Halaman

Kursus Syarikat

Salam..

Sabtu lepas Kaklong pergi ke kursus berkaitan dengan membina syarikat.
Rasa macam perlu buat review sikit..

Kaklong suka baca buku..
Sejak masuk usia 20-an, buku pilihan Kaklong ialah berkonsep motivasi..
Masuk 25 tahun ke atas, baru start buku perniagaan..

Banyak buku yang Kaklong beli, namun ilmu yang terkandung dalam buku tu cetek sangat..
Bahasanya pun beremosi dan menyentap-nyentap..
Buku Bahasa Malaysia la.. (buku Inggeris senang sikit baca..)
Penerbitnya pula syarikat yang sama..

Sebab apa, buku dari penerbit itu senang jumpa berbanding penerbit lain.
Pendek kata pergi kat rak buku, mesti jumpa buku dia..

KAdang-kadang lepas abes baca, rasa macam tak berbaloi pula RM30-RM60 sebiji buku..

e-book pun Kaklong ada beli..
Korang tau kan e-book ni bukan murah juga..
Cuma rasa macam was-was sebab tak bole belek-belek dulu sebelum baca..
Dan ada juga yang disappointing..
Tapi dah bayar kan, malas la nak bising..

Tahun lepas Kaklong ada baca orang yang selalu berkongsi pasal bisnes-bisnes ni tulis lebih kurang camni : "buku memang ada ilmu. Tapi nak ilmu lebih mesti berguru. Berguru kat kursus2. Rasa mahal ke.. (ayat seterusnya menyentap-nyentap macam bahasa orang MLM bilamana kita tak berminat nak join mereka)..."

Ada betulya juga kata-kata dia tu...

Tapi betul ke, kita akan dapat ilmu yang kita nak apabila menghadiri majlis ilmu / kursus tu...?
Bayar ratus-ratus, sekali tak dapat apa yang kita nak...

Okay, sekarang baru masuk review..

Kursus yang Kaklong hadiri itu ada dua sesi

Sesi 1 :  secara teknikalnya macam mana nak create syarikat..
- speakernya ialah dari company secretary

Sesi 2 :  jenis-jenis partner dalam syarikat
- CEO sebuah syarikat

Kaklong memang zero la bab syarikat..
Kaklong cuma tau pasal milikan tunggal je..
Tujuan masuk kursus ni untuk dapat pengetahuan apa itu syarikat dan strukturnya sebab bajet-bajet nak convert perniagaan Kaklong ni kepada syarikat bila dah jumpa partner nanti
Semoga ia menjadi kenyataan...

Sesi 1
Kaklong tak begitu berpuas hati..
Sebab tak banyak yang dikongsi..
Penyampaiannya banyak disebutkan term dan acronym yang teknikal yang Kaklong sendiri pun tak faham...
Selain tu flow dia pun banyak lompat-lompat..
Dia bukan mula-mula 1 kemudian 2 kemudian 3 sampai la sepuluh..
Dia buat mula-mula 8 kemudian 2 kemudian 6 kemudian 3 kemudian 8 semula kemudian 9..
Jadi Kaklong nak joty down nota pun tak reti.. Melompat-lompat juga nota aku..
Kemudian dia banyak juga resell kursus lain servis dia serta 
Apapun, ada juga perkongsian yang Kaklong dapat, malah dia berkongsi juga dengan perkara yang berlaku di Singapore, Uk dan US. Cuma mungkin tak berpadanan dengan harga..

Kesimpulan yang Kaklong dapat dalam sesi tersebut ialah : 
Cara nak buka syarikat ialah hire company secretary iaitu dia. Hahaha...
Macam tak percaya pula bayar beratus untuk dengar dia beriklan..

Sesi 2:
Sesi ni Kaklong berpuas hati sangat..
Dia bagi penjelasan satu demi satu, berikan contoh supaya kita faham, kongsikan perkara yang benar-benar berlaku, kongsikan masalah yang pernah berlaku dan menggunakan bahasa yang mudah difahami..
Dia pun ada mention, "Eh, kenapa tak isi handout ni? (merujuk kepada sesi 1) Puan X tak ajar ke? Ke dia asyik menjual je.."
Aik, camana dia bole tau ni..?

Kesimpulan yang Kaklong dapat dalam sesi tersebut :
Ratio berpartner ialah 1 interpreneur : 2 intrapreneur
Ada je syarikat enterprise yang yang dapat juta-juta. Caranya, uruskan bisnes interprise dengan cara syarikat. Dah kaya baru la tukar ke entiti sdn bhd.

Walaupun kurang berpuas hati dengan sesi pertama, namun banyak juga yang Kaklong pelajari..
Cuma tu la, rasa takut juga nak pergi kursus mahal-mahal.. Takot sekali dapat speaker yang ajak sembang..

Wassalam...

2 ulasan:

  1. Tak apa..hari ni dapat ilmu sikit..esok lusa pergi lagi..tambah lagi..insyaAllah biar sedikit yang utama dah pun bermula..alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah in shaa Allah Perdu Cinta
      Minggu depan ada kursus lagi..
      Aktif pula berkursus la ni.. :D

      Padam

Komen la sikit ^^