Halaman

Pengalaman Citarasa Bonda Buffer Dinner di Hotel Neo Georgetown Pulau Pinang

Salam..

Puasa dah dekat.
Korang yang duk Penang atau perlu ke Pulau Pinang pada bulan Ramadhan ni pasti tercari-cari nak makan kat mana kan..

Apa kata try buka puasa kat Hotel Neo, Georgetown.
Haritu kitorang pi Citarasa Bonda Buffet Dinner kat sini tau. Meh nak citer..

Hotel Neo Dinner Buffet
Disebabkan kitorang datang tu, meja untuk dua orang semua dah penuh, maka kami berkongsi meja dengan sebuah famili..
Oleh itu, Kaklong pun segan la nak berselfie, dan amik gambar sesuka hati..
Ingat nak buat video; tapi segan la dengan famili tersebut.
Niat itu dibatalkan.. Sorry.. :(

Ewah..ewah.. Hepinya Cik Abang kita.. ^^
Dinner buffet ni start pukul 6.30 petang hingga pukul 10 malam.
Sebut Citarasa Bonda pasti korang dapat agaknya temanya camana kan..
Masakan tradisi Melayu-Indonesia gitu..
Tu yang terliur sangat tu.

Makanan banyak sangat. Tak tau nak pilih yang mana..
Menunya pun berubah-ubah setiap hari.

Contonya harini ada ayam masak lemak, opor ayam dan sambal goreng kentang;
Esoknya dorang buat udang tumis sambal, kacang botol belacan dan daging empal;
Lusanya pula ada sotong goreng kunyit, buttered prawn dan lontong jawa.

Hari-hari datang makan pun takpe.. Takde la boring makan yang sama je kan..

Itu antara menunya..
Banyak lagi masakan lain tau..
Jom tengok ..

Uuuuuu.. Kek dan puding <3
Mula-mula masuk je dah nampak chiller ni..
Ai, macam tau-tau je kita suka puding and cake..
Perut pun apa lagi, berdondang sayang ler..

Stall yang menggoncang iman
Kaklong duduk betul-betul depan  stall nasi ayam dan kambing bakar ni..
My favourite tu..
Jom gi dekat..
Nyum nyum nyum
Uuuu..
Tengok la betapa seksinya kambing bakar itu..
Rempahnya.. mantop (y)

buffet sajian utama
Nasi dan lauk pauk semua kat sini..
Ada udang masak lemak, sayur goreng, opor..
Mi goreng pun ada..

smokey
Seterusnya, ikan bakar yang dibungkus elok dalam daun..
Cicah air asam.. Nyumm nyumm

ulam
 Nama pun masakan Melayu-Indonesia; ulam-ulaman takleh lupa..
Ada juga budu, sambal belacan, tempoyak. Pilih je nak yang mana..

salad
 Kalau rasa takmo makan ulam; kita makan salad..

Kudapan
Appetizer istimewa untuk bulan puasa nanti = kurma
Kudapan lain pun ada iaitu jeruk dan kerepek.

soto
Soto pun ada tau..
Nasi impit ada sebelah tu..
Kaklong tak dapat snap, ramai orang..

kuih muih
Selain kudapan tadi tu, ada juga kuih muih tradisional yang nampak sedap giler..
Terutama keria tu..

Sedap kan....

Air Batu Campur
Salah satu stall tu ada buat ABC
Kita order je, brader ni buatkan.. Uuu.. best (y)

Minuman

Makanan je ke.. Air?
Mesti la ada..

Air rosselle dan air kurma..
Sejuk tekak.. :>
Minuman panas pun ada tau, teh kopi semua ada..

Selain masakan di atas ada lagi yang Kaklong tak berkesempatan nak amik gambar sebab orang tengah ceduk makanan:

- bubur nasi
- bubur lambuk
- sate, dan nasi impit kuah kacang

Okay, jom tengok apa kitorang makan..
Hehe,, Sebok je nak tunjuk.. XD

citarasa bonda dinner buffet
Kitorang makan bubur lambuk dan ikan bakar cicah air asam.
Tambah pula dengan makan nasi putih dan kambing bakar.
Air roselle dan air kurma tu dua-dua Kaklong punya.
Abang minum teh panas..

ikan bakar
Sedap kan ikan ni..
Bakar pun just nice. Tak kering..

Sate dia besar giler tau.. Makan 3 batang pun dah kenyang..

besar kan..
Eh, lupa nak bagitau ada otak-otak juga..
Nama pun selera bonda..

Bergambar sat.. :)

puding
Lepas abes makan, Kaklong pun merasa puding..
Uuuu.. sejuk dan sedap..

Makanan kat sini tak manis sangat..
Ada kan sesetengah tempat kita pergi, rasa manis gula je..
KAdang-kdang tak mampu nak telan..
Kat sini kandungan gula dia just nice. I like

kek
Mana cukup puding je..Nak juga rasa kek velvet ni. Hohoho..
Ada lagi muffin coklat tu, tapi dah kenyang la..
Takleh sumbat dah..

kata kenyang?
Kenyang-kenyang pun sempat jugak sambar aiskrim sebiji
Amik perisa strawberi..
Ada 3 perisa boleh pilih.

Nak selfie lebih-lebih segan pula..
Dah ler si bapa famili tersebut duduk depan Kaklong..
Hew hew.. T__T

Lemongrass Restaurant
Sebelom balik, amik gambo sekali..
Woo.. cam serius je muka Kaklong tu..
Sedih ke nak tinggalkan buffet tersebut..?

Takpe, nanti kita datang lagi yer Cik Abang.. :D

Kepada korang yang nak merasa Citarasa Bonda  Buffet Dinner ni bole la pi kat Hotel Neo yang terletak di Georgetown Pulau Pinang

pamplet buffet

Ni alamatnya:

Hotel NEO+ Penang by ASTON
68, Jalan Gurdwara,
10300 Georgetown, Penang, Malaysia
Tel: 604-2551000 extension 1121
Fax: 604-2631003
Mobile: 017-426 7598

Tak pon korang ikot peta ni:



Erm..
Nak dinner kat mana pula pasni ek..

Wassalam...

3 ulasan:

  1. Harga agak berpatutan .. i likee.. sayangnya kat penang... sobssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat selangor pun banyak tempat best2. Kaklong dapat juga invitation tapi semua kat Selangor. Tak dapat nak join. sobss..

      Padam

Komen la sikit ^^