Halaman

Kisah Kaklong dan Kacang Pool

Salam...

Ni kisah lama juga ni..

Haritu Kaklong gi jalan kat Selangor dan dibawa ke satu restoran boleh tahan la juga dia punya terkenal.

Masa tu dalam pukul 10 malam camtu, perut pun takde la lapar sangat.
Dalam senarai menu tu Kaklong terpandang la "Kacang Pool".
Aik, pelik je nama ni.
Tak pernah dengar..

Nama je orang Malaysia, bukan semua makanan pernah dengar. Haha..

Kaklong pun order la..

Bila sampai kan, perghhhh... nampak sedap gila siot..

kacang pool.. Yummy!
Tengok rupa pun dah dapat agak rasa dia camana..
Siap amik gambar lagi sebab nampak presentable sangat..

Masuk suapan pertama kan..
Kaklong macam... frozen kejap... (betul ke perkataan frozen tu, ke freeze, ke apa ek.. Takpe la asalkan korang faham)

TAK SEDAP!

Kaklong cuma nak luahkan balik benda yang dalam mulut Kaklong ni..
Tapi takkan la..
Macam biadap pula..

Siapa lebih biadap?
Orang yang buang makanan tak sedap dari mulut dia?
Atau orang yang masak tak sedap langsung?

Persoalan yang lebih utama;
Siapa yang cipta benda ni?

Muka aku ni mesti dah macam ayam berak kapur dah ni..
Dah la ramai orang.. T___T

LAst-last Kaklong pun telan je la..

Termenung kejap kat situ..
Ni apa benda ni sebenarnya?
Nak kata kacang, tak rasa kacang..
Rasa rempah dan bawang je..

Macam mana ni?
Adakah Kaklong perlu menghabiskannya?
Macam satu penyeksaan je kene makan benda ni..
Owh no..

Disebabkan memang dah dididik habiskan makanan dalam pinggan tanpa sebarang kompromi,
maka Kaklong habiskan juga walau tangisan..
Dan seribu penyesalan..

Kenapa kenapa..
Kenapa peristiwa ini ditulis dalam novel hidupku..?
Huwaaaaaa

Kaklong terus takde mood dah sepanjang berada di Selangor..
Kaklong nak keluar dari negeri tu sekarang..
Tapi bukan salah Selangor pun..

Lepas makan tu dorang pun borak lama-lama..
Aku ni memang kalo mood makan terganggu aku akan jadi incredible Hulk..
Sabar-sabar..
Berzikir banyak2 time tu...

Tak lama lepas tu kitorang pun balik..
Alhamdulillah..

Namun trauma Kaklong tak balik..
Ia terus menerus menghantui diriku ini hingga berbulan-bulan lamanya...
Sedih sangat..

Memang macam tu ke rasa kacang pool?
Atau kedai tu masak tak sedap..

Sejak hari tu biarpun nampak Kacang Pool dalam menu kedai lain, Kaklong tak berani cuba.
Kami dah jadi musuh ketat..

R.I.P Kacang Pool

Wassalam...

14 ulasan:

  1. Setakat ni belum pernah rasa lagi Kacang Pool ni...tak tahu nak cakap rasanya macam mana...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia tak seperti yang dibayangkan. Kecewa betul :(

      Padam
  2. saya tak pernah makan lg kacang pool . dah kak long ckp gitu mcm takut pula nak cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan cuba la. Kecuali ada orang rekemen kat tempat yang spesifik (atau dia belanja)

      Padam
  3. Salam singgah dr AFBian. Ana follow sini.

    Ana pun tk pernah rasa lagi. Tp dekat johor femes kan kacang pool ni. Maybe kedai tu punya tak sama mcm resepi asal kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Mekasih singgah. :D
      Mungkin juga dia tak pandai masak. Tak pandai kenapa sanggup jual?
      Rasa terpedaya sangat :(

      Padam
  4. Haha. Tak pernah lagi rasa kacang pool. Ni pun first time dgr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaklong pun 1st time. Nampaknya last time jugak la.. :D

      Padam
  5. Kacang Phool ni makanan orang Johor Kaklong. Ianya diperbuat daripada rempah kari, kacang parang dan daging cincang. Memang tak semua orang suka makan. Auni suka kunyah dengan cili padi, hilang sikit muaknya. Ada orang pulak memang tak pandai buat kacang phool. Hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. Yang ni Kaklong makan cuma rasa bawang dan rempah je.
      Daging dan kacang parang takde rasa pulak.
      Maybe la resepi tu dah salah. Dan Kaklong adalah mangsa yang malang itu. :'(

      Padam
  6. Teringin nak rasa rasa yang sebenarnya, tak pernah lagi jumpa kt kedai kat kedah ni, hahahahahaha.

    Mai mcm kaklong la, suka try menu baru, pastu menyesal tak sudah kalau salah percaturan, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ler 1st time rasa terus kena yang tak sedap.. Takut dah nak try2 pasni.

      Padam

Komen la sikit ^^