya.

Chemistry antara mereka juga cantik dek skrip yang ditulis dengan mantap.
Dia tak tunjuk yang gengster tu hebat sangat.
Tak tunjuk yang penyiasat tu hebat sangat.
Mereka berdua ni biasa-biasa je, namun hasil kerjasama yang baik membuatkan mereka berjaya menjadi hebat.
Hebat betul!

Tempo cerita ni cukup pantas dari satu babak ke babak yang lain.
Tak terlalu pantas untuk kita terkejar-kejar nak faham, tak meleret untuk kita sempat check phone.
Kes dia pun takde la rumit sangat untuk difahami, namun jalan ceritanya buat kita tertanya-tanya jugak la apa yang sebenarnya berlaku ni..

Perjalanan cerita pun smooth je; takde lubang-lubang.
Kita yang menonton ni enjoy je.
Time tengok citer ni dah dekat nak buka puasa.
Sambil buka puasa tu, mata ni duk tengok TV je sampai tak sedar makan banyak. Haha..

Filem ni takde CGI atau special effect yang hebat-hebat.
Yang ada ialah lakonan yang hebat, skrip yang hebat dan serta olahan cerita yang buatkan penonton terpukau mengikutinya dari awal hingga akhir.

Kaklong puas hati sangat tengok citer ni.
Ada lagi tak citer yang best macam gini?

Best punya pasal Kaklong bagi 9/10☆

Wassalam..

Review Filem : The Mummy (2017)



Salam.

Kaklong dah tengok The Mummy (2017) lakonan Tom Cruise tu.
Walaupun ramai meluahkan rasa kecewa dengan filem tu, namun sebagai peminat Tom Cruise Kaklong tetap juga nak tengok.

Mungkin ada spoiler.
Takde tulisan pink kali ni.


Sinopsis:

Kisahnya Nick dan kawan dia nak cari harta karun (sambil-sambil buat kerja) lalu jumpa la sebuah mummy ni. Lalu mereka dan seorang ahli arkeologi bawa mummy ni pulang namun kemalangan ganjil berlaku menyebabkan mummy ni jatuh ke mana ntah, dan Nick yang sepatutnya dah mati dalam kejadian tu hidup semula. Nick mengalami delusi yang pelik dan mummy tu pula perlahan-lahan pulih dan mencari Nick.

Review:

Boringgggg!

Pada intro dia tu ada sorang lelaki mencerita dari awal hingga akhir kisah silam mummy yang bakal dorang discover ni. Lepas tu dari semasa ke semasa Nick (Tom Cruise) dapat gambaran dalam kepala dia tentang siapa mummy yang dorang jumpa tu. Pengulangan demi pegulangan ni membuatkan filem ni boring sangat!

Patutnya intro tu tak payah pun takpe. Ni kita dah awal-awal tau siapa mummy tu, pastu Nick dapat gambaran yang sama berulang-ulang kali. Langsung takde misteri. Kita yang menonton ni cuma tengok nak tunggu habis je. Perkembangan plot pun takde.

Kisahnya cuma, dorang jumpa mummy pastu mummy nak badan Nick pastu Nick lari lalu mummy kejar. Tu je la.. Kejar je dari awal sampai abes.

Kaklong rasa filem ni dibuat untuk penghayatan visual je.
Supaya nampak cantik, nampak hebat, bunyi sedap camtu.
Penceritaan takde, skrip pun sangat simple tak menunjukkan daya intelectual. Macam standard orang macam Kaklong je penulis skripnya.

Menakutkan?
Takde apa yang menakutkan pun.
Cuma ada bunyi jumpscare, padahal burung terbang je.
Pastu bunyi jumpscare lagi, padahal takde apa-apa pun kat situ.

Kaklong pun banyak kali terlelap tengok citer ni.
Tak tau la sebab puasa ke, atau sebab memang boring.

Dari segi lakonan tu semuanya okay..
Berkesan je..
Takde la kayu ke apa. Tapi watak tu semua macma takde fungsi ditambah dengan skrip yang kosong, maka rasa rugi je dorang ada dalam filem ni.

Cuma diharap dapat tukar la watak arkeologist perempuan tu, bagi orang lain je watak tu.
Bagi pelakon yang nampak cerdik sikit dan kembangkan watak bagi dia jadi the brain dalam filem ni dalam proses menyelamatkan Nick, memandangkan watak Nick tu sebagai orang tak tau apa-apa pun.
Bagi la dia jadi orang yang figure out something untuk selamatkan Nick.
Ni tak.. Semuanya Nick je.

Plot pun patut rombak balik bagi ada element misteri.
Ni dah awal-awal cerita dah pasal asal usul mummy tu, kita yang tengok ni langsung tak tertanya-tanya.
At least bagi la kita penonton ni rasa pelik, kenapa mummy tu beria-ia nak dapatkan Nick tu?
Buat la distraction sikit contohnya Nick curi cincin mummy tu ke, supaya penonton ingatkan mummy nak dapatkan balik cincin tu, rupa-rupanya bukan.
Baru la kita rasa excited menonton..
Ni tak.
Kita cuma tunggu je nak bagi abes sebab tau last2 mesti Nick selamat punya.

Watak-watak lain pun takde kepentingan.
Kawan Nick tu takde pun takpe. Tak membantu apa-apa pun.
Perempuan tu pun tak perlu ada. Selain dari dia mempunyai peta, ilmu mengenai mummy serta pandai cakap bahasa ancient; takde menda lain dah selain tu. Nak kata membantu Nick, tak bantu pun. Seolah-olah mereka tu muncul untuk nak bagi nampak ada orang je dalam filem (meramaikan majlis).

Nak senang bagi je Nickk tu jadi arkeologist, yg dah ada map dan tau cakap bahasa ancient (sebab lepas kena rasuk dia pun bole cakap bahasa tu). Jadi one man hero je dalam filem ni.
Takde la watak lain tu terpacak je takde hala tuju.

Tajuk filem ni The Mummy kan..
Jadi watak utamanya sepatutnya mummy tu la kan..
Tapi tak pun.. Mummy tu jadi orang jahat biasa je. Tak menakutkan pun..
Better lagi filem Power Rangers bilamana Rita tu perlahan-lahan memulihkan diri dan kita nampak kejahatan beliau.
The mummy ni dorang bole tambah lagi scene bagi nampak betapa berkuasa dan jahatnya beliau.
Ni tak, cetek je aku tengok.

Macam teruk sangat Kaklong kutuk filem ni kan..
Sebenarnya cuma perlu sikit je alteration untuk bagi sedap.
Ubahsuai sikit skrip dia bagi nampak cerdik, ubah sikit plot supaya ada elemen misteri, dan bagi watak2watak lain berkembang; iaitu perempuan tu bagi jadi The Brain dan mummy tu bagi nampak lebih scary dan berkuasa. Nick tu nak beraksi, teruskan je..

Dalam filem ni juga ada satu scene Dr, Jekyll.
Mungkin dorang nak buat filem tu pula nanti kot.
Dr. Jekyll tu nampak menarik sangat. Harap2 filem tu lebih cerdik dari filem ni.

Okay la..
Memandangkan filem ni biasa-biasa je dari semua segi, Kaklong bagi 5/10 ⭐
Filem ni takde la teruk sampai nak keluar panggung.
Okay je, cuma boring je macam takde cerita selama 2 jam tu;

KAklong pun dah jemu gak tengok filem reboot, remake dan sebagainya ni.
Nampak sangat dah takde idea.
Semua nak buat filem visual je bagi cantik.
Sampai mengabaikan aspek isi filem tu sendiri.

Wassalam..

Review Lipstick IN2IT


Salam..

Semalam dah review lipstick pink yang terang dan cute tu yang Kaklong beli masa shopping kat Watson haritu.

Kalo lipstick Maybeline semalam tu jenis matte dan kaler pink; lipstick kedua ni Kaklong nak cari jenama lain pula jenis glossy.
Warna pun taknak pink. Nak cari colour natural ala-ala coklat sikit nak bagi bibir nampak kurang pucat dan enhance my beauty.
Ye la tu beauty sangat. Haha..

Bole la pakai masa pergi kedai runcit, buang sampah, sidai kain dan sebagainya..
Ceh, buang sampah pun kene pakai ke.. Kikiki..

Pilih punya pilih, akhirnya Kaklong amik lipstick IN2IT Moisture Intense Lipstick.
Dari namanya dah tau ia jenis lembab dan glossy gitew,
Range harga dia pun lebih kurang macam Maybeline (maybe murah sikit).

Amik masa juga la nak pilih warna, sebab Kaklong tak biasa dengan warna coklat.
Ditambah pula lampu kat situ warna oren-oren sikit; maka warna dia tu nampak kurang jelas..
Takot teramik yang gelap sangat, atau yang pucat sangat.
Selepas pilih dan minta pendapat Cik Abang, akhirnya Kaklong pilih warna Cognag
Review LipstickIN2IT Cognag
Lawa kan warna dia ♡
Bila sampai rumah, nampak macam warna coklat kemerah-merahan pulak..
Kat Watson tadi nampak macam coklat.
Takpe la. Jom kita try..
Trying LipstickIN2IT
amacam?
Nampak macam merah gelap kan..
Warna dia pun lawa..
Warna dia menonjolkan personaliti yang matang, serius dan berkuasa. Cewah ayat.
Okay Kaklong bayangkan warna ni sesuai untuk lady boss, wanita korporat, doktor, peguam; pendek kata mereka yang profesional, berkeyakinan tinggi dan tak teragak-agak dengan apa yang mereka buat.

Satu lagi yang Kaklong suka ialah bekas dia yang cantik.
Berwarna perak berkilat dan almost plain.
Nampak sangat minimalist dan exclusive.
Dan masa korang putarkan lipstik tu, dia punya feel tu macam mahal beb.
Seolah-olah macam ada roda/hidraulic dalam tu.
Ntah la nak cakap, dia bukan macam Myabeline semalam.
First time merasa putaran yang macam tu. Tak reti nak explain.

Memandangkan lipstick ni jenis moist, maka ia tak kekal lama terutama selepas makan,
Kene re-touch untuk kekalkan warnanya.
Namun bibir kita nampak berkilat dan beri aura yang segar.
Nak bersihkan pun senang.

Kalo korang nak people take your seriously boleh la try pakai warna ni.
Mana la tau cepat naik pangkat dan lelaki2 gatal tu tak berani nak lebih-lebih kurang ngan korang.
KAdang2 pakai pinky ni orang akan ingat kita ni kebudak-budakan..
Pakai red pulak orang ingat kita ni flirty..
Padahal kita saja je suka kaler-kaler tersebut.

Apa warna lipstick kegemaran korang?

Review: Lipstick Maybeline


Salam..

Semalam kita shopping kat Watson..
Harini nak review lipstick Maybeline yang beli semalam.

Kaklong dari dulu sampai sekarang suka warna light pink yang seakan-akan warna bibir.
Sebelum ni Kaklong setia dengan Maybeline Watershine P22 dan P24.
Lipstick tu pun dah kontot, nak kene topup la ni.

Malangnya kat Watson tu takde Maybeline Watershine.
Tak tau la kalo dah tak wujud lagi model tu.. Ataupun kat situ je takde.
Malas nk gi cari tempat lain, terpaksa la godek model lain.

Tertarik kat lipstick Maybeline ni: model The Powdermattes by Color Sensation.
Warna-warna dia semuanya ceria dan bertenaga.
Sesuai la dengan nama sensation dia tu. Huhu.
.

Pikir punya pikir rasa nak memberanikan diri la pakai warna terang sikit..
Warna terang ni memang tak sesuai dengan karakter Kaklong yang jenis down to earth.
Tapi kan, sekali sekala nak berada di luar norma, apa salahnya..
Kannn..

Pilih punya pilih akhirnya Kaklong pilih warna ni..
Pinknyaaaa
Technically Pink..
Perghhh.. Pink betul warna dia..
Ni kiranya warna paling lembut la. Ada lagi pink yang lagi terang.
Nak tengok warna dia kat bibir kaklong?

Lawa tak?
Sila abaikan wajah yang tak berapa fotogenik tu..
Fokus kat warna lipstik tu je okay..

Kaklong suka lipstick ni. Ia jenis matte.
Warna pink dia sesuai dengan Kaklong.
Warna pink terang dia bertenaga dan ceria, namun tak menampakkan pelik pada kulit Kaklong yang tak berapa nak putih ni.

Walaupun jenis matte, ia rasa lembab je pada bibir.
Dah lama pakai pun bibir tidak kering dan warnanya terpelihara.
Paling best, lepas balik dari pergi jalan-jalan haritu, Kaklong tengok warna dia masih lagi elok. Padahal dah pergi makan dan shopping lama juga la.
Syok betul 🖒🖒🖒

Cuma warna macam ni kurang sesuai pula pakai time pergi kedai runcit ke, pergi pasar malam ke, pergi pam tayar ke. Rasa jangok sangat la pulok.
Kene cari satu lagi warna yang natural untk aktiviti yang kurang glemer gitew.

Okay..
Esok Kaklong review satu lagi lipstick.
Yang tu kaler lain pulak..

Wassalam

Shopping kat Watson vs Ahli VIP Watson



Salam..

Peristiwa ni berlaku pada bulan lepas sebelum start puasa lagi..
Sekarang baru nak tulis.. Haha

Kadang-kadang Kaklong jeles juga dengan blogger yang consistent tulis setiap hari.
Terutama yang jenis peristiwa berlaku harini, malam tu juga dia mengarang..
Hebat betul dorang ni..

Okay la..
Apa benda yang Kaklong nak citer harini?

Kisahnya Kaklong pergi shopping kat Watson.
Yeah, macam hebat sangat kan..
Padahal sejak belasan tahun kot shopping kat situ.

Kaklong suka shopping kat Watson dan Guardian untuk nak beli kosmetik, skin care dan supplement. Takde promoter kacau.

Bukan apa, memang hobi Kaklong kot baca apa yang ditulis kat setiap label.
Biar tak paham pun.. Lepas baca baru puas hati beli.
Kadag-kadang beli 1 barang je, belek berpuluh-puluh barang.
Entah la. Rasa syok pula.
Macam terapi kot..

Kat pasaraya takleh la nak belek bagai.
Kejap je datang promoter tarik kita beli barang dia.
Bole je nak buat kerek tak peduli, tapi Kaklong ni tak sampai hati nak wat camtu.
Last-last amik juga apa yang dorang rekomen tu.
Pastu pakai, tak elok. Cehh..

Nak tengok apa Kaklong beli?
kosmetik, skincare, haircare
Jeng jeng jeng
Produk pertama, Serum Anti-Aging jenama Olay. 
Kaklong pakai Lotion Muka Olay sejak form 1 sampai abes degree. Pastu ada duit sikit beli yang Total Effect tu dalam 2 3 tahun juga la. Pastu tukar-tukar produk lain, sehinggalah ke produk terakhir yang sepatutnya Kaklong tulis review mengenainya yang tak bagus untuk kulit Kaklong, namun kubatalkan hasrat demi tidak memburukkan jenama tempatan yang terkenal itu.

Dah dekat sebulan Kaklong pakai serum ni.
Nanti Kaklong tulis review ya.. 💓

Yang kedua ialah minyak rambut jenama Dove.
Kisahnya ialah Kaklong baru potong rambut time ni.
Rambut Kaklong yang separas pinggang telah dipotong kepada parasa dagu je.
Hahaha..
Sekarang muka Kaklong nampak macam Anjali (Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai versi rambut pendek tu)
Rambut ni Kaklong potong sendiri je dalam bilik air.
Tak sangka pulak lawa. Hahaha.. Puji diri sendiri je la.
Nak tunjuk tak bole.
Oleh itu semangat la cari minyak rambut demi memelihara kecantikannya..
Tapi percayalah.. Kejap je tu.. Sebulan dua nanti takde maknanya nak rajin sapu minyak lagi.
Sejarah telah membuktikan..
Sekarang rasa ringan gila kepala ni..
Woahhh!
lipstick, eyeliner, olay, dove
Dah keluarkan dari kotak
Ketiga ialah lipstick Maybeline
Keempat pula lipstick in2it
Kaklong suka pakai warna pink lembut warna dia ala-ala nampak tak nampak je..
Kali ni rasa nak try yang pekat sikit.
Nanti Kaklong review taw.

Kelima tu eyeliner dorang buat promotion.
Kaklong ingatkan jenis biasa pakai yang macam crayon tu..
Rupa-rupanya jenis gel dan ada macam berus halus kat hujung..
Haaaaa..
Aku mana reti pakai ni.. 😭

Haritu try2 pakai banyak kali tapi jadi macam orang high je muka aku..
Hahaha.. Taknak la..
Simpan je buat pekasam..

Time bayar tu, cashier sarankan Kaklong join jadi ahli..
Kaklong malas,tapi dia pujuk-pujuk juga.
Katanya kalo daftar dapat seribu point (termasuk barang-barang yang Kaklong beli ni kot); dan voucher RM300..

Last-last Kaklong daftar.
Kan dah kata, aku ni takleh kene pujuk-pujuk sikit.

Dorang pun terus bagi Kad Keahlian VIP Watson dan Kaklong kene activate sendiri melalu app atau website dorang.
Kad VIP Watson
Inilah Kad VIP Watson.
Boleh guna sebagai kad touch n go juga katanya.
Balik je rumah Kaklong terus activate dengan semangatnya.
Tapi gagal.
Pastu cuba kat website pula. Gagal juga.
Selepas 2 hari berturut-turut gagal, Kaklong pun email pihak Watson namun tiada balasan.
Pastu pada hari ke-4 pula Kaklong PM dorang kat https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/
Naseb baek reply.
Dorang minta maklumat diri dan tolong activatekan kad tu.
Akhirnya berjaya.
Better pihak cashier je aktifkan kad tu, macam kedai-kedai lain buat.
Senang sikit..

Ingat tak voucher RM300 yang Kaklong cakapkan tadi?
Yang ni
Voucher tu bukan untuk semua produk.
Jumlah voucher tu ialah RM100 untuk barangan jenama Watson; RM100 untuk vitamin dan RM100 lagi untuk pembelian online.

Kaklong tak pernah beli jenama Watson, lepas ni kene beli la, sayang juga voucher RM100 tu kalo tak guna.
voucher watson
In vouchernya
Barangan jenama Watson, minimum pembelian RM50.
Vitamin pula minimum pembelian RM150.

Bila fikir-fikir balik rasa macam rendah sangat kebarangkalian dapat guna voucher ni.
Biasanya Kaklong beli satu dua barang je, tu pun jenama lain.
Vitamin pun tak sampai RM100 sekali beli.
Kalo beli banyak semata-mata nak guna voucher, rasa macam lagi tak berbaloi.
Kaklong ni maintenance rendah je..
Maintenance makan je yang tinggi. Haha..

Orait,
Next entry Kaklong akan review Olay dan 2 batang lipstik tu.
Uuu,, tak sabar la pulak.

Wassalam..

Short Review : Pirates of the Caribbean : Dead Men Tell No Loes (Salazar's Revenge)



Salam..

Sepanjang bulan puasa ni Kaklong tak tengok movie.
Nampak cam takde pun cerita best.
Namun begitu sehari sebelum puasa Kaklong sempat gak cilok kejap tengok Pirates of the Caribbean : Dead Men Tell No Tales.
Malas nak review..

Erm...

Alang-alang dah sebut ni, review la sikit.



Ada SATU sebab sahaja Kaklong suka tengok Pirates of the Caribbean ni (mula dari kisah pertama sampai yang lates) iaitu Captain Jack Sparrow.

Namun begitu semua cerita ni sangat-sangat menyampah untuk Kaklong tonton kerana SATU sebab;

Pasangan Turner-Swan tu yang annoying gila tu

Biasanya Kaklong skipped je bila pasangan tu muncul. Time Jack Sparrow je tengok sebab seronok tengok gelagat beliau.

Yang Dead Men Tell No Tales ni dah tukar orang baru iaitu Henry yang mana Kaklong suka dia ni berlakon dan kacak; dan Carina yang sama annoying macam Elizabeth Swann tu.

Plot dia sangat simple, straight forward je, predictable dan takde kelainan.

Namun cinematography dan CGI dia serta lagu-lagu best.
Walaupun cerita ni cam takde apa-apa yang menarik namun gaya persembahan dia yang syok tengok membuatkan Kaklong tak perasan plot dia sangat la simple macam pementasan sekolah.

Plot twist dia tak pun tak masuk akal..
Part cemas pun tak rasa cemas..
Apapun, Kaklong enjoy menonton kerana olahannya yang bagus sebagaimana filem2 Disney lain.

Satu je francais dia yang Kaklong paling suka iaitu On Stranger Tides.
Yang dilakonkan oleh Penelope Cruz jadi ex-awek Jack yang dorang nak cari air pancut untuk hidup kekal abadi.
Itu la satu2nya cerita dia yang tak annoying.
Mungkin sebab takde pasangan Turner-Swann tu kot.

Sebenarnya Kaklong berharap Penelope Cruz muncul dalam filem ni; rupa-rupanya kisah lain pulak.
Harap-harap next time dia ada la..
Rasa macam serasi je tengok dia dengan Jack tu.
Dah ler dia tu garang. Asyik menjerit-jerit je; tapi comel pula tengok. Haha..

Nak bagi berapa ya?

Bagi rate 6/10

Markah penuh kat persembahan yang syok dan tak menjemukan termasuk CGI n muzik.
Tolak markah kat idea yang tak kreatif dan takde kelainan, serta Carina yang diharap dapat berpakaian lebih sopan sebagaimana lanun yang lain.

Wassalam..

P/S: Sebenarnya harini nak cakap pasal lain, tetibe tulis review filem pulak. Aiyooo...